01 | ▪︎ ONE ▪︎

1.9K 158 13
                                    

"Zara! Cepat turun breakfast. Nanti lambat pula nak sampai sekolah." amuk mama dari tingkat bawah.

"Sekejap lagi Zara turun. Kejap ma!" Balas Zara kepada mamanya.

"Ishh mana pulak phone aku nih. Dah la harini first day aku dekat sekolah. Menyusahkan betul la." Omel Zara sambil tercari-cari telefon bimbit kesayangannya itu.

Gila tak ke sayang.

Telefon itu hadiah pemberian mama dan papanya semasa hari lahir dia bulan lepas. Masih baru lagi.

"Haaa ni pun. Macam mana la boleh ada bawah katil." Lalu dia ke cermin yang tergantung di dindingnya bagi melihat dan merapikan penampilan diri.

Zara memakai kemaja putih bersama blazer dan seluar slack yang berwarna hitam lalu menyarungkan tudung bawal hitam sekolah.

Tudung tersebut dimasukkan ke dalam kemeja. Uniformnya dilengkapkan dengan tali leher yang berjalur hitam dan kuning. Itulah uniform khas sekolah barunya.

Kemudian dicalitkan sedikit pelembap bibir. "Hmmm nice!"

Setelah Zara berpuas hati dengan penampilan dirinya, pantas dia memcapai beg sekolah dan kunci keretanya dan keluar dari bilik. Tergopoh-gopoh Zara berlari masuk ke dalam lift kerana takut jika mamanya akan mengamuk lagi.

Keluar sahaja dari pintu lift terus teserlah muka mamanya yang jelas menampakkan kemarahan itu.

'Uish seram.' Bisik Zara sendiri.

"Baru nak turun? Punya lah lama mama tunggu dekat bawah. Zara ni hari pertama sekolah pun lambat. Mama dah kata. Lain kali bangun awal sikit. Tak nak dengar lepastu nanti lambat pergi sekolah, dengan jalan sesak nanti. Ish budak bertuah. " Bebel mama, Tengku Darina panjang lebar lalu berlalu ke meja makan.

'mama kalau bebel boleh cair taik telinga aku' omel Zara di dalam hati.

'Eh Zara ape kau ni. Tak baik kutuk mama kau sendiri.'

"Tengku Zara Camila! Tercegat kat situ lagi buat ape. Cepat sini makan dengan mama papa" Zara tersentak dan pantas ke meja makan.

Kelihatan papanya yang kacak lagi segak, Tengku Umar Niel sedang duduk membaca akhbar sambil mensisip air kopi yang kelihatan wapnya menandakan ia baru dibancuh dan masih panas.

"Morning pa. Morning ma." sapa Zara dan dikucup pipi kedua orang tuanya. Itulah rutin hariannya.

"Morning." Balas Tengku Umar Niel dan Tengku Darina serentak.

"So, how do you feel? Your firstday at new school." Tanya Tengku Umar Niel kepada puterinya.

"Normal." balas Zara sepatah.

Sebenarnya memang dia betul-betul tidak mahu bersekolah di Malaysia. Sudah elok empat tahun dia bersekolah di New York, boleh pula papanya suruh balik sambung sekolah di sini.

Selepas peristiwa itu, terasa berat dirinya ingin menjejakkan kaki ke negara asal ini. Tetapi disebabkan pujukan rayuan papa dan mamanya maka terpaksalah dia bersetuju.

"Aik. Tak kan la tak ade rasa excited anak mama ni?" Berkerut dahi Tengku Darina manakala Tengku Umar Niel hanya menggelengkan kepala sahaja.

Kenal sangat dengan sikap anaknya itu. Zara pula hanya membuat muka tanpa sebarang riak dan menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Along tak balik ke? Rindu Zara dengan anak buah sorang tu. Haa angah pon sama tak balik jugak?" Tanya Zara memecahkan suasana senyap itu. Dia tidak nampak pula kelibat dua abang yang 'disayanginya' itu.

"Diorang kat rumah sendiri la dengan isteri masing-masing." Zara hanya mengangguk dengan apa yang diperjelaskan oleh mamanya.

Dia mempunyai dua orang abang yang sudahpun mendirikan rumah tangga. Abang sulungnya, along bernama Tengku Zafran Connor dan angahnya yang bernama Tengku Zayyan Collin.

Alongnya mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Tengku Rafieq Zane.

Tengku Umar Niel berdarah kacukan dimana bapanya iaitu atuk kepada Zara merupakan orang inggeris yang berasal dari New York. Atuknya memasuki agama islam apabila berkahwin dengan neneknya yang berpangkat Tengku.

Selesai bersarapan Zara terus menyalami kedua ibu bapanya dan sebelum masuk kedalam kereta. "Zara pergi sekolah dulu pa, ma."

"Hati-hati tau dekat sekolah nanti. Musuh kita sentiasa ada di mana-mana." pesan mamanya.

"Awak ni. Jangan risau la. Daniel, Haykal dengan Deena kan sekolah dekat situ dengan dia juga. Pandai-pandai la dia jaga diri sendiri." Balas Tengku Umar Niel apabila isterinya tidak habis berpesan perkara yang sama dari awal Zara menjejakkan kaki ke tanah air ini.

Dia pun naik pening mendengar.

"Itulah mama ni. Ma, takkan la mama tak kenal dengan anak mama ni. Siapa je berani cari pasal dengan Zara? Cuba mama cakap." Kata Zara.

Tengku Darina hanya ketawa dan mengangguk melihat telatah anaknya. Lalu, Zara memboloskan diri masuk ke dalam keretanya dan meluncur laju meninggalkan kawasan rumah bertingkat tiga tersebut.









==============================

Baik, ni first time lia menulis and lia tau penggunaan bahasa and kata ada yang tak betul. Lia tahu yang cerita ni merapu hehe sorry. Kalau ada banyak typo sila bagitahu ye.

Vote and comment. Tqsm!

MISS MAFIAWhere stories live. Discover now