DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!
★ ★ ★
AMBERLY'S POV:
PASTI Rylan telah merancang sesuatu. Dia membawa aku ke kilang wain dengan hanya mengenakan sepasang kasut slip-on, T-shirt besarnya dengan sepasang seluar pendek yang biasanya kupakai untuk tidur? Rasa gugupku mula menjadi-jadi. Penampilan dan pakaianku sama sekali tidak sesuai untuk berada di tempat seperti ini.
Lagi pula, kali terakhir aku datang ke kilang wain mewah ini, aku terserempak dengan Leona, yang mana kesudahannya tidak baik.
Aku menghela nafas panjang dan mempercayai Rylan. Dia sudah kelihatan cukup gugup, aku tidak boleh menambahkan lagi kegugupannya. Kubiarkan dia membawa aku masuk ke dalam bangunan. Setelah melewati beberapa pintu, aku rasa kagum dengan kilang wain itu sendiri.
Cantiknya!
Sedang mataku melihat-lihat, pandanganku tiba-tiba tertancap pada beberapa raut wajah yang tidak asing lagi.
“Mandy? Dustin?”
Sekelip mata, Mandy datang memelukku erat. Air matanya sudah melimpah.
“Punya saya risau!” sedunya. “Syukurlah kau masih hidup sama selamat!”
Aku membalas pelukannya. Mesti dia sangat risau! Aku bersamanya ketika aku diculik.
“Saya okey. Kau bikin apa di sini?” tanyaku, hairan. Dia menarik diri dan tersenguk, meraba-raba bawah mata memastikan solekannya tidak rosak.
Wah. Kini aku perasan dia dan Dustin berdandan dan berpakaian rapi. Kupandang Mandy dan Dustin silih berganti.
“Kami datang sini untuk kaulah, apa lagi!” Dia terkekeh girang.
“Untuk saya?”
“Well... kalau ikut betul, untuk kau sama si Rylan,” tokok Dustin.
“Of course.” Mandy tergelak. “Wedding day kamu, kan!”
Hatiku berdebar-debar dan aku menarik nafas terkejut kecil. Mataku serta-merta memandang Rylan, meminta jawapan. “Rylan?”
Matanya menangkap pandanganku, bukannya memalingkan muka kerana malu. Tanpa berkata-kata, matanya memandangku dengan riak penuh cinta dan hasrat yang selalu kuinginkan. Benarkah ini berlaku? Sekiranya ini mimpi, aku tidak mahu terjaga.
Kudapati diriku serta-merta memeluk Rylan. Dia kelihatan terkejut pada mulanya, tetapi cepat-cepat memelukku. Aku membendung air mata sekali lagi. Air mata gembira.
Dustin dan Mandy langsung berada di sebelah kami berdua dan mula menarik perhatian kami.
“Sudah-sudahlah tu, save untuk honeymoon nanti,” desak Dustin. Rylan meleraikan pelukan meskipun enggan.
“Mari pigi ready!” kata Mandy riang sambil meraih lenganku dan mula menarikku pergi dari lelaki yang menjadi bakal suamiku itu.
★ ★ ★
RYLAN'S POV:
DARAHKU bergemuruh. Aku harus bertenang.
“Kau ni mau kahwinlah, Rylan Kayson. Cubalah bah jangan berpakaian macam orang yang mau kena strok.”
Aku menjegil kecil pada Dustin, yang kulantik sebagai pengapitku sekali lagi. Tetapi kali ini aku tidak mabuk. “Susah bah kalau saya rasa jantung saya macam mau pecah dup dap dup dap begini.”
Mata Dustin berbinar lalu dia tersengih.
“Nah, tengok! Jiwa kau romantik!” selorohnya sambil menapak ke hadapanku dan membetulkan tali leherku.
YOU ARE READING
MAYBE IT'S YOU (Completed)
Tiểu Thuyết ChungGara-gara mabuk satu malam, besoknya terkahwin pula. What the-...?! Well, kalau sudah jodoh tu... takkan ke mana-mana orang bilang... More DRAMA, more THRILL than THE VOW. Warning: Super CLICHÉ with MATURE CONTENT. Reader discretion is advised! °Ini...