Apabila aku dan Adi semakin dekat,aku berasa takut. Adi cuba melihat di belakang semak itu. "Ya Allah Qistina!" jeritku. Rupa - rupanya Qistina. Allhamdullilah Qistina dapat ditemui. Aku menangkat Qistina dan kami semua duduk di bangku berdekatan.
"Ke-kenapa akak da-datang? Ini mesti i-ibu suruh akak cari Qistina." kata Qistina dengan suara tersedu-sedu. Matanya merah dan pipinya sudah basahi dengan tangisan. "Sayang kenapa Qistina lari rumah? Akak,Abang Adi,mama semua risau tentang keadaan Tina. Mama tengah nangis cari Tina tau. Tina tau kalau seorang ibu nangis sebab kita,kita akan dapat dosa.Walaupun setitik tangisan ibu."kataku sambil mengusap kepala Qistina dan Adi hanya mengganguk kepalanya tanda setuju dengan apa kataku."itu Tina tau. Tapi Tina selalu di marahi mama. Johan dan Kak Leeya tidak dimarahi sangat. Tina rasa macam Tina anak yang tidak guna. Tina tidak mahu pulang." kata Qistina sedih."kenapa? Tina dah tak sayang kita semua kah? Ok lah Tina tinggal dengan Kakak buat sementara ini?"Tanyaku. Risauku dibuatna kalau dia tidak mahu pulang. Takut jika diculik. Tina menangguk dan bangun dari bangku. Aku dan Adi pun ikut bangun.
Tiba di bawah blok rumah mama, aku menelefon Leeya dimana kami semua berada. Apabila Mama,Leeya dan Johan sudah tiba di tempat kita janji, mama terus memeluk Qistina."Ya Allah Qistina! kenapa Qistina buat mama macam ini? Qistina tidak sayang akan mama kah? "kata mama degan nada sedih dan mungusap kepala Qistina. "ma Qistina tak mahu tinggal sini. Tina nak tinggal bersama Kak Ana buat sementara waktu."kata Qistina sambil melihat aku.
Apabila di dalam rumah mama,aku berbual sekejap dengan mama sementara menunggu Qistina kemas bajunya semua. "mama jangan risau ya. Qistina tinggal dengan Ana sekejap sahaja. Nanti Qistina akan pulang tinggal dengan mama. Ok."kataku.Ibu kelihatan risau. "Ana jaga dia baik baik ok."kata mama. Aku hanya menangguk.
"mama Tina pergi dulu Assalamualaikum."kata Qistina sambil menyalam Mama dan terus keluar dari rumah mama. Aku dan Adi menyalam mama dan keluwr rumah. Mama masih bersedih. Aku tahu sebenarnya dia tidak mahu Qistina pergi.

YOU ARE READING
awak lah hero saya
Roman d'amour"Awak nak tau tak awaklah hero saya"kataku. Dia mencium dahiku