#11

2.3K 120 9
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

* * *

AMBERLY'S POV:

HARI ini merupakan hari yang indah. Agak dingin, tetapi kebetulan pula aku mengenakan baju sejuk dan seluar jeans. Langit agak mendung dan menjanjikan hujan di malam hari. Aku menapak keluar dari bangunan hospital dengan perasaan gembira dan sekali gus sedih. Setiap kali aku datang dan pergi dari tempat ini, aku terfikir akan masa depanku.

Apakah yang bakal berlaku? Apa yang harus kulakukan? Adakah di masa depan kelak aku akan menjadi doktor sepertimana yang kuhasratkan? Atau adakah aku akan mempunyai anak?

Benar-benar berkahwin.

Ya. Segala sesuatu di dalam diriku sangat mendambakan semua itu. Mendambakan kehidupan bagus untuk dicintai dan mencintai orang lain, merawat yang sakit dan cedera serta membawa harapan dan kesihatan kepada kesemua mereka. Aku tidak dapat menahan diri daripada menginginkan hal yang begitu indah.

Kusingkirkan pemikiran itu dan melihat jam tanganku. Sudah lepas jam 3 petang dan Rylan sepatutnya menjemputku di kafe seberang jalan pada jam lima. Aku keluar sedikit lebih awal kerana doktor ingin melakukan rawatan tambahan pada kulit kanak-kanak. Jadi sekarang aku mempunyai dua jam masa terluang. Mungkin aku boleh pergi ke...

“Amber?”

Mendadak aku kecut perut.

Perlahan-lahan aku berpaling untuk melihat ke kanan, di mana suara yang terlalu akrab itu memanggil namaku. Kutelan ludah dan bertemu pandang dengan siapa lagi kalau bukan Wes. Aku tidak menjawab, hanya merenung lelaki di sebelahku itu. Rambutnya dipotong pendek, wajahnya dicukur bersih, pakaiannya kasual dan bukan sut biasa pada hari bekerja khusus ini. Dia memegang setangkai mawar merah dan menghulurkannya padaku.

“Berabis saya cuba contact kau,” katanya lembut. Suaranya menyapa telingaku, namun hairan, aku tidak tersentuh sepertimana yang kusangka.

Ada yang berbeza. Kukira ada yang telah berubah bagiku. Mungkin aku akhirnya sembuh dan melupakan dia?

Rylan.

Aku cuba menelan liur yang terasa kelat di tekak dan mengangguk pada Wes. “Saya ada nampak juga tu.”

Dia menarik mawar itu kembali. Mukanya kelihatan agak hampa. “Jadi kau sengaja ignore saya.”

“Ya.”

“Adeh,” dia tergelak masam. “Saya rasa padan juga muka sayalah dapat respons begitu.” Dia berdehem. Matanya menatapku. “Boleh kita borak-borak sekejap?”

“Sekarang?” tanyaku, rasa tidak sedap hati tentang semua ini. Kulihat kembali jam tangan dan berharap Rylan datang menjemputku sekarang dan bukan dalam masa dua jam lagi.

“You don’t have to, Amber. Tapi saya betul-betul mau bercakap sama kau pasal semua.” Dia menghela nafas. “Kalau kau sudi bagi saya berapa minit ja.”

Rasanya aku tidak mempunyai pilihan. Aku benar-benar rasa tidak senang untuk pergi bersamanya dan bersembang, tetapi sebahagian daripada diriku ingin mendengar apa yang dia katakan. Akhirnya, setelah beberapa saat, aku mengangguk setuju. Matanya naik cerah dan aku sebaliknya benci akan rasa kecut di perutku.

“Amacam kalau kita minum kopi? Saya belanja.” Dia mula mengatur langkah ke arah kafe. Aku cuba segenap akal untuk memasang penghalang dan mempersiapkan diri untuk pertemuan ini, namun tidak tahu sejauh mana aku akan bertahan.

* * *

KEDUA kami berbaris di kafe tempat aku akan bertemu Rylan. Tiba giliran kami, dan Wes memesan minuman biasanya dan kemudian berhenti apabila tiba giliranku. Dia memandangku dan tersengih malu. “Apa kau mau? Biasa kau tolong order untuk saya, tapi saya tidak pernah tau apa yang kau suka.”

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now