。 •́ ✿ ( 12 ) ✿ •̀ 。

27.4K 530 45
                                    

💋💋💋

"Sayang?"

Terhenti tangan Amri yang sedang menaip. Bibirnya ternaik melihat wajah mamai Gina.

Gina yang terjaga dari tidurnya, terkebil – kebil matanya melihat Amri yang sedang bersandar dengan laptop di pahanya. Matanya mengerling jam dihujung bilik kemudian kembali memandang Amri.

"Seriously?" Gina sudah menunjukkan riak kesal.

Amri ketawa kecil dan kembali menyambung kerjanya yang tergendala.

"Sayangggg,"

Gina sudah muncung. Amri dengan kerjanya memang tak boleh dipisahkan. Pada jam 3 pagi dan malam pertama mereka sebagai suami isteri, lelaki itu sudah menghadap kembali kerjanya.

"Sikit lagi, you sambunglah tidur," Mata Amri masih menatap skrin laptopnya.

Mata Gina makin mengecil memandang Amri yang teramat focus itu. Dia mula bangkit dari baringnya. Tubuhnya yang terdedah ditahan dengan selimut tebal. Badannya yang masih terasa lenguh dan penat kerana aktiviti mereka tadi. Dan lelaki ini masih nampak segar dan langsung tiada riak penat pun diwajahnya. Dari pagi mereka busy dengan majlis hingga ke petang dan tambah lagi aktiviti mereka tadi.

Oh my god, berapa banyak tenaga yang Amri ada ni? Tidak rasa penat ke?

Gina mula bergerak mendekati Amri. Lengan Amri di rangkul, dagunya disangkut pada bahu Amri yang terdedah. Lengan Amri diusap.

Amri masih focus pada kerjanya.

Gina masih mengantok, perlahan – lahan matanya mula terkatup. Sesekali bibirnya naik mengucup leher Amri.

Finally, Amri tersenyum kecil. Dia menyudahkan kerjanya dan terus menutup laptopnya. Kepalanya berpusing melihat Gina yang sudah kembali dibuai mimpi. Pipi pau Gina diusap sebelum dia mengalih tubuh Gina ke tilam. Lampu tidur di sebelahnya ditutup.

Tubuh Gina ditarik kedalam pelukannya. Wajah Gina tersembam ke dada bidang Amri. Dia masih belum rasa mengantok, matanya masih segar. Tak tahulah, tubuh badannya pelik sedikit. Orang kalau dah seharian berkerja, badan kita mula rasa lemah dan mahu berehat, tidur. Tapi bukan dia, lagi dia penat lagi dia tak boleh tidur.

Tangan kirinya memeluk kemas bahu Gina dan diusap lembut, tangan kanannya pula turun menepuk punggung Gina, lagak seperti menidurkan seorang baby. Dahi luas itu dikucup.

💋💋💋

Amri mendongak memandang banglo 3 tingkat yang berdiri gah dihadapannya.

Pintu utama rumah itu dibuka, muncul seorang wanita tua.

"Ye?"

Amri cuba untuk mengukir senyuman, "Saya Amri, kawan Gina. Boleh saya jumpa dengan Gina?"

Wanita yang dikenali sebagai Kak Shanti pembantu rumah itu menjemput Amri masuk ke dalam.

"Gina ada dekat dalam bilik, rasanya..."

"Amri," Amri memperkenalkan dirinya.

Kak Shanti ketawa kecil, "Amri, rasanya Amri tahukan keadaan Gina sekarang ni,"

Amri mengangguk kecil dan mengikut langkah Kak Shanti itu.

Amri cuba memasukkan kunci yang dihulurkan oleh Kak Shanti tadi. Katanya, Gina selalu mengunci pintu bilik. Perlahan – lahan tombol pintu bilik Gina dibuka.

Gelap.

Matanya melihat sekeliling bilik Gina yang gelap gelita itu sedangkan sekarang sudah menginjak pukul 11 pagi.

TEASEWhere stories live. Discover now