#SPECIAL CHAPTER

2K 110 15
                                        

MAYBE IT’S YOU by Plain Heyoka
TITLE by Bey AdAv

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

★ ★ ★

TUJUH TAHUN YANG LALU...

RYLAN'S POV:

“CLOSING sudah kami,” kata pelayan bar kepada kami. Aku menggerutu sebal.

“Kau biar serius?” tanyaku padanya.

“Ya,” jawabnya.

Aku mengosok mata. Amberly dan aku sedang berseronok. Dia teman yang baik. Sangat menyenangkan apabila akhirnya dapat meluah pada seseorang yang berada dalam situasi buruk seperti aku. Aku tahu si pelayan bar itu mungkin betul, memandangkan bilik itu berputar-putar apabila aku menoleh terlalu pantas. Tetapi aku tidak mahu mengingati atau ambil pusing tentang apa-apa pun pada masa ini. Amarahku terasa memuncak ketika cuba hendak memesan minuman lagi apabila tangan lembut menyentuh lenganku. Kupandang mata Amberly yang melebar.

“B-Biarlah, b-bagus kita jangan minum lagi," katanya padaku dengan sedikit nada kecewa dalam suaranya.

Dia juga cukup mabuk. Kuamati wajahnya yang berbentuk hati dan bibirnya yang kelihatan seksi. Walaupun dia kelihatan seperti dilanggar lori sebentar tadi, dia sudah tenang dan kudapati dia semakin menarik. Dia tidak bermegah-megah padaku, yang menjadikan dirinya lebih menarik. Dia tidak mengenaliku. Dia tidak tahu bahawa aku ini kaya. Dia tidak dapat mempergunakan aku seperti orang lain. Sepertimana yang dilakukan Leona.

“F*ck it. Kau mau sambung minum di tempat lain?”

Matanya terbeliak dan dia tidak lagi kelihatan kecewa. “Mau!” sampuknya cepat. Serta-merta, dia menekup mulutnya lantaran terkejut dan kemudian terkekeh. “I mean, boleh bah.”

Aku tersengih dan berdiri, merasakan ruangan itu sedikit bergoncang bagaikan dilanda gempa bumi. Sial. Aku tidak larat memandu. Perlahan-lahan aku mencari di mana Dustin berada. Dia masih meneguk minumannya dari awal tadi dengan perlahan .

“Dustin!” panggilku.

Dia bangkit dan mengerut kening, lalu datang. Dia meneliti mukaku dan tersengih sinis apabila Amberly berdiri dan nyaris terjatuh. Aku menangkap dan memeluknya. Wajah Amberly naik merah padam dan dia tidak bergerak. Lagi pula, aku benar-benar tidak kisah.

Dustin berdehem dan aku memandangnya. Dia tidak dapat menahan diri. Aku mengecilkan mata padanya dan mengerut kening. “Kau jangan.” Aku memberi amaran kepadanya sebelum dia sempat membuat komen memandai-mandai.

“Need a ride kah, bos?” soalnya, cuba bersungguh-sungguh untuk tidak mengatakan apa-apa lagi.

“Tolong hantar kami pigi kedai liquor,” tuntutku. Dustin mengangkat keningnya lagi dan menggeleng kepala seraya tergelak kecil.

“Right this way.” Dia mengisyaratkan ke arah pintu keluar.

Dustin berjaya keluar tanpa masalah. Amberly dan aku pula sebaliknya terpaksa berjalan lebih perlahan. Dia berjalan terhuyung-hayang. Nampaknya dia sama sekali tidak pernah minum sebanyak ini.

Setelah kami masuk ke tempat duduk belakang kereta, Dustin mula menghantar kami ke kedai terdekat.

“Gosh, relaks sudah saya rasa sekarang.” Amberly tersenyum dan menghela nafas puas.

“Siok bah kalau tidak payah mau rasa apa-apa,” kataku padanya. Dia mengangguk dan bersandar di tempat duduk.

“Setuju. Benci saya mau rasa-rasa ni. Perghhh... punyalah saya berabis sayang si Wes tu. Kenapa bah saya nda cukup untuk dia?”

MAYBE IT'S YOU (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang