Yeonjun Pov
Aku tak nampak dia..Mana dia?Dah balik ke?
"Yeonjun..Kau buat apa lagi tu..Jom laa balik" Kata Beomgyu.
"Kau balik lah dengan Taehyun.Aku rasa aku tertinggal barang laa"
Beomgyu dan Taehyun pun keluar dari kawasan sekolah.
Aku segera menuju ke kelas.Aku dapati beg dia masih lagi ada di tempatnya.
Ke mana dia pergi?Semua orang dah balik..
Aku menuju ke bilik Pengetua..Bau busuk..Bau hanyir darah..Aku masuk ke dalam bilik pengetua..
Aku lihat..Soobin berlumuran darah..Aku segera menghampirinya.
"Yah!Choi Soobin!ireona!"
Aku menggoncang tubuh Soobin.Malangnya,dia tak bangun..Aku terus menghubungi ambulans.
Di dalam ambulans..
Selepas juru rawat memberikan rawatan kecemasan..aku lihat Soobin masih lagi tidak bangun..
'Soobin-ah..Mianhae..'
Aku tutup mataku rapat-rapat..Aku tak suka tengok orang berlumuran darah..Bukan sebab aku sedih!
Di Hospital,
Aku duduk di atas lantai bersandar pada dinding.Aku menunggu lama di depan wad kecemasan..Selepas beberapa jam..Akhirnya doktor dan seorang jururawat keluar.
"Boleh saya tanya..Di mana keluarga Choi Soobin?"Soal Doktor itu.
Aku segera menghampiri dia.
"Maaf..Tak silap saya..Dia tak ada keluarga..""Oh..Baik..Kamu kawan dia?"
"Ya..Kenapa ya?Dia ok ke?"
"Dia ok..Cuma perlu berehat..Boleh saya tahu..Siapa akan bayar bil hospital?"
"Saya akan bayar"
Jawabku.Kalau bukan aku..Siapa lagi nak bayar?Dia pun mana ada duit nak bayar ni.Doktor itu pun beredar.Jap kenapa aku caring semacam ni?
Pelik lah..Selama 8 tahun aku kenal Soobin..Aku rasa ini kali pertama aku kisah tentang dia.Dah Yeonjun.
Lupakan.Aku terus ambil grab untuk pulang ke rumah.
Setibanya di hadapan rumah,
Aku menarik nafas dan hembus.Aku membuka pintu rumah dan lihat mak sudah ada di depanku.
"Yeonjun pergi mana?Kenapa balik lambat?"
"Jun patutnya dah sampai rumah pukul 2 petang tadi..Tapi Jun tertinggal barang dekat kelas..So Jun patah lah balik pergi sekolah nak ambil barang tu..Tapi tengok-tengok barang tu hilang..Jadi Jun cari lah.."
"Kenapa sampai pukul 5 petang baru balik?"
"Jun jalan kaki.."
Hurm banyak tanya pula mak ni..
Aku tahu dia suspicious dengan aku..
Aku terus menuju ke bilik aku.Selepas bersihkan diri,aku kunci pintu bilik aku dan pasang lagu sekuat yang mungkin.
"Can't you see me?Come and feel me.Feel me.Friend don't understand me any shuhh more,"
Volume - 100%
Aku mengambil kerusi dan memanjatnya.Maklumlah pendek.
Aku mengambil jam yang berada di dinding.Aku mengeluarkan sebuah peti besi yang kecil dari dinding.
[Belakang jam tu ada lubang dekat dinding.'Secret place']
Aku masukkan kata laluan dan peti itu terbuka.Aku mengeluarkan semua duit dan mula mengira jumlahnya.
Aku campur duit yang aku ambil dari Soobin di sekolah tadi.Aku perlukan sedikit sahaja lagi duit dan aku boleh beli ' benda ' tu.
♥
First I want to make this story with english langguange..But I'm not really good in English.
Vote&Comment - ♥
YOU ARE READING
ʏᴏᴜ ᴋɴᴏᴡ,ʀɪɢʜᴛ? ⇋ ʏᴇᴏɴʙɪɴ
Fanfiction[ Soobin Soobin You know , You know? Soobin ] 𝗧𝗵𝗲 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁 𝘆𝗲𝗼𝗻𝗯𝗶𝗻 𝗺𝗮𝗹𝗮𝘆𝗳𝗳 cehh perasan siot 𝑖𝑛 𝑡ℎ𝑖𝑠 𝑠𝑡𝑜𝑟𝑦 ᝬ ꗃ 𝘠𝘦𝘰𝘯𝘣𝘪𝘯 , 𝘛𝘢𝘦𝘨𝘺𝘶 , 𝘚𝘰𝘰𝘬𝘢𝘪 𝑚𝑎𝑖𝑛 𝑐ℎ𝑎𝑟𝑎𝑐𝑡𝑒𝑟 : 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘣𝘪𝘯 ২ Contain :...