Sowon berjalan masuk kedalam rumah yang baru dibeli untuknya. Rumah yang sangat besar dan mewah. Semuanya lengkap disini. Perabot pun tersusun kemas.
"Rumah ni sangat besar Aunty. Tak mungkin Sowon tinggal sorang ii disini" ucap Sowon sambil tengok sekeliling.
"Kamu merungut la dekat Uncle kamu tu. Dia yang belikan rumah ni untuk kamu" balas Aunty Song.
Sowon geleng ii ngeri "Uncle garang. Taknaklah"
"Kalau macam tu kamu terima jela rumah ni Sowon. Lagipun rumah ni dekat dengan tempat belajar kamu. Kamu boleh ajak kawan kamu tinggal sekali kalau kamu nak"
Sowon mengikuti Aunty Song berjalan ke sekeliling rumah yang baru di renovate ini. Semuanya sempurna.
"Ah, sebelum apa ii nanti tolong kemas rumah ni dulu ye. Banyak habuk, nanti boleh sakit kalau biarkan" pesan Aunty Song. "Maklumlah dah lama takde orang tinggal sini"
"Arraseo"
Aunty Song melihat jam tangannya "Aunty terpaksa pergi dulu. Ada meeting sikit dengan company luar. Uncle kamu dah tunggu Aunty kat sana"
"Nae, hati ii Aunty. Gumawo untuk rumah ni" ucap Sowon sambil goyang ii kunci yang ada ditangannya.
Aunty Song mengusap kepala Sowon sekilas lalu berjalan pergi. Meninggalkan Sowon sendirian dirumah besar yang sepi ini.
Sowon adalah anak tunggal keluarga Kim, dia hanya seorang gadis biasa dengan hidup normal yang bahagia. Dia mempunyai kedua ibubapa dan segalanya. Namun sebulan yang lalu Kedua ibubapanya kemalangan dan keduanya mati ditempat kejadian.
Maka tinggallah Sowon seorang diri. Setelah itu Sowon dibawa tinggal bersama Aunty Song dan Uncle Song. Mereka adalah kakak dan abang ipar kepada Omma Sowon.
Sepanjang sebulan Sowon tinggal bersama mereka, merekalah yang menjaga dan menyara Sowon.Aunty Song dan suaminya itu sangat kaya. Mereka mempunyai harta yang sangat banyak namun mereka tak ada anak. Jadi sebab itulah mereka seronok untuk menolong Sowon ni.
Sampaikan Uncle Song sanggup belikan Sowon sebuah rumah besar untuk dia tinggali sekarang. Katanya Sowon sudah matang dan boleh tinggal sendirian tanpa mereka.
'Huft' Sowon mencekak pinggang. Betul, rumah ni memang cantik dan besar. Namun banyak sangat habuk dan sawang ii. Dia kena bersihkan semua ini dulu sebelum melakukan aktiviti lain.
Sowon menarik bagasinya menuju ke tangga lalu mengangkatnya naik menuju ke bilik utama. Ya, itulah biliknya.
Dari memakai seluar jeans dan loose hoodie, kini Sowon hanya memakai seluar pendek dan tshirt tanpa lengan.
Nak kemas rumah kan? Pakai macam ini baru selesa nak buat kerja!
Sowon berjalan menuruni anak tangga dan menuju ke ruang tamu semula. Banyak kain putih usang yang menutupi perabot ii disini.
Sowon mula menarik semuanya dan mengumpulkannya didalam satu kotak kosong yang ada disitu.Saat sedang menyapu habuk ii yang ada di TV, mata Sowon melihat kearah tompokan kertas yang berselerak diatas lantai.
"Mwoya ige" gumam Sowon hairan. Semua kertas ini cuma tertulis benda ii mengarut yang sama sekali dia tak faham. Dengan lakaran ii aneh.
Malas ambil tahu, Sowon terus ronyok dan buang dalam tong sampah. Dia sambung kemas ruang tamu itu hingga bersih tanpa habuk dan sampah.
Usai itu, dia menuju ke dapur pula. Hm, tiada kain yang menutupi perabot disini. Sampah pun tak ada. Nampak kemas, cuma sedikit berhabuk.
Sowon membawa kain basah bersamanya, dia nak lap meja dan beberapa perabot penting yang ada disitu.
Lap ii sana sini, tiba ii Sowon rasa dia terpijak sesuatu. Dia menunduk dan mendapati ada satu kunci disitu. Dia pun ambil dan terus simpan dalam poket. Maybe ini kunci yang berguna untuk almari kabinet atau apa ii yang ada dirumah ni.
Habis je kemas satu rumah. Tiba ii perut Sowon berbunyi menandakan ia sedang lapar. Sowon berjalan melihat lihat di dapur kalau ii ada makanan disini.
Kosong.
Semuanya kosong. Dalam peti pun kosong. Hm, nama pun rumah baru kan. Mestilah tak ada makanan lagi.
Sowon melihat jam tangannya. Sekarang baru jam 5 petang. Boleh la dia siap ii dan keluar beli barang dapur kejap. Takkan dia nak biarkan dirinya kelaparan pula kan.
YOU ARE READING
The Wings Boy [Hiatus]
Fantasía" Lelaki bersayap? Tak mungkin, ini memang tak logik langsung! "