06 | ▪︎ SIX ▪︎

946 102 3
                                    

Hari ini merupakan hari pertama percubaan SPM. Rata-rata pelajar berasa gementar tidak kurang juga sama seperti empat sekawan itu. Walaupun hanya sekadar percubaan. Semestinya, keputusan yang bakal diperoleh nanti juga amat penting.

"Ahhhhh. Aku takut la wey." Deena menjerit.

"Kau ni kalau takut sekali pun tak payah la menjerit-jerit. Nak jadi macam Melissa tu jugak ke kak. Apa kau ingat kitorang tak takut. Kitorang pun takut jugak la." Resah Haykal.

"Don't worry. Aku sure kita semua boleh buat. Kita kan dah study sama-sama. Insyaa Allah dipermudahkan." Tenang Daniel berkata.

"Siapa je tak risau wey. Walaupun percubaan tapi still ada aura spm tau. Bagi aku, ujian lagi scary dan menakutkan daripada membunuh." Balas Zara.

Mereka hanya senyap seketika bagi meredakan rasa resah dan takut dalam diri sehingga panggilan bagi murid-murid yang menduduki percubaan spm agar masuk je dalam dewan.

"Diminta semua murid yang menduduki percubaan spm pada hari ini sila masuk ke dalam dewan peperiksaan dan bersedia. Ulang suara. Sila masuk ke dalam dewan peperiksaan dan bersedia. Sekian terima kasih."

Lalu semua pelajar dan mereka berempat sama-sama memulakan langkah untuk ke dewan peperiksaan.

*Skip*

"Wuarghhh. Finally habis semua paper wey. Setelah berabad-abad aku bertungkus-lumus akhirnya aku bebas!!" Sorak Haykal sambil menggeliat. Harini mereka baru sahaja menghabiskan paper terakhir.

"Banyak la kau punya abad."

"Belum bebas lagi wey. Ni baru percubaan. Ujian sebenar lagi dua bulan je. Tak ada masa nak enjoy." Balas Zara. Haykal hanya memuncungkan mulutnya. Dah serupa itik dah kalau kalau tengok.

"Tak payah nak muncung-muncung sangat la Kal. Hodoh betul aku tengok." Daniel mengusik.

"Emm... Zara. Orang tua tu tak ada kacau kau ke. Buat apa-apa ke? Yela, lama betul dia sneyap. Haritu jata nak balas dendam la apa la." Tiba-tiba Deena bertanya.

"Lepas dia call haritu tak ada apa-apa jadi. Cuma orang ikut tu ada la. Maybe dia lupa kot. Yela, kan dah tua tu banyak lupa. Sampai nak serang kita pon lupa." Balas Zara ditambah dengan gurauan.

Mereka hanya tertawa kecil tentang apa yang dibalas Zara.

"Guys. Apa kata petang ni kita celebrate nak tak?" Cadang Deena.

"Aku on je."

"Okehh."

"No hal."

"Kalau macamtu nanti aku send location. Kita jumpa kat situ ok. Dah aku cau lu. Byee." Deena berlalu pergi ke dalam keretanya dan memandu keluar. Diikuti juga Zara, Daniel dan Haykal. Masing-masing hendak pulang ke rumah.

♧♧♧

"Assalamualaikum." Sapa Zara sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Waalaikumsalam. Zara haa, balik pun kamu. Macam mana exam? Ok tak?" Sahut Tengku Darina. Zara pantas mencium tangan mamanya.

"Ok je ma. Macamtulah." "Zara naik atas dulu la ye ma. Kejap lagi dah janji nak keluar dengan tiga ekor babun. Nak mandi dulu. Papa mana?"

"Papa macam biasa la dekat office. Kamu kata nak keluar dengan babun? Babun mana pulak ni." Tengku Darina mengerutkan dahinya.

"Babun mana lagi mama... Si Deena, Daniel dengan Haykal la." Jawab Zara selamba.

Tengku Darina hanya menggelengkan kepala. "Apa la kamu ni. Tak baik cakap diorang macam tu. Diorangkan kawan kamu." Tegur mamanya.

"Haha mama. Jangan la serious sangat. Orang gurau je." Tersengih Zara serupa kerang busuk.

"Yela kamu. Dah pegi naik atas mandi. Dah berjanji kan nak keluar. Lambat karang."

