#14

2.3K 124 12
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

★ ★ ★

RYLAN'S POV:

WANITA bertubuh tinggi ini dalam pelukanku. Denyar kamera berkedip-kedip di belakang kami. Tentu saja, kami harus kelihatan bagus untuk kamera. Aku senang dia memilih gaun yang sopan untuk majlis makan malam ini. Kali terakhir, pakaiannya hampir menampakkan beberapa asetnya.

Asetku.

Memikirkannya saja sudah cukup membuatku jengkel. Cuba menepisnya, aku fokus pada mata di hadapanku dan perasan akan solekannya yang sempurna. Ya. Dia sempurna untuk kamera. Sempurna untuk berdiri di sampingku. Tidak kira berapa banyak kami bertikam lidah atau dia mempergunakan aku.

Memang padan muka aku.

Rambut panjangnya lurus dan diwarnakan cerah. Kurasa warnanya bagus. Dia biasanya mengekalkan warna itu atau sekali-sekala menggunakan warna cerah lain.

Muzik mula dimainkan dan aku menghela nafas.

“My God, kenapa juga muka kau masam ni?” bisik Leona kepadaku, wajahnya berkerut. Aku hanya mengecilkan mata padanya.

“Kau tau juga saya benci menari,” jawabku.

"Ya, semualah kau benci dalam dunia ni." Dia mengeluh dan kami berdua mula bergerak mengikuti rentak alunan muzik seperti yang biasa kami lakukan. Maju mundur, dari sisi ke sisi. Ini normal. Setiap hari sama saja. Tetapi aku cintakan dia dan dia cintakan aku. Aku yakin keadaan akan bertambah baik setelah kami berkahwin.

Namun, kuabaikan semua keraguan yang mengaburi benakku dan bahkan hatiku sambil terus menari dengan Leona dalam pelukanku.

* * *

AKU masih ingat bagaimana perasaanku tahun lepas di majlis makan malam persis ini.

Pasangan di sekeliling kami. Kebanyakannya aku sendiri kenal, yang lain kukenal dari jauh. Bahkan Datuk Bandar diposisikan dengan tangan merangkul isterinya.

Sama seperti diriku.

Meskipun kali ini, perasaanku gemuruh ketikaa fokus pada wanita kecil molek di tanganku. Bahagian tengah tubuh kami bersentuhan, satu tanganku masih menggenggam tangannya dan satu lagi di pinggangnya. Tangannya diletakkan di lengan atasku, kerana lebih sukar untuk meletakkannya di bahuku. Perbezaan tinggi di antara kami amat ketara.

Namun, walaupun rasa gelabah, matanya yang teruja dan yakin membuat aku peka dan sebenarnya sedikit ingin tahu bagaimana kesudahannya ini.

“Tidak main kasar sama saya, arr? Boleh kau kongsi sama saya apa rahsia kau?” tanyaku dengan nada perlahan agar kami tidak didengar.

Bibirnya tersengih sinis dan aku tidak dapat menahan senyum. Comelnya.  “Jangan pandang rendah sama saya. Lama-lama kau tau juga banyak benda yang saya pandai.”

Muzik mula dimainkan, lebih banyak lampu menyala di belakang kami. Terasa hampir seperti déjà vu, tetapi bola mata yang fokus padaku tidak seperti apa pun yang pernah kualami di masa laluku. Semua ini baru, semuanya berbeza dan semuanya...

Elok belaka.

Ketika isyarat dari muzik terdengar, kuambil langkah pertama yang kutahu dan memimpinnya dalam tarian yang telah kulakukan belasan kali. Mataku tidak lari dari matanya. Kakinya bergerak sepantas dan selancar kakiku. Kuangkat kening sambil terus menari mengikut orang lain, dan Amberly menari dengan pergerakan yang jitu. Jadi, dia pandai menari? Seperti... profesional? Dari mana dia belajar menari?

Aku fokus pada langkahku untuk cuba memastikan aku dapat mengikutinya. Aku tidak percaya, dan meskipun dia terbukti lebih mahir dalam tarian itu, dia membiarkan aku memimpinnya. Amberly tidak cuba menguasai atau mengawalku. Dia masih membiarkan aku mengambil posisi itu.

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now