DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!
★ ★ ★
AMBERLY'S POV:
“MISS Amber!” sapa suara manis ketika aku masuk ke bilik yang lebih besar dengan kanak-kanak di dalamnya.
“Helo, Nelly!” Aku tersenyum cerah, membongkok dan memeluk gadis kecil itu ketika dia meluru ke lenganku.
Aku mendakapnya dengan erat, merasakan kasih sayang serta kegembiraan mengisi hatiku. Rambutnya harum baru dicuci dan kulitnya, bahagian yang tanpa parut terbakar, halus dan juga wangi lembut.
Lengannya turut merangkul erat leherku. “Kau ikut kami?” Dia cepat-cepat mundur dan menatapku dengan penuh harap. Matanya cerah kerana gembira.
“Mestilah! Kau fikir kenapa kami datang sini?” Aku tersenyum padanya dan kemudian dia mengerut kening.
“Kami?” dia bertanya dan saat itulah matanya melihat ke belakangku dan mendapati lelaki berbadan besar sedang berjalan menghampiri kami. Matanya terbeliak, bibirnya tersenyum lebar. "Mr. Rylan!" jeritnya tambah teruja, lari dari pelukanku untuk langsung merangkul lelaki yang kupanggil suami itu.
Rylan terkekeh lantas melutut dengan satu kaki dan merangkul gadis kecil itu apabila Nelly cuba merangkul lehernya.
Itu dia lagi. Senyum sialan itu.
Dengan cepat aku cuba mengabaikan cengkaman di hatiku dan memandang kanak-kanak lain, melihat lelaki kecil kegemaranku yang berumur empat tahun berjalan dan mengangkat kedua tangannya ke arahku. Hatiku langsung cair. Aku tersenyum padanya dan membongkok, mengangkat dan mendukungnya di lenganku. “Helo juga, Oliver. Apa khabar kau?”
Dia mundur dan tidak menjawab, masih pendiam. Dia memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut dan menghisapnya sambil meneliti wajahku.
“Kau ready sudah mau pigi zoo?” tanyaku padanya. Sebagai jawapan, dia mengangguk. “Kau memang suka binatang kan?”
Dia tidak melakukan apa-apa buat sejenak, tetapi kemudian setelah berfikir, dia mengangguk. Ketika itulah dia melihat beberapa mainan dekat kakiku dan menuding ke arah lukisan harimau di atasnya. “Harimau? Kau suka harimau?” tanyaku padanya. Matanya kembali memandangku dan dia mengangguk.
“Dia suka berabis tu! Tapi serangga dia takut, jadi mungkin dia takut sama binatang juga,” Nelly mencelah sambil mengambil tangan Rylan dan menariknya ke arahku.
“Ahh, gitu. Tapi sejuk sikit di luar tu, Nelly. Kau dengan si Oliver patut pi pakai jaket. Macam semua orang mau ready sudah.”
“Okey!” Dia setuju dan melepaskan tangan Rylan lalu bergegas ke biliknya. Aku menurunkan Oliver apabila salah seorang jururawat menghampiri kami. Oliver hanya berdiri di sebelah dan memegang tanganku, tidak melepaskannya.
“Encik dan Puan Rylan, senang dapat jumpa kamu balik!” Jururawat itu tersenyum.
“Sama-sama,” jawab Rylan.
“Terima kasih banyak-banyak sama kamu dua untuk ini. Ini budak-budak semua jarang keluar biarpun dalam keadaan sihat. Hospital tiada dana mau kasi besar area untuk ni budak-budak, apalagi mau bawa dorang semua keluar pigi zoo. Kau yakin ja kami akan bagi kau dokumen berkaitan ini donation supaya kau boleh guna untuk tujuan cukai.”
Rylan mengangkat tangan dan aku memandangnya dengan bingung. “Nda payahlah tu. Duit nda jadi masalah dan saya tidak risau pasal tu. Tapi, thank you. Saya buat ini untuk tu budak-budak semua.” Dia melihat ke sekeliling, pada semua orang. “Semua yang dorang perlu ready sudah?”
YOU ARE READING
MAYBE IT'S YOU (Completed)
Ficção GeralGara-gara mabuk satu malam, besoknya terkahwin pula. What the-...?! Well, kalau sudah jodoh tu... takkan ke mana-mana orang bilang... More DRAMA, more THRILL than THE VOW. Warning: Super CLICHÉ with MATURE CONTENT. Reader discretion is advised! °Ini...