Ramai lelaki berbadan tegap yang berpakaian serba hitam dan lengkap bersenjata di hadapan sebuah gudang kasut lama yang terletak di sebuah hutan.
Walaupun hari sudah malam tetapi masih kelihatan samar-samar sekumpulan manusia tersebut akibat cahaya sinar bulan serta cahaya malap daripada beberapa lampu yang terdapat di keliling gudang itu.
Mereka merupakan konco-konco musuh I.M yang sejati.
Kira-kira terdapat 20 orang lelaki yang berbadan tegap dan berwajah bengis di bahagian.
Masing-masing sedang memberi tumpuan melakukan tugas untuk mengawasi kawasan sekeliling bersama senjata yang sentiasa di pegangan tangan.
Tanpa mereka sedar terdapat dua orang manusia yang sedang memerhati di dalam semak samun. Tersenyum lebar.
Mask hitam dipakai bagi menutupi hidung an mulut. Hoodie ditarik menutupi kepala. Cukup menampakkan kemisterian mereka. Beberapa pucuk pistol diisi peluru.
Perlahan-lahan mereka berjalan mendekati.
Bang
Satu tembakan dilepaskan kepada salah seorang pengawal. Bunyi tembakan menjadi tumpuan semua manusia yang berada disitu.
Mereka mula datang menyerang ke arah dua orang manusia yang hanya kelihatan tenang itu.
Seorang kelihatan seperti lelaki manalaka seorang lagi pula kelihatan seperti perempuan. Mask yang menutupi hidung dan mulut mereka membuatkan semua tidak dapat melihat wajah kedua manusia itu.
Bang bang bang bang bang
Semua tembakan yang dilepaskan para konco-konco dapat dielak. Tembakan dilepaskan kepada seorang lelaki yang ingin meghayunkan kayu besbol kepada rakannya.
"Thanks."
"Not now dear." Kata Zara sambil matanya fokus kearah musuh. Tangan dan kaki lincah melawan. Dicapai satu lagi pistol yang tersimpan di dalam kocek dan mengacu ke arah para lawan
Daniel yang mendengar kata-kata yang diucap Zara sudah berbunga walaupun nada yang digunakan tegas dan dia tahu bahawa Zara tidak memaksudkannya.
Seakan ada banyak rama-rama yang beterbangan di dalam perut. Bahagia sungguh!
Tembakan dilepaskan secara bertubi-tubi. Sepakan padu dilayangkan tepat mengenai muka tiga orang musuh. Ketiga-tiga tumbang. Zara melepaskan tembakan tepat di dada mereka.
Sretttt
"Arghhh."
Daniel mengerang kesakitan. Sibuk melawan musuh dihadapan tanpa sedar seorang musuh dari belakang bersama pisau menghiris lengannya.
Bang
Lelaki itu mati dan semua pengawal tumpas. Zara segera mendapatkan Daniel yang tertunduk. Darah tidak henti mengalir.
"Tahan sikit. Haishh."
Lengan Daniel diletakkan di bahu. Pinggangnya pula dirangkul. Zara memapah Daniel yang kesakitan itu ke kereta. Dia pasti tak lama lagi ketua kumpulan di gudang itu akan datang. Dragon.
Ya. Mereka tahu Dragon tiada disitu dan sebab itulah mereka datang menyerang. Zara dan Daniel hanya menyerang untuk berseronok. Jadi tak boleh lebih-lebih. Mengamuk bapa singa dekat rumah tu karang. Ada yang kena pancung nanti.
Siapa lagi lah kalau bukan Tengku Umar Niel.
♧♧♧
"ARGHHH." Erang Daniel. Bergema satu umah agam itu.
YOU ARE READING
MISS MAFIA
Romance[Romance+Action] Hidupnya penuh dengan masalah. Semuanya disebabkan oleh satu pangkat yang bakal disandang serta statusnya. Dia bernama Tengku Zara Camila atau dikenali sebagai Zara. Berdarah kacukan serta mempunyai mata biru yang menawan. Seorang...