Sowon memapah lelaki aneh itu keluar dari bilik air dan mendudukkannya disisi katil miliknya.
Dia kemudian pergi dan datang semula bersama segelas air panas.Dia berniat untuk beri lelaki ni minum namun kelihatannya lelaki ini sudah tertidur.
Sowon meletakkan gelas diatas meja lalu melihat lelaki itu dari atas kebawah. Matanya terhenti pada kedua sayap milik lelaki itu. Sayap yang bewarna hitam pekat serta berkilau.
Sungguh, dia tak pernah melihat sesuatu seperti ini sebelumnya. Dalam teori sains pun tak ada tentang manusia bersayap. Yang ada cuma pada cerita dongeng.
"Kenapa dia masuk sini? Dia sesat? Atau apa?" tanya Sowon sendirian.
Sambil melihat lihat lelaki itu, Sowon sudah beberapa kali menguap. Ya, dia mengantuk. Sekarang ni dah hampir jam 1 pagi.
Lama ii Sowon semakin lemah dan duduk disisi katil. Kepalanya disandarkan ke katil, Matanya terpejam dan dia pun terlelap.
◆◆◆◆◆
Kring...
Prak!
Sowon terjaga dari tidurnya. Tadi dia terdengar bunyi jam loceng. Dan tiba ii dia terdengar bunyi barang pecah.
'Ungh' Sowon bangun dan gosok ii mata. Dia menyelak selimut-- tunggu, selimut?!
Sowon melihat dirinya. Fuh, dia masih berbaju. Eh, rasanya semalam dia tak tidur diatas katil??
Dia melihat disisinya ada lelaki aneh itu yang sedang duduk membelakanggi dirinya.Itu Seungcheol, yang sudah terjaga.
Sowon bangun. Dia sekali lagi terpegun dengan sayap milik Seungcheol. Bukan terpegun sebab apa, just sebab dia tak pernah tengok hal seindah ini. Hey, sayap ni taklah buruk.
"Neo..." Sowon menghulurkan tangannya menepuk bahu Seungcheol.
Seungcheol menoleh membuatkan sayapnya melibas wajah Sowon.
"Aww!" rintih Sowon pelan. Taklah sakit, tapi terasa la juga kena libas tu.
Seungcheol cuma menatap Sowon dengan datar.
"S-saya just nak tanya, macam mana dengan luka awak tu? Dah okey sikit ke?"
Tak ada jawapan.
Sowon menggosok lehernya kekok. "Hm, kalau macam tu boleh saya tanya kenapa awak masuk rumah saya ni? Apa awak buat dalam bilik air saya tu?"
"Rumah kau? Ini adalah rumah aku"
Akhirnya Seungcheol berbicara.
Sowon mengangkat kedua keningnya. "Rumah...awak? "
"Aku baru tinggalkan rumah ni seminggu. Dan bila aku balik semalam, semua pintu tak boleh dibuka"
"Akhirnya aku pecahkan tingkap bilik air tu untuk masuk"
Sowon melihat ke bilik air. Tempat dimana Seungcheol muncul semalam.
"Mian, rumah ni dah di renovate dan mereka pasang security base. Sebab tu semua pintu memang auto lock dan tak dapat dibuka.."
"Aku tak kisah apa pun yang kau cakap. Tapi ini rumah aku. Kau kena pergi dari sini sekarang juga"
"Eoh? Chogio.. Tapi Uncle saya dah beli rumah ni dan rumah serta tanah ini dah jadi milik saya 100% jadi saya tak---"
"Aku tak peduli!" Seungcheol bangkit dan menatap Sowon dengan tajam. "Tolong keluar dari sini sekarang juga"
"Sirheo! Saya t--"
Seungcheol menerkam Sowon dan mengunci tubuh Sowon dibawahnya.
"Yak! Lepaskan saya! Awak tak boleh buat macam ni!"
Baru saja Seungcheol ingin berbuat lebih, tiba ii ada seorang lelaki yang muncul di bilik itu.
"Seungcheol!"
Seungcheol menoleh. Itu adalah Seungkwan, kawan baiknya. Dia juga mempunyai sayap seperti Seungcheol namun lebih kecil dan bewarna putih.
"Kim Mingyu dan orang ii dia nak datang kesini! Dorang bawa Tuan Choi sekali"
"Hah?! Macam mana dorang boleh tahu tempat ni??"
"Mollaseo! Lebih baik kau lari sebelum terlambat!"
Setelah itu Seungkwan pun menghilangkan dirinya.
Sowon mengerjap tak percaya dengan apa yang baru saja dia lihat. Orang itu baru saja muncul dan hilang begitu saja? Apa semua ni?!
"Kau selamat kali ni..." ucap Seungcheol tajam.
Baru je Seungcheol berniat untuk pergi dari situ, tiba ii angin kuat muncul disetiap penjuru bilik membuatkan seisi bilik itu menjadi huru hara.
Hinggakan ada sesuatu tiba ii saja datang membuatkan tubuh Seungcheol terhuyung terbang melanggar dinding dengan kuat.
"Argh!" Sowon menjerit ketakutan dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Kenapa ada taufan pula dalam bilik dia?! Apa dah jadi ni!?
Dalam keadaan ketakutan, Sowon bangkit dan berlari masuk kedalam almari. Rasanya tempat itu saja yang selamat untuknya saat ini.
Seungcheol memasang wajah tegang saat melihat sekumpulan orang sejenis dengannya muncul didalam bilik itu.
Ianya Kim Mingyu serta beberapa orang suruhannya. Tak lupa juga dengan Tuan Choi yang berdiri dihadapan.
"Choi Seungcheol! Jadi memang betul kau tinggal ditempat manusia hah?"
Seungcheol hanya diam sambil menunduk.
"Aku tak sangka telah membesarkan anak macam kau ni. Kau memalukan kaum kita! Kau tak layak lagi untuk jadi seperti kami!" ucap Tuan Choi.
"Mianhae appa!" Seungcheol melutut.
"Kau tak boleh dimaafkan. Orang seperti kau hanya merosakkan kaum kami!" tegas Tuan Choi. "Dan jangan panggil aku appa lagi!"
Mingyu yang ada dibelakang sana hanya tersenyum sinis menatap si Seungcheol.
"Nampaknya kamu memang ingin berada di tempat manusia ini eoh? Baiklah, kalau macam tu aku akan buatkan kau tinggal disini selamanya"
"Mwo? Jangan! Jeball, appa.." rayu Seungcheol.
Disebalik pintu almari, Sowon mendengarkan semuanya. Dia bahkan dapat melihat apa yang sedang berlaku diluar sana.
Lelaki ii yang baru datang itu seperti sedang menyoal Seungcheol. Mereka kelihatan marah dengan Seungcheol.
Hingga akhirnya Sowon menutup mulutnya kerana tekejut.
"Argghh!!!"
Dia melihat lelaki tua bertongkat itu seperti menyumpah sesuatu. Dan kemudian Seungcheol seperti sangat kesakitan. Dia bahkan mengerang dengan kuat.
Hinggakan setelah semua orang ii tadi menghilang. Sowon hanya dapat melihat kalau sayap ii milik Seungcheol mula hilang. Dan Seungcheol pun pengsan tak sedarkan diri.
YOU ARE READING
The Wings Boy [Hiatus]
Fantasy" Lelaki bersayap? Tak mungkin, ini memang tak logik langsung! "