DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!
* * *
AMBERLY'S POV:
Imbas kembali…
DIA menyuruhku pergi.
Apa yang aku dah buat?
Hatiku serta-merta naik takut dan juga sakit, dan aku langsung tersedar. Derap langkahnya yang berat bergema telingaku saat dia berjalan menjauhiku. Aku tidak dapat bernafas. Ini tidak mungkin terjadi. Kenapa aku begitu bodoh?
Dengan pantas aku menoleh ke arahnya dalam keadaan panik. “Rylan!” panggilku.
Dia berhenti, belakangnya kini menghadapku. Kulihat otot-otot di bahagian belakang dan lengannya tegang. Buku limanya terkepal. Aku menelan liur dan membendung air mata. “Please, saya minta maaf. Bukan niat saya mau..."
Dia tidak mengatakan apa-apa, tidak bergerak.
Meskipun kakiku seakan tidak dapat menampung tubuh, sedar tak sedar, aku menapak ke arahnya. Aku harus memperbaiki ini. Rasa sakit menusuk hati, mengetahui bahawa aku telah membangkitkan kemarahannya hingga sedemikian rupa...
“Rylan.” Aku mencuba lagi, mendapati diriku berada di sampingnya.
Aku menyentuhnya. Tubuhnya tersentak kecil, yang mana membuat aku terhenti. Aku benar-benar sudah keterlaluan kali ini. Gagal seperti selalu. Tidak pernah cukup bagus. Walaupun terdapat keraguan, aku lawan dan dengan lembut menyentuh lengannya.
Mujurlah, dia tidak menarik diri.
Sepantas kilat aku menapak ke hadapannya. Matanya tajam menatapku. Aku ingin memalingkan muka, ingin menyorok kerana malu. Tetapi, jika dia berani menatapku tepat di mata, aku harus melakukan perkara yang sama.
“Sorry,” bisikku. “Saya silap sebab terlepas cakap begitu. Mulut saya tiada filter kalau terminum.”
Susah payah aku mencari sedikit harapan dari matanya, namun mata itu tetap dingin dan suram. Air mataku bertakung dan aku berjaya membendung daripada bercucuran. Ya Tuhan! Aku wanita yang sangat lemah! Aku jijik dengan diri sendiri. Mana mungkin aku boleh menjadi wanita yang kuat dan layak di sampingnya jika aku sendiri bahkan tidak mampu bertenang? Kupejam mata, beberapa titis air mata jatuh. Sial, mesti mukaku kelihatan sangat menyedihkan.
Sentuhan mendadak membuat hatiku tersentak. Aku tidak berani bergerak tatkala merasakan ibu jari besar Rylan dengan lembut mengusap pipiku.
“Jangan menangis.”
Suaranya yang kini lebih lembut, membuat aku semakin ingin menangis. Kubiarkan esakan lega terlepas sambil perlahan-lahan membuka mata untuk kembali memandangnya.
Bola-bola matanya masih agak dingin, tetapi kini, aku turut dapat melihat luka dan penyesalan di sebaliknya. Raut wajahnya sedikit melembut.
“Saya betul-betul minta maaf,” kataku padanya. “Tidak teruk terkahwin kau. Saya cuma overwhelmed.”
Aku rasa lebih okey apabila melihat tubuhnya mengendur, tetapi dia turut menarik tangannya. “Lupakan ja.”
Kini…
SEPERTINYA dia sendiri tidak melupakan. Sudah hampir setengah minggu berlalu dan masih terasa sedikit ketegangan di antara kami. Dia tidak begitu terbuka sepertimana sebelumnya dan seakan mengelak daripada menghabiskan banyak waktu berduaan denganku. Aku masih memasak dan membersihkan rumah sebanyak yang mampu, malah cuba memulakan perbualan.
Namun begitu, tiada apa-apa.
Aku tahu bahawa Rylan pasti sukar untuk mempercayai orang lain, dan mungkin bukan idea terbaik aku tersentap dengannya seperti itu. Sebenarnya, aku masih rasa tidak sedap hati tentang itu semua. Tetapi dia tidak menyuruhku pergi dan kami masih tidur sekatil. Namun, tidak ada lagi terjaga di pelukannya, atau sentuhan lembut sekali-sekala.
YOU ARE READING
MAYBE IT'S YOU (Completed)
General FictionGara-gara mabuk satu malam, besoknya terkahwin pula. What the-...?! Well, kalau sudah jodoh tu... takkan ke mana-mana orang bilang... More DRAMA, more THRILL than THE VOW. Warning: Super CLICHÉ with MATURE CONTENT. Reader discretion is advised! °Ini...