Keesokan harinya..
Scarlett tersedar dari tidur nyenyaknya setelah keletihan memerah tenaga menahan sakit semalam. Dia menggosok-gosok mata kaburnya dan masih mengalami pening kepala.
"Ughh.. Sakitnya kepala aku. Mana semua orang? Kenapa aku sendirian?"
Kedengaran suara dari jauh seolah mereka sedang bertarung sesama mereka.
"Mereka berlatih lagi? Awalnya.." gadis itu merungut sendirian sebelum bangkit dari tempat tidurnya untuk menuju ke sebuah pintu yang mampu membawa mereka ke sebuah tempat itu untuk melihat apa yang sedang berlaku.
"Eh Scarlett!" Genor terganggu tumpuannya setelah terlihat sosok tubuh Scarlett muncul disebalik pintu.
"Aduh! Rison! Sakitlah!" Jeritnya yang tidak menumpukan perhatiannya.
"Hehe maaf. Siapa suruh tidak fokus!" Rison hanya mengejeknya tanpa rasa kasihan.
"Hai kau orang. Hai nek." gadis itu mula menegur orang orang yang dilihatnya disitu.
"Hai scarlett.." sambut Rison dan Genor secara serentak.
"Selamat pagi Scarlett. Kamu dah sihat?" soalan sulung Nek Kirana di ajukan.
"Ok sikit nek. Terima kasih" Scarlett sempat memaparkan senyuman manisnya sebelum kakinya yang masih lemah itu hendak merebahkan badannya namun sempat disambut oleh Nek Kirana yang berada hampir dengannya.
"Betul ke kamu ok ni? Badan kamu lemah" Nek Kirana mengerutkan mukanya menandakan yang dia kerisauan.
"Ok nek. Cuma mungkin kerana saya tertidur dengan agak lama hehe." Scarlett masih mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dia baik baik sahaja walaupun keadaannya sungguh lemah.
"Mari. Ikut nenek sebentar. Ada perkara yang nek perlukan penjelasan daripada kamu."
"Baik lah nek.." Scarlett hanya akur dengan permintaan Nek Kirana.
"Rison dan Genor, kamu sambung latihan kamu. Buat sehabis baik. Nek rawat Scarlett sebentar" pinta Nek Kirana pada dua orang anak jagaannya itu.
"Baik nek. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh." Jawab Genor dan Rison yang akur.
Nek Kirana memimpin Scarlett yang masih lemah itu dibawa ke ruang tamunya dan meminta Scarlett untuk duduk sebentar sementara dia mengambil poison khas ciptaannya bersama.
"Hulur tangan kamu." pinta Nek Kirana ringkas.
Scarlett hanya akur menghulur tangannya dan menyincing lengan bajunya memaparkan curse di lengannya.
"Dari mana dan macam mana kamu boleh dapat curse ni?" tanya Nek Kirana sambil menuangkan poison yang dibawa tadi ke sekitar curse yang kelihatan dia lengan Scarlett.
"Arghh.. Panas nek!" Scarlett hanya mengerang kesakitan sebelum dia menjawab persoalan Nek Kirana tadi.
"Tak mengapa. Tahan sedikit." pujuk Nek Kirana ringkas.
"Saya di ugut untuk mencari sebilah pedang purba sakti dan menyerahkan nya secepat mungkin pada dia. Jika tidak, nyawa saya dan ayah saya di dalam bahaya. Dia pengguna black magic" terang Scarlett yang membutangkan mata Nek Kirana mendrngarnya.
"Siapa orang yang mengugutmu itu?"
"Saya tidak pasti. Yang saya tahu namanya Zizi. Nek kenal?"
Sekali lagi jawapan Scarlett membutangkan mata Nek Kirana tetapi ia lebih mengejutkan apabila dia mendengar nama penjahat itu.
YOU ARE READING
Revenge of The Last Heir
FantasySeorang remaja yang terhimpit dek situasi yang bahang dimana menjadi pewakaf kepada dendam yang tersimpan. Walau jauh dilubuk hati, namun ia masih menjadi simbol kepada asbab yang menyeluruh baginya dalam meneruskan perjuangan.. Apakah yang menjadi...