Setibanya di kafe...
"Hurmm. Explain la cepat." Tak sabar-dabar Zaa nak mengetahui 'hal' sebenar.
"Ish kau ni. Tak reti sabar-sabar." Haykal bersuara. Zara hanya menjeling. Dah la hati tengah panas lagi dengan mamat tu. Siapa lagi kalau bukan si 'dia' la yang bernama Daniel.
"Baik macam ni. Dekat sekolah ni kitorang famous. Semuanya sebab kejelitaan dan ketampanan kami." Deena memulakan bicara.
"Buat la macamtu. Juling betul-betul kang." Daniel menyampuk.
'Ei mamat ni aku teranjang sat gi.' Zara hanya buat tidak endah pada 'suara' tersebut.
Daniel menjegilkan matanya kerana tidak dilayan 'sabar je la aku dengan minah ni'.
"Then, kau tau la kalau famous nanti ramai fans. Diorang tergedik sana tergedik sini tergedik situ. Macam-macam tergedik la. Baik lelaki perempuan semua sama je." Zara tekun mendengar penerangan yang dipersuarakan oleh Deena.
"Jadi, disebabkan kitorang betul-betul malas nak layan kerenah semua ulat bulu tu. Kitorang terpaksa la jadi sombong sikit. Biar la diorang nak menyampah ke apa, yang penting tak merimaskan kami."
"Ooo. Sebab tu lah korang bertiga ni macam asam jeruk basi?" Mereka mengangguk laju.
"Aku ingat ada apa benda korang jadi macam ni." Sambung Zara lagi.
"Itu lah sebabnya." Sampuk Haykal.
Daniel hanya diam membisu dari tadi akibat tersentap tentang kejadian tak layan tadi.
"Jadi kau pon kena sombong juga. Tambah lagi perangai beku heartless nak tembak orang kau tu ok. Baru la nanti tak ada ulat bulu atau babi menyondol." Haykal berkata selamba.
"Ok." balas Zara sepatah.
Kringgg
Zara terus bangun dan berjalan pulang ke kelas meninggalkan rakan-rakannya memandangkan waktu makan tengah hari habis. Daniel dan Deena berpandangan sebelum masing-masing menggeleng.
Bukk
"Adoiiiii. Apesal korang ni ketuk kepala aku." Haykal menggosok kepalanya yang diketuk oleh Daniel dan Deena serentak.
"Kau gila ke Kal?" Haykal menjongketkan kening kerana tidak faham apa yang diperkatakan Deena.
"Gila apanya."
"Kau sedar tak apa yang kau cakap dekat Zara tadi?"
"Apa aku dah buat?" Dia berfikir sejenak dan..
"Ehhh! Apa aku dah buat ni." Bebal betullah si Haikal ni.
"Tapi jangan risau la. Zara kan bijak orangnya. Takkan la dia tak tau beza situasi. Dia gurau je tu. Hehe" Haykal membalas.
"Itu lah kau. Mulut tak reti jaga apasal. Jangan sampai kau yang kena nanti. Mati-mati." Deena menggeleng-gelengkan kepalanya.
Saja nak menakutkan Haykal.
"Kau ni. Cakap main lepas je. Nanti tak pasal ada yang kena bunuh dekat sekolah ni, semua salah kau." Daniel berkata sambil menunjukkan jari ke arah Haykal dan lantas bangun untuk ke kelas.
YOU ARE READING
MISS MAFIA
Romantik[Romance+Action] Hidupnya penuh dengan masalah. Semuanya disebabkan oleh satu pangkat yang bakal disandang serta statusnya. Dia bernama Tengku Zara Camila atau dikenali sebagai Zara. Berdarah kacukan serta mempunyai mata biru yang menawan. Seorang...