Bab 3

28 5 0
                                    

"Jadi.. Kita dimana sekarang?" tanya Rison yang masih tergantung.

"Kita sekarang berada di Foxtril Aegis. Foxtril Aegis merupakan sebuah tempat dimana kamu akan melakukan kesemua latihan yang kamu perlu sehingga kamu cukup sedia untuk menjalankan ujian dimana ia akan menentukan bagaimana masa depan kamu berjalan.." terang Nek Kirana dengan tegas.

"Betul. Kalau kau nak tahu.. Disinilah tempat aku berlatih dan disini jugalah  macam mana aku boleh menjadi seorang pahlawan istana." kata Genor dengan bangga.

"Wahh! Pahlawan istana? Gempaknyaa!" Rison yang teruja.

"ya.. Pahlawan istana. Dulu, disinilah arena utama bagi kesemua pahlawan ditempatkan untuk berlatih bersama dan disini jugalah dimana peraturan dan ikrar ditetapkan bagi memastikan kesemua pahlawan menanamkan jiwa yang setia dan bersatu padu tanpa ada yang terkejar untuk menjadi yang terhebat. Tapi itu semua dulu.." terang Genor yang sebak mengimbau kenangan.

"Kami menjalankan latihan kami bersama dengan gembira sekali. Walaupun banyak konflik yang berlaku tetapi semuanya berjalan dengan lancar dan keadaan yang berat itu kembali tenang dengan mudah dek kerana kesetiaan dan penghormatan kami demi kerajaan istana yang tinggi darjatnya. Semuanya sudah dianggap seperti keluarga sahaja sehingga.." ayatnya termati pada saat merekea kehilangan segalanya.

Rison yang mendengar turut merasa sedih secara tiba-tiba walaupun dia tidak mengetahui keadaan sebenarnya.

"Sehingga..?" Rison memberanikan diri untuk mencari jawapan yang tergantung secara perlahan

"Sehinggalah pada suatu ketika dahulu dimana aku sedang berada disini bersama Nek Kirana atas persiapan untuk pasukan kami melakukan latihan khas untuk majlis kelahiran putera raja pada ketika itu. Akan tetapi, kami dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan dimana seluruh kerajaan tersebut telah diserang hendap oleh musuh sehinggakan seorang the great mage of the Vortê Savor terpaksa memilih jalan yang terakhir iaitu dengan menggunakan The great spell yang mampu melenyapkan sebuah dearah termasuklah orang yang menggunakan magik tersebut" muka muram mencuka mula terhasil di wajah Genor mengimbas kembali detik hitam yang berlaku pada 11 tahun yang lepas.

"Yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini adalah.. Apa yang terjadi pada Putera Raja yang baru sahaja beberapa hari dilahirkan tersebut? Selamatkah dia? Dimana dia sekarang? Adakah dia baik baik sahaja?" Nek Kirana mencelah.

"Jika benarlah dia masih hidup. Beribu ampun patik memohon. Sesal kami kerana tidak dapat membantu Putera Raja tetap menjadi mimpi buruk kami selamanya.." luahan Genor yang hiba atas kesalahannya yang dirasakan amat besar sekali.

"Maaf.. Tapi.. Adakah ia bersebab mengapa tempat ini dipanggil Foxtril Aegis?" tanya Rison yang ingin tahu.

"Pada asalnya ia dinamakan sebagai Allertionist Academy bersempena dengan nama Yang Maha Mulia Sang Diraja Allerton yang arif dan rendah diri."

"Jadi? Kenapa ia ditukarkan kepada Foxtril Aegis?" Rison kehairanan dek pertukaran nama tempat mereka berlatih.

"Foxtril Aegis adalah nama baru untuk tempat ini dimana ia bermaksud kepupusan magika dalam bahasa soüzilĺ sebagai tanda 'pilu' kami terhadap insiden yang berlaku.." terang Nek Kirana yang semakin hiba.

"Eh Genor.. Kau mengatakan bahawa kerajaan tersebut adalah kerajaan magika bukan? Jadi maknanya kerajaan itu menggunakan kuasa magika bukan?" tanya Rison.

"Iya bergitulah dia.. Seratus peratus isi kerajaan tersebut adalah pengguna kuasa magik."

"Jadi ia bermaksud yang kau juga mampu menggunakan kuasa magik juga la kan?"

"Tidak. Aku adalah satu satunya rakyat dan pahlawan kerajaan Vortê Savor yang tidak mempunyai sebarang kuasa." kata Genor.

"Tapi macam mana kau boleh terlibat sekali?" tanya Rison yang ingin mengetahui jawapannya.

Revenge of The Last HeirWhere stories live. Discover now