Sowon memang tak boleh bersabar lagi dengan hal ni. Malam ni juga dia ajak Eunwoo berjumpa di sungai Han.
'Plak!'
"Kenapa awak tiba ii tampar saya Sowon?" tanya Eunwoo terkejut dengan perlakuan yeojachingu nya itu.
"Hentikannya! Tak perlu tanya lagi. Awak penipu! Sekki namja!" maki Sowon. "Memang dari dulu saya dah syak awak ada hubungan dengan Seolhyun tapi saya just diam"
"Akhirnya tadi semuanya terbongkar! Saya benci awak Cha Eunwoo!" ucap Sowon marah.
"Sowon maafkan saya, sebenarnya saya..."
"Sebenarnya apa eoh? Bukti tu dah jelas. Takde apa yang awak perlu jelaskan!" Sowon menepis tangan Eunwoo yang ingin menyentuhnya.
"Memang betul apa yang kawan ii saya cakap sebelum ni. Awak playboy, dan awak still takkan berubah"
"Aniyo Sowon! Bukan macam tu. Please dengar saya" pinta Eunwoo. "Seolhyun yang goda saya"
Sowon ketawa tak percaya. "Heol, kalau ye pun Seolhyun goda awak. Semua ni takkan terjadi kalau awak tak terima, maja?"
"S-sowon.."
"Dahla saya dah taknak dengar apa ii. Mulai sekarang kita dah tak ada apa ii hubungan. Kita putus!"
"Sowon!" Eunwoo menatapnya kecewa.
"Lepas ni jangan bercakap dengan saya lagi!" Sowon pun berlari pergi dari situ menuju ke keretanya dan memandu pulang.
◆◆◆◆◆
11 malam.
Sowon memicit dahinya. Akhirnya semuanya selesai. Hubungannya bersama Cha Eunwoo sialan tu dah selesai. Lepas ni dia dah tak perlu pening ii lagi fikir pasal lelaki tu.
Sedih? Tentunya dia tak sedih. Lagipula dia memang dah Agak ini semua akan terjadi satu hari nanti. Dan hari itu adalah hari ini.
Sesudah kemas bekas makanannya tadi, Sowon pun berjalan naik ke biliknya dan bersiap untuk tidur.
Dia berbaring di atas katil, menarik selimutnya lalu menutup lampu.
Baru saja dia ingin terlelap, tiba ii ada bunyi yang sangat bising terdengar ditelinganya.
Sowon pun tergopoh bangkit dan buka lampu semula. Dia melihat seliling. Perasaan takut mula menyelebungi dirinya.
Takkan ada perompak? Rasanya Sowon dah tutup pagar dan kunci semua pintu tadi. Bahkan rumah ni ada security base yang membuatkan semua pintu dalam rumah ni tak boleh dibuka kalau alarm dinyalakan.
Tunggu, tapi bunyi tu bukan datang dari luar...
Bunyi gerak geri sesuatu terdengar dari bilik air, yang ada dibilik Sowon.
Sowon semakin takut. Dia perlahan bangkit dan mencapai telefonnya yang sedang di cas berdekatan katil. Matanya tak beralih dari menatap pintu bilik air dihadapannya.
Takkan dia nak terus call polis atau aunty uncle? Entah ii dalam tu cuma ada tikus atau binatang lainnya?
Ya itulah yang difikirkan Sowon.
'Beranikan diri Kim Sowon, kau bukan penakut!' gumam Sowon dalam hati. Dengan berani, dia pun membuka langkah pergi ke pintu bilik air. Tangannya perlahan memegang tombol pintu.
Dia memutarkannya dan cuba menolak bagi membuka pintu tersebut. Namun pintu tersebut berat. Seperti...ada sesuatu disebalik pintu ini.
Sowon berusaha lagi untuk membuka pintu itu. Dia menolaknya sekuat hati. Dia bahkan menggunakan lututnya juga.
Hinggalah...
Bukkk!
Pintu terbuka luas dan Sowon terjatuh keatas tubuh seseorang lelaki yang terbaring diatas lantai.
Sowon membulatkan matanya terkejut. Bukan sahaja dia terkejut kerana terjatuh diatas seorang lelaki asing ni, tapi dia terkejut kerana lelaki ni... Sepertinya bukan lelaki biasa.
Dia mempunyai sayap!
Sowon bangkit dan mengundur kebelakang. Dia ingin menjerit namun kerongkongnya seperti tercekat untuk melakukan itu. Dia meraih telefonnya yang atas diatas lantai untuk call sesiapa namun nihil, telefonnya mati. Mungkin sebab masa dia terjatuh tadi telefon dia pun terhentak sekali.
Sowon berdiri dan keluar dari bilik air itu. Namun untuk sesaat dia menghentikan langkahnya.
Lelaki tu.... Kenapa boleh ada dibilik air? Kenapa lelaki tu macam tu? Siapa dia sebenarnya? Apa dah jadi dengan dia??
Tiba ii soalan ii itu bermain difikiran Sowon. Yang akhirnya membuatkan Sowon pergi semula ke bilik air .
Dia melihat kearah tingkap yang pecah disisi bilik air tersebut. Tentu lelaki ini masuk dari sana.
"Akh..."
Sowon menatap kearah lelaki dihadapannya itu. Lelaki itu seperti baru sedar dan kesakitan memegang lengannya. Tangan lelaki aneh itu cedera dan darah keluar dengan banyak.
Dia cedera.
Sowon sebenarnya takut. Yela! Lelaki ni ada sayap! Dan tiba ii masuk kesini. Mungkin saja kan lelaki ni orang jahat?
Namun lelaki ni cedera dan nampaknya dia sendiri tak dapat nak bangun. Tak mungkin dia dapat buat apa ii sekarang.
"G-gwenchana?" Sowon cuba bertanya sambil menyentuh bahu lelaki itu.
Lelaki itu bangkit dan menolak Sowon hingga terjatuh. Dia menatap Sowon dengan tatapan marah.
"S-saya orang baik! Saya cuma nak tolong awak.." kata Sowon dalam ketakutan. Dalam masa yang sama, punggung dia agak sakit sebab jatuh tadi.
Lelaki itu kemudian kembali memegang lengannya yang sakit sambil menggetap gigi. Cuba menahan sakit, namun dia tak mampu dan kembali mengerang.
Sowon berdiri dan berlari keluar dari biliknya. Dua minit kemudian dia datang kembali bersama kotak kecemasan ditangannya.
Dia berjongkok dihadapan lelaki aneh itu dan menarik tangannya untuk dirawat.
Mulanya lelaki itu menepisnya dengan kasar namun Sowon tetap dengan aksinya, dia ingin merawat lengan lelaki itu.
"Luka yang dalam. Tentu sebab kena kaca cermin tu tadi" ujar Sowon pelan.
Dia membasuh luka lengan lelaki itu dengan air bersih lalu mengoles ubat dan membalutnya dengan pembalut luka."Ini cuma untuk sementara. Sebab cuma ni saja yang saya ada sekarang" kata Sowon.
Lelaki aneh itu menatap Sowon lama lalu melihat tangannya yang sudah dibalut oleh Sowon.
Sowon diam menatap lelaki dihadapannya itu. Untung lelaki ini tak berniat untuk mencederakannya atau buat hal yang aneh. Tapi, siapa lelaki ni? Kenapa dia aneh? Kenapa dia....bersayap? Adakah dia bukan manusia?
"Boleh saya tahu...awak ni siapa?" tanya Sowon ragu ii.
Lelaki itu mengembalikan tatapannya pada Sowon. Anak mata mereka bertembung untuk pertama kalinya.
"Choi...Seungcheol"
YOU ARE READING
The Wings Boy [Hiatus]
Fantasy" Lelaki bersayap? Tak mungkin, ini memang tak logik langsung! "