bahagian 2

203 3 0
                                    

kita berbual hapir 2 jam. Johan berasa sangat selesa berbual dan ketawa dengan Junaidi. "err hari dah nk gelap. macam nak hujan. Saya nk mintak diri dulu lah."kataku. Kami semua pun bangun.

Apabila aku sedang menunggu adik adikku memakai kasut sekolah mereka,sempat aku mengucap terima kasih pada Junaidi. "err Junaidi terima kasih sebab tolong adik adik saya tadi." kataku.Sebenarnya aku malu nak cakap tapi rasa macam tak baik tak ucap terima kasih. "ohh tak ape lah janji awak dan adik adik awak selamat. Err awak tak payah la panggil saya Junaidi panggil saya Adi."katanya dengan senyuman manisnya. Aku termenung seketika. Adi pun termenung tengok aku. "akak cepatlah!"Marah Leeya. Aku dan adi pun tersedar dari khayalan.

"Terima kasih abang junaidi sebab tolong Johan dan kakak -kakak Johan." Kata Johan sambil menyalam Adi. "Johan kalau Johan bosan duduk rumah atau mahu apa apa bantuan datanglah rumah abang. Lagi satu abang nk Johan dan kakak kakak Johan panggil abang Abang Adi. boleh?" katanya sambil matanya melihat leeya dan Qistina. Sambil berjalan pulang Johan sempat berkata bahawa Abang Adi itu sangat baik. "Ya Allah kacak betul si Adi tu. Kalaulah dia menjadi suamiku kan bagus. Boleh dia jaga adik adik aku." kataku dalam hati. "Johan,Qistina korang nk tak abang Adi tu jadik abang ipar kita?" tanya Leeya. Matanya itu sering memandang aku. Apa apa saja Leeya ni."nakk!!!!!" pekik Qistina dan Johan. Leeya ketawa terbahak bahak. Aku menepuk bahu Leeya lembut. Leeya baca fikiran aku kah? mana mungkin.

Tiba sahaja di rumah, Johan terus masuk runah dan mencari mamaku. "mama!mama!mama!" pekiknya sambil mencari mama."mama kat dapur sini!" jawap mamaku. Johan terus lari ke dapur. Aik kaki Johan dah tak sakitkah? Johan Johan. Aku,leeya dan Qistina masuk dan meletak beg di kerusi. Penat dan sakit.

"la betul ke? nasib tak jadi apa apa. nasib ada Abang Adi tu tolong." jawab ibuku sambil memegang dadanya. "ya betul ma. Ma abang Adi tu handsome tau. Akak suka dengan dia tau." "ish mane ade." marah aku. Johan nie ada apa apa saja. Mama ketawa kecil.

Waktu dah menunjuk pukul 7:40 malam. Aku baru sahaja habis menjalankan solat maghrib. Aku keluar dari bilik lalu ke dapur untuk menolong ibu untuk masak makan malam ini. "ibu nk Ana tolong?" tanyaku lembut. "pergi panggil adik-adik kamu makanan dah siap ni." "ini makanan kegemaran arwah ayah asam pedas dan telur kicap!" kataku bahagia. Terasa rindu dengan arwah ayah. Ayah aku meninggal akibat sakit jatung. "leeya!Qistina!Johan!Cepat makan nanti sejuk nasi ni!" panggilku sambil menuang kuah asam pedas ke dalam mangkuk.

"Aik Johan mane?" tanyaku hairan. "dia lepas solat terus tidur. Nak kejut kesian pulak." Kata Leeya. Bilik tidur rumahku ada 3 bilik. Leeya selalu nak tidur dengan mama kerana dia memang tidak boleh berpisah dengan mama. Johan tidur bersama Qistina dan aku hanya tidur seorang.

awak lah hero sayaWhere stories live. Discover now