。 •́ ✿ ( 11 ) ✿ •̀ 。

28.7K 506 63
                                    

💋💋💋

"Abang! Dah ke belum?" Azra menjerit Naqib yang masih di tingkat atas. Mereka sudah lambat untuk gerak ke majlis nikah Amri dan Gina. Akad nikah start pukul 11 pagi, sekarang sudah menginjak pukul 9:30 pagi.

"Ye dah, dah siap. Jom!" Naqib yang lengkap berpakaian baju melayu biru laut sedondon dengan isteri dan anaknya berlari turun tangga. Beg milik Adam di hulurkan pada Azra dan Adam yang berada di dukungan Azra di ambil.

"Mak Yam! Kami gerak dulu tau, nanti apa – apa call je tau," Mak Yam yang berdiri di hujung ruang hanya ketawa kecil melihat kekalutan mereka sekeluarga yang sudah lama.

"Iya Mak Yam tahulah. Kami pergi je, Mak Yam jaga rumah,"

Azra sudah tersengeh.

Wanita tua itu sudah bekerja dengannya selama 7 bulan untuk menjaga Adam semasa dia dengan Naqib berkerja. Dia sangat berterima kasih dengan wanita tua. Jika Mak Yam tak ada, tak tahu bagaimana dia mahu menguruskan urusan Adam nanti jika dia tidak ada. Mahu hantar ke rumah papanya, papanya sendiri juga sibuk bekerja. Dia juga tidak mahu menyusahkan keluarga mentuanya, walaupun mereka tidak kisah pun untuk menjaga Adam.

"Jom sayang," Naqib mengenggam tangan Azra dengan tangan kanan manakala tangan kirinya mendukung Adam yang ralit dengan mainan di tangannya.

Naqib berpusing memandang Mak Yam yang berdiri di depan pintu, "Gerak dulu Mak Yam, assalamualaikum,"

💋💋💋

"Baby? Dah siap?" Naufal menjenguk Mardiah yang masih berdiri di hadapan cermin besar sambil membetulkan kedudukan tudungnya.

Mardiah membetulkan pin di bahunya sebelum di berpusing menghadap Naufal, "Dah, jom," Handbag di katil di capai dan terus mendapatkan Naufal.

"Cantiknyaaaa isteri kitaa nieee," Suara Naufal melirik sambil menyentuh pipi Mardiah.

Mardiah menjeling manja, "Mengada," Lengan Naufal dirangkul erat dan mereka bersama turun ke tingkat bawah rumah mereka.

"Ee tak sabar nak tengok Gina dengan Amri. I dah lah adore gila dorang punya relationship," Mardiah sudah tersenyum – senyum, dia tak tahu. Tapi dia suka tengok Gina dan Amri bersama.

Naufal sudah memandang senget pada Mardiah, "Really?"

Mardiah mengangguk laju, "I nampak dorang sweet and sepadan!"

Naufal turut setuju dengan kata – kata Mardiah. Dia kenal Amri dari kecil jadi dia kenal Amri macam mana. Mengenai Amri cintakan Gina benar – benar dia terkejut. Dia kenal Gina gadis yang macam mana. Jadi dia agak terkejut yang Amri suka gadis seperti Gina yang dulunya suka berfoya – foya dan juga kaki club, pakaian seksi yang menjolok mata.

Dia tidak percaya, yang Amri boleh tangkap cinta dengan Gina. Amri bukan jenis yang menunjukkan emosinya dan reaksinya. Dia suka play cool saja. Tapi apabila perkara yang mengaitkan dengan Gina, benar – benar mengeluarkan sisi lain Amri. Tidak sangka Amri memilih Gina untuk menjadi peneman hidup matinya.

"Kau biar betul?"

Amri diam sebelum dia mengangguk kecil dengan soalan Naufal.

"Sebab? Takkan tiba – tiba kau nak putuskan tunang kau dengan Zara? Bro lagi 3 minggu majlis kau kot!"

Naqib yang duduk bersandar sudah mengelengkan kepalanya, tidak percaya yang Amri akan bertindak sebegini.

Amri mengusap mukanya, "A-aku tak tahu! Yang aku tahu, aku tak boleh dengan Zara, I can't,"

TEASEWhere stories live. Discover now