14 | ▪︎ FOURTEEN ▪︎

646 59 1
                                    

Deena mengambil tempat dihadapan Daniel dan Haykal yang sedang duduk di atas sofa itu.

"Dah?" Tanya Daniel.

"Beres." Jawab Deena sambil mengangkat kedua ibu jarinya.

Tengku Darina berada di dapur manakala Tengku Umar Niel sudah ke pejabatnya selepas bersarapan tadi.

Haykal dan Daniel memandang pelik ke arah Deena yang tidak berhenti tersengih seperti kerang busuk sejak turun dari bilik Zara tadi.

"Kau kenapa minah?" Soal Haykal. Mana taknya, dah serupa orang gila kalau tengok.

Deena menjeling. Minah jugak yang dipanggilnya.

"Tengok je lah nanti sayangku." Balas Deena lembut. Tapi jelingan tajam tetap disertakan bersama.

"Auch. You sayangkan I ke sayang. Hurmm. Ahh jelingan matamu menusuk hingga ke kalbu jantung hatiku. Jangan risau sayangku. Sememangnya hanya you satu-satunya yang berada di dalam hati I." Haykal berpura-pura meletakkan genggaman kedua tangan di dadanya. Berdrama sikit ye.

Deena tidak mengendahkan kelakuan mamat sesat itu hanya memandang ke arah telefon bimbitnya walaupun kelajuan jantungnya semakin bertambah dan sudah tidak tentu arah.

Daniel hanya mampu bersabar dengan kerenah si Haykal yang perangai tak berapa nak masuk akal. Bukannya dia tak tahu. Masing-masing ada perasaan suka sama sendiri tetapi tak mahu mengaku. Haish. Hormat la sikit orang single ni. Ceh, cakap orang dia pun sama si Daniel ni~

Tiba-tiba Haykal teringat akan berita baru dikhabarkan kepadanya.

"Korang! Aish aku tak sabar la..." Kata Hayka teruja dengan leretan suara yang mengada. Badannya digoyangkan seperti kanak-kanak 4 tahun yang menangis tidak mendapat gula-gula.

"Tak sabar apanya kau ni?" Daniel menyoal. Deena turut menoleh ke arah Haykal.

"Yela.. lepas exam kan Daniel na--" Deena segera bangun dari duduk dan menekup mulut Haykal menggunakan bantal kecil yang sempat dicapainya di atas sofa itu.

"Shhh kalau dia dengar macam mana gila."

"Emm hehe."

"Banyak la kau punya hehe. Memang aku tumbuk kau nanti kalau benda ni bocor dulu eh." Ujar Daniel tegas berbaur amaran.

♧♧♧

Zara turun ke ruang tamu dengan tergopoh-gopoh dengan berpakaian uniform sekolah yang lengkap.

"Haih. Dah lambat sangat ni. Kalau ikutkan hati memang aku ponteng dah. Tapi fikirkan exam nak dekat, terus terbatal niat murni ku~"

Zara berjalan menuju je pintu utama dan melalui ruang tamu. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

"Aikk. Kenapa semua orang ada dekat sini?"

"Haaa sampai pun. Meh-meh duduk sini." Pelawa Deena.

Zara memandang hairan ke arah rakan-rakannya dengan wajah yang berkerut seribu.

"O-ok."

"Kenapa korang semua datang ni?" Soal Zara bingung.

"Kitorang nak ajak kau keluar la. Berseronok sikit. Boleh release tension kan..." Balas Deena.

Haykal dan Daniel hanya duduk memerhati menjadi patung cendana disitu.

Sekarang mereka faham punca sebenar Deena tersengih seperti orang gila tadi.

"Kau biar betul? Hari ni sekolah kot. Ke... korang ponteng haa?! Asal semua tak pakai baju sekolah ni. Nak ponteng jangan ajak aku. Korang tau tak minggu depan kita dah nak exam. Ada hati nak pont--"

MISS MAFIAWhere stories live. Discover now