。 •́ ✿ ( 04 ) ✿ •̀ 。

30.1K 544 21
                                    

💋💋💋

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Amri mengiring badannya menghadap balkoni yang dibiarkan pintunya terbuka. Membenarkan angin malam masuk menyejukkan tubuhnya. Matanya memandang langit gelap tanpa bintang mahupun bulan.

Keluhan kasar dilepaskan, matanya langsung tak bagi kerjasama! Nasib baik esok hari sabtu, tidaklah dia kisah sangat kalau dia tidur lambat malam ini. Tