🖤

968 74 17
                                    

Soobin Pov

Aku melihat pelajar lain makan di kantin sekolah.

Kriukkkk...Perut aku berbunyi.
Nampaknya tak makan lagi lah aku hari ni..

Selepas bunyi loceng,aku kembali ke kelas.Aku dapati Yeonjun,Beomgyu dan Taehyun sudah ada di kelas.

Aku terus duduk di tempat dudukku iaitu di sebelah Taehyun.Manakala Yeonjun dan Beomgyu duduk di belakang aku dan Taehyun.

"Taehyun..Mana beg aku?"Soalku.

"Aku tak tahu.Kau cari lah sendiri"

Aku keluar dari kelas untuk mencari beg aku.Aku sudah pergi semua tempat di sekolah.Kecuali satu tempat yang aku tak patut masuk.

Nak tak nak..Aku kena juga pergi situ.Aku tiba di depan tandas perempuan.Dari jauh aku boleh nampak beg aku kat dalam sana.

Masalahnya..Macam mana aku nak masuk ni?

Aku pastikan line clear...Kemudian aku masuk ke dalam..Aku jumpa beg aku di tepi dinding.Aku segera memeriksa jika ada barangku yang hilang.

"Arhhhhhh"
Pelajar perempuan itu menjerit apabila dia nampak aku.

"Eo..Ha..Hara-ah..Saya datang ambil beg saya jer.."Aku mendekatinya dengan perlahan..Dia kemudian berlari keluar dari tandas.

Aku juga lari dari tempat kejadian.
Aku terus masuk kelas dengan begku.

"Dah jumpa beg kau dah?"
Soal Yeonjun.

"Ya..Kau ke yang buat?"
Soal ku.

"Kau rasa?"
Yeonjun menyambung perbualannya dengan Beomgyu.

Aku cuba untuk bertenang..
Guru mata pelajaran Sains masuk ke dalam kelas untuk mengajar.

Tiba - tiba..

'Perhatian..Di minta kepada Choi Soobin dari kelas 5 A - 3,sila datang ke pejabat pengetua sekarang'

Aku segera bangun dari kerusi..Aku lihat mereka bertiga tersenyum..Aku segera menuju ke pejabat pengetua..

Aku terjatuh ke lantai..Aku cuba menahan air mataku dari mengalir.
Ya..Dia pukul aku..Dia,Pengetua.
Hanya ada aku dan dia sahaja di sini.

"Saya dah tak tahan dengan perangai kamu Choi Soobin!Setiap hari ada sahaja masalah yang kamu buat.Mak dengan ayah kamu tak ajar pasal adab ke?"

Aku menggeleng..

"Haih..Cikgu akan hubungi mak dan ayah kamu."

Aku segera bangun dan berkata..
"Cikgu call lah berapa banyak kali pun..Diorang takkan angkat dan takkan datang sini.."

"Kenapa kamu cakap macam tu?"

"Diorang dah mampus..Sebab tu lah anak dia ni biadap..hehe"Aku tak tahu macam mana aku boleh cakap benda macam tu..Sah aku gila..

"Ahahahah.."Aku tergelak..Air mataku yang lamaku tahan akhirnya jatuh..

Aku mendekati pengetua..Dengan muka psiko aku ni..Aku tahu dia takut.

Apabila aku berada di depan dia..Dia tiba-tiba tolak aku..Kepalaku terhantuk di bucu meja..

Aku menyentuh kepalaku..Darah.
Aku rasa pening sangat..Akhirnya pandanganku kabur..aku lihat dia lari keluar dari sini..dan kemudian pandanganku menjadi gelap.

ʏᴏᴜ ᴋɴᴏᴡ,ʀɪɢʜᴛ? ⇋ ʏᴇᴏɴʙɪɴWhere stories live. Discover now