"Amboi. Halau nampak. Baik la mama ku yang amat ku sayangi." Zara segera melangkah ke arah lift. Kena cepat-cepat lari. Karang dibiarkan. Mau sampai esok tak habis mendengar ceramah mamanya itu.

Tengku Darina hanya terseyum sambil menggeleng akan sikap anaknya itu. Kadang-kadang ceria. Kadang-kadang ganas. Itulah Zara. Tiada sesiapa tahu tentang emosi sebenarnya.

Ting Ting Ting Ting

FOUR🖤🔪

Deena🤍
Ni location wey. Pukul 2.30 sharp sampai mall ok.
-location-

Haykal🐒
Alaaaa.. Kenapa mesti mall..
Aku tak suka la. Nanti korang yang sibuk shopping sana sini. Tak jadi nak minum-minum lepak nanti!!!😫

Deena🤍
Kau tak payah nak ngada ii. Kitorang takde lah over sampai tak sempat nak minum-minum ok😒
Kalau kau tak suka tinggal.

Haykal🐒
Whatever🙄

Daniel💩
Alahai... Sweetnya dua-dua ni gaduh..

Deena🤍
Kau jangan nak merepek kalau tak nak kena sepakan padu aku eh.

Korang... aku malas la nak drive. Deena, kau ambik aku bole tak. Plisss🥺🥺

Deena🤍
Tak boleh la wey. Aku tumpang kakak aku. Lepastu dia terusnak pergi rumah kawan dia. Tak sempat nanti. Sorry sangat²..

Haykal🐒
Haaa. Apa kata Daniel ambikkan kau. Rumah korang pon kan tak ada la jauh. Kan Daniel kan ii..😆

Daniel💩
Eh. Asal aku pulak yang kena!!

Eh takpe. Kalau macam tu korang pergi jela
bertiga. Aku tengah malas sangat nak drive ni hehe.

Deena🤍
Ala. Kesian la dia Daniel..Kau ambik je la dia dekat rumah. Apa susah. Tak gentlement langsung😒

Daniel💩
Yela aku ambik. Kau Zara, pukul 2 aku datang.
Make sure kau dah siap eh!

Okay🙄


"Haish. Mamat ni pulak ambik. Haykal pon satu. Bijak sangat pergi suruh dia ambik aku. Urghh" Lalu dia bangun untuk ke bilik air dan bersiap. Selepas itu dia terus menunaikan solat zohor apabila sudah masuk waktu.

Pin Pin Pin

Bunyi hon menyentakkan Zara yang sedang melilit shawl satin yang bewarna merah itu. Blouse hitam dan seluar jean sudah tersarung di badan. Dicalitkan lip gloss dan juga mascara di muka.

"Zara!!!! Lambat lagi ke tu nak siap. Daniel dah sampai dah ni." Jerit mama menyebabkan rumah 3 tingkat itu bergegar. Uish sampai bergegar. Over sanagt hiperbola ni hehe.

Dia pantas menyempurnakan penampilan diri dan menapai slingbag nya. Lalu, segera berlari untuk ke bawah.

"Hai lah anak dara ni. Cepat keluar. Kesian Daniel ah tunggu tu."

Zara hanya tersengih dan menyalami tangan mamanya dan menyarung kasut. Dia melangkah ke arah kereta yang dipandu Daniel.

"Elok-elok dating tu!!!!" Jerit mama yang dapat didengari Zara walaupun dia semakin menjauh.

Zara membuka pintu tempat penumpang di sebelah pemadu dan kelihatan Daniel dengan T-shirt hitamnya dan seluar hitam bersama cermin mata hitam.

'Gulp hensemnya. Cair aku..' Gumam Zara. 'Eh hitam? Macam mana boleh matching pulak ni!!!!' Zara masuk ke dalam kereta dan menutup pintu.

"Ehem. Lama bersiap." Dehem Daniel apabila tersentak dengan panggikan daripada Zara. Sebenarnya dia tertawan dengan kecantikan bidadari itu. Cehhhh.

"Hehe sorry. Dah cepat la jalan."

"Tau la." Kereta yang dipandu Daniel menyusur laju meninggalkan perkarangan rumah itu.






==============================
Hye readers! Part ni hambar ke? Hehe. Lia dah cuba perah idea dalam otak ni.

Feel free to vote and comment. Tqsm❤

MISS MAFIAWhere stories live. Discover now