"Leeya! Qistina ! Johan! Cepat akak dah lambat nk gi kerje!" jeritku. Nama aku Nur Raihana Adila binte Aziz. Aku adalah kakak sulung kepada 3 orang adik. Adik aku pertama bernama Aleeya Nur Alisa binte Aziz. Adik kedua pula bernama Nur Qistina Amira binte Amir dan adik terakhir yang paling manja bernama Muhammad Aidil Johan binte Amir. Hah korang perasan tak nama ayah aku dan leeya bernama Aziz walhal nama ayah Qistina dan Johan bernama Amir. Sebenarnya Qistina dam Johan adalah adik angkat aku. Pada masa dahulu aku baru sahaja berumur 10 tahun leeya pula berumur 8 tahun. Ibubapa qistina dan johan menyuruh ibubapaku untuk menjaganya kerana mereka ingin menyambut hari perkhawinan mereka. Dalam perjalanan pulang ke rumahku untuk menjemput anak mereka,mereka ditimpa kemalangan. Ibubapanya pun meninggal dunia. Ibubapaku membuat keputusan untuk menjaga anak mereka. Hubungan antara ibubapaku dan ibubapa Qistina dan Johan adalah mereka berjiran. Sejak hari tu qistina dan Johan menjadi adik angkatku.
"Ibu kami pergi dulu," kataku sebelum beredar dari situ. "Akak kenapa hari ini akak kene gi kerje awal?" tanya Johan sambil berjalan pantas. "Akak ada banyak kerja yang harus di lakukan,"jawapku dengan tercungap cungap maklumlah penat berjalan laju.
Sedang kami berjalan, tiba-tiba ada 5 orang budak lelaki berpakaian baju fan seluar hitam berdiri di hadapan kami. Baju mereka sangat selekeh. "Oi pompuan. Kau ade duit tk?" tanya seorang lelaki dengan nada yang kurang ajar. Aku menggeleng. Sebenarnya aku menipu kerana aku perlu duitku untuk memberi duit belanja adik-adikku dan duit untuk aku sendiri. "Kau tipukan?" Marahnya. Aku memeluk adik aku semua dengan erat. lelaki itu terus menolakku sekuat kuatnya. Aku terduduk di lantai yang kasar. Ada 3 orang lelaki memegang tangan adik-adikku sekuat-kuatnya. Adik-adikku menangis dan memanggil namaku "akak". Mendengar tangisan adik - adikku membuat aku lebih semangat untuk melawan . 2 orang lelaki memukul dan menendang aku dengan kuat. Bajuku sudah kotor terkena lumpuh. Tudungku sudah tidak ada bentuk tudung. Dah senget-senget. "Ya Allah bantulah adik-adikku itu!"kataku dalam hati.
"Aduh!sakit!" jerit salah satu lelaki itu. Ada seorang jejaka yang sangat kacak memukul semua lelaki itu. Adik-adikku dilepaskan. Mereka semua datang kepadaku. Aku memeluk mereka. Pipi aku sudah basah dengan tangisanku. Mataku sudah merah menangis. "cabut! cabut!" kata seorang lelaki itu. Mereka berlima semua lari dari situ.
lelaki itu mendekati kami 4 beradik. "Mari bangun. Kamu semua selamat." kata jejaka itu lembut. Dia menghulur tangan pada Johan lalu Johan menoleh padaku tersedu-sedu. Aku memberi signal untuk berkata pergi sahaja. johan pun bangun. "aduhh!!" Johan terduduk semula. Terkejut aku dibuatnya. Kedua-dua lutut dan jari berdarah. "Ya Allah Jo kaki Jo berdarah!" kataku terkejut. "Err, mari kita pergi rumah saya. Rumah saya ada kotak kecemasan."
Aku bangun dan mengangkat Qistina kerana lutunya sebelah kanan luka agak teruk. Alhamdullilah leeya tidak berapa cedera cuma lebam di siku. Jejaka itu mengangkat Johan. "Ya Allah kuatkanlah semangatku" kataku dalam hati. Aku berjalan terhincut-hincut kerana kakiku sakit di tendang. Tapak tanganku lebam dan sikuku berdarah luka.
Tiba sahaja di rumah Jejaka itu, dia menjemput aku dan adik - adikku masuk dan duduk. Dia terus ke dapur dan mengambil kotak kecemasannya dan meletakkan ubat kepada luka Johan. Johan memekik kesakitan. Dia mengengam tanganku sekuat-kuatnya. Aku memeluk leeya dan Qistina.
Setelah semua luka adikku dilap dan di letak ubat, ia dibalut dengan pembalut luka supaya ia akan cepat sembuh. Jejaka itu meletak semua peralat kecemasan dan meletak ke dapur lalu dia menghidang air kepada kami semua. "minumlah,ibubapa saya ada di dalam masih tidur ." katanya. Aku melihat matanya. Ya Allah kacaknya! ehk aku dah jatuh cinta dengan dia kah? setelah meletak semua cawan di atas meja, dia duduk bersebelahan Johan. "masih sakit?" tanya jejaka itu sambil mengusap-usap kepala Johan."Masih"jawapnya pendek. "Nama saya Junaidi Ilham. Nama awak?" tanya jejaka itu. Ohh Junaidi. Kacaknya! kata aku dalam hati. "Err nama saya Nur Raihana ini Aleeya Nur Alisa ini Nur Qistina Amira dan ini Muhammad Aidil Johan,"kataku dengan suara pelan. Dia pun mengganguk . "boleh saya tau umur awak semua brapa?" aik banyaknya soalan macam investigator pulak. "saya berumur 19 tahun leeya berumur 17 tahun, Qistina berumur 11tahun dan Johan berumur 8 tahun." "ohh saya pun 19 tahun" gelaknya.

YOU ARE READING
awak lah hero saya
Romance"Awak nak tau tak awaklah hero saya"kataku. Dia mencium dahiku