。 •́ ✿ ( 02 ) ✿ •̀ 。

29.9K 518 15
                                    

💋💋💋

"Tak guna,"

Gina mengosok kepalanya yang sakit. Bengang dia dibuatnya apabila kepalanya di baling dengan tin. Kalau dia dapat siapa yang kurang ajar sangat tu, memang dia cincang orang tu. Ingat kepala dia ni tong sampah ke! Lagi buat dia bengang apabila dia terpaksa bergaduh dengan Amanda mengenai Naqib. Perempuan psycho tu memang cari maut betul! Disebabkan perempuan gila itulah dia kehilangan Naqib sekarang ni.

Kakinya di hentak tanda dia geram yang teramat. Hari paling malang baginya. Gina lalu jalan yang sunyi menuju ke kelasnya. Baru kakinya melepasi bilik stor sukan tiba - tiba tubuhnya di tarik kuat dari belakang.

Gina terkejut baru dia mahu menjerit, mulutnya di tekup kuat. Tubuhnya di tarik masuk ke dalam stor sukan dan di hempas ke dinding. Shit, sakit. Gina memandang orang yang menculik dia. Bulat matanya apabila melihat Amri yang sedang tersenyum sinis berdiri di hadapannya.

Amri melepaskan tekupan di mulut Gina. Kedua tangannya naik mengepung tubuh Gina. Gina memandang Amri dengan pandangan benci. Kenapa hari ni dia mesti di kelilingi dengan orang yang menyakitkan hatinya?

"Apa masalah kau ni?" Gina mengetap bibir. Matanya tajam memandang wajah Amri yang begitu rapat dengan dia. Gina cuba untuk memfokuskan dirinya apabila wangian perfume Amri mula mengodanya perlahan. Pertama kali mereka berdiri serapat sebegini dan juga pertama kali mereka bertemu secara berdepan sebegini.

"Masalah aku?" Bisik Amri perlahan. 

Gina menelan air liur mendengar suara Amri buat pertama kalinya. Spontan matanya turun melihat bibir merah milik Amri kemudian lari naik merenung anak mata Amri. Damn, this guy.

"Ye masalah kau," Gina cuba untuk mengawal reaksinya. Dia terlalu gemuruh berdiri rapat sebegini dengan Amri. Bukan dia tidak berdiri rapat dengan lelaki. Cuma dengan Amri, dia..

Amri mengangkat bahu, dia makin merapatkan tubuh mereka namun masih ada ruang antara mereka. 

"Aku tak ada masalah." Selamba Amri menguis rambut Gina namun tangannya di tepis kuat oleh Gina.

"Kau jangan nak sentuh aku," Gina memberi amaran sehingga menerbitkan gelak sinis dari Amri.

"Kenapa? Lelaki lain boleh, tak akan aku tak boleh?" Amri cuba untuk menyentuh pipi Gina dan sekali lagi di tepis oleh Gina. Gina mengetap gigi, mendengar ayat sinis yang di keluarkan oleh Amri benar - benar buat dia panas hati. Belum apa - apa lagi, lelaki ini sudah menyembur dia.

Gina menuding jari di wajah Amri, "Kau tak ada hak nak judge aku ni macam mana," Tubuh Amri di tolak kuat. 

Amri tersenyum kecil, interesting. 

Gina merenung Amri dengan pandangan tajam. Berbulu matanya memandang senyuman Amri.

"Let me be honest about something," Amri berpeluk tubuh sambil matanya memandang tubuh Gina atas bawah.

Gina mengetap bibir, "What?" 

Amri mengambil setapak ke hadapan mendekati Gina. Amri mendekatkan wajahnya dan berbisik.

Gina mengenggam tangannya, matanya memandang Amri dengan pandangan maut. Amri mengenyitkan matanya dan terus dia keluar dari stor sukan. 

"Aku gemuk?" 

Gina tersenyum sinis. Kurang ajar! Berani dia cakap aku gemuk?!

💋💋💋

Naufal berlari menuruni tangga kemudian mendekati Amri yang berada di ruang tamu. Naufal mengambil tempat di hadapan Amri, rambutnya yang basah di lap dengan tuala kecil. Dia baru selesai mandi. Naufal memerhati Amri yang tersengih - sengih di hadapan telefon. 

"Woi," 

Amri mengalih matanya memandang Naufal yang tidak berbaju itu hanya seluar pendek yang di pakai. Kening di angkat, apa? 

"Kau dah makan belum?" Naufal menyoal.

Amri mengangguk kepalanya, "Dah. Before balik tadi aku dah makan,"

Naufal diam memerhatikan Amri, "Kau kenapa? Lately ni, kau lain macam je," Memang sejak akhir ini Amri lain macam sahaja perangainya. 

Amri meletak telefonnya ke tepi dan mencapai remote tv di sebelahnya, "Lain macam apanya?"

"i dont know. Macam di lamun cinta. Ni ada kena mengena dengan awek yang bagi surat cinta hari tu ke?"

Amri mengangkat bahu, "Entah.."

"Apa pula! Share lah! Kau dengan awek tu ada progress apa - apa tak?" 

Keluhan di lepaskan, "Aku tak ada apa - apa pun dengan awek tu lah. Bukan taste aku," 

Bulat mata Naufal mendengar, "Bukan taste kau? Seriously? Awek tu punyalah cun cantik bertudung labuh gitu. Bukan taste kau?" Biar betul Amri ni? Awek macam tu stok buat bini kot.

"Let's say it like that," Amri kembali menyambung menonton movie yang ditayangkan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh berkata seperti. Sejujurnya, Zara memang seorang gadis yang memang jadi idaman ramai lelaki. Namun tidak baginya. Dia lebih suka.. Gadis seperti.. 

Amri senyum kecil. Pelik betul taste dia.

💋💋💋

TEASEWhere stories live. Discover now