bahagian 3

165 2 0
                                    

Waktu sudah hampir pukul 9 malam. Setelah mencuci pinggan dan cawanku, aku terus masuk bilik air untuk mengambil air wudhuk. Aku hendak menjalankan solat ishak cepat supaya nanti boleh tidur awal. Penat. Aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti sakit. Kaki aku masih terasa pedih dan sakitnya. Selepas aku ambil wudhuk, aku keluar dari bilik air itu. mama masih di dalam dapur sedang menyapu lantai.

"Esok mama nak ke masjid ada ceramah. Ana balik pukul berapa kalau cepat boleh ikut mama . Ceramah dia mula pukul 7:30 habis pukul 8:30." tanya mama. "err mungkin Ana tak pergi kerja sebab kaki dan tangan masih lebam. Insyaallah kalau Ana sihat Ana ikutlah." jawapku sambil berjalan menuju ke bilikku. Jarak dapur dan bilik tidak jauh.

setelah solat aku berdoa supaya aku dapat menjadi isteri Adi. Wah aku ni belum kenal keluarganya dah nak jadi isteri. "Ya Allah kau jodohkanlah aku dengan Junaidi. Ameen Ya Robbal Alameen"setelah habis berdoa, aku terus baring di katil. Telekung masih ku pakai.

"ehk kalau Adi jadi suamiku kan bagus. Dia boleh jadi heroku. Kalau aku ada anak dia pasti akan menjaga anak aku dengan baik. Kulit dia dah lah putih rambut kemas di sikat. Berbual dengan sopan."kataku dalam hati. tidak lama kemudian aku pun tertidur dengan telekung ku dan sejadah tidak di lipat.

"kringggggg! kringgggggg!" "bunyi apa ni?bising la." marah aku dalam hati. Aku pun membuka mata dan ternampak jam loceng aku berbunyi. Waktu menunjukkan 5:15 pagi. Aku pun bangun dan membuka telekung yang tidak di bukak. Aku terus mengambil tuala yang tergantung di penggantung baju dan terus menuju ke bilik air untuk mandi.

"Akak dah bangun? tadi leeya ternampak akak penat sangat sampai tertidur dengan telekung. leeya ingat hantu tadi. hahaha." gelak leeya. Aku hanya senyum dan terus jalan ke bilik air. Setelah habis mandi dan habis solat subuh, aku ke ruang tamu untuk menonton television. Cara aku jalan masih terhincut-hincut.

Aku menonton televison hampir setengah jam. Waktu menunjukkan 7:30 pagi. Setelah menonton aku pun ke bilik dan tidur sebentar. Aku tidur hampir 3 jam. Aku bangun pukul 10:30 pagi. Aku pun berjalan ke dapur kerana aku terdengar bunyi mama sedang masak.

"Mama masak apa ni? Bau sedap jer." kataku. "Nanti Mak Long nak singgah sini pukul 2 petang. Ni mama masak Nasi Goreng." jawap mamaku sambil sebuk mencari bahan-bahannya."Ohh . Adik - adik mane?"tanyaku. Sunyi saja rumah ni. "dorang pergi main kat taman sana. Leeya ada jaga dorang. Ana tolong mama belikan telur dengan garam boleh? lepastu panggil adik-adik balik." aku pun mengganguk. Aku terus masuk ke bilik dan ambil telefon bimbit dan dompet dan terus keluar rumah.

Aku masih ingat akan peristiwa yang berlaku 2 hari lepas. Aku berharap agar perkara itu tidak akan berlaku. "Raihana!!!! Raihana!!"siapa yang menjerit. Aku mencari suara itu. "macam kenal suara tu." kataku dalam hati. " Raihana!" jerit lagi. Siapa tu. Aku pusing ke belakang ternampak Adi. la Adi rupanya. "awak dari mana?" aku tanya Adi."Saya dari rumah sedara saya." katanya tercungap-cungap."awak nak ke mana?dan mana adik -adik awak?" "Saya nak ke kedai beli barang dapur. Adik -Adik semua kat taman sana. Nanti saya nak jemput dorang balik sebab Mak Long saya nak singgah rumah saya." jawapku."kalau macam tu saya ikut awak lah takut ada yang mengacau awak." aku gelak . "ape ape je la awak nii."hahaha lawak la Adi ni.

awak lah hero sayaWhere stories live. Discover now