#13

2.2K 123 11
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

* * *

AMBERLY'S POV:

APA yang berlaku?! Ya Tuhan...

Aku tidak boleh nafikan lagi. Aku bukan lagi jatuh cinta pada Rylan.

Aku cintakan dia.

Betapa hatiku membusung ketika melihat dia berpakaian segak dan menungguku. Atau cara dia kelihatan bimbang dan hendak menelefonku, atau cara dia meraih tanganku, tepat di hadapan Wes dan membuat darahku bergemuruh. Cara dia melindungiku ketika aku tidak tahu bagaimana melindungi diri sendiri.

Aku cintakan dia.

Ya Tuhan. Mana mungkin ini boleh terjadi?! Maksudku, dia bukan jenis lelaki yang biasanya menarik minatku! Lagi pula, sumpah aku tidak akan bersama sesiapa pun yang kelihatan seperti atlet. Mungkin perawakannya nampak begitu, tetapi tingkah lakunya tidak seperti atlet. Kenangan masa lalu yang dahsyat itu tidak mendefinisikan apa-apa pun tentang Rylan. Dan... meskipun aku enggan mengaku... meskipun hatiku mati-matian menafikan... aku sangat tertarik kepadanya.

Maksudku, mana mungkin tubuhnya yang tinggi, lebar dan kekar itu tidak menarik? Ya, dia tinggi menjulang, dan aku dengan mudah ditindih tubuh besarnya itu, namun rasanya mungkin itu lebih menarik daripada yang kusangkakan.

Apa yang silap?!

Ini tidak sepatutnya berlaku. Aku tidak sepatutnya rasa begini, atau bahkan mengambil berat terhadap lelaki ini. Namun di sini aku, lebih tertarik dan mencintai Rylan daripada Wes. Ini berbeza. Ini nyata. Rylan menerimaku seadanya dan cara dia menatapku, membuat aku rasa diinginkan.

Dipuja.

Sial. Aku perlu bernafas.

Rylan membawaku ke bahagian ballroom hotel besar di luar bandar ini di mana majlis makan malam itu berlangsung.

Mahu tak mahu, rahangku terlongo melihatkan keindahan semuanya. Jumlah orang terlalu ramai dan aku merapatkan diri kepada Rylan agar tidak terpisah darinya. Kesemua meja diatur dengan tirai berwarna emas dan pinggan-pinggannya diperbuat daripada tembikar halus. Pencahayaannya selesa dan santai dan terdapat pelayan ke sana ke mari menerima pesanan daripada mereka yang sudah duduk. Yang lainnya masih berdiri dan saling menyapa. Ruangan itu begitu besar, bahkan terdapat tempat di bahagian paling hadapan di mana datuk bandar boleh berucap, dan ruang tarian luas dengan seorang DJ. Bar letaknya di hujung sebelah.

“Cantiknya ni tempat, Rylan,” kataku padanya, masih mengamati semuanya.

“You think so?”

“Ya. Cantik. Saya suka design dia.”

Dia menghentikanku dan melihat ke sekeliling sejenak, kemudian matanya memandangku. “Ini salah satu hotel saya, Amber.”

Sumpah rahangku hampir menyentuh lantai. “Betul bah! Ini hotel kau?!” tanyaku, sangat terkejut dan kagum. “Yes. Pasal tu saya bagi semua orang menginap satu malam di sini free.”

“Rylan... that’s unbelievable... betul ni,” aku cuba mengungkapkan betapa menakjubkannya itu, namun tidak tahu kata-kata mana yang harus digunakan.

“Thanks.” Dia mengangguk dan meneliti kawasan itu dengan bangga. “Ini bukan hotel favourite saya, tapi it’s one of the most recent ones I created. Honestly, memang saya harap mau expand bukan setakat hotel ja, tapi belum ada right timing lagi.”

Kupicit tangannya dan tersenyum padanya. “You can do it, Rylan. You can do anything.”

“So can you, calon Doktor.”

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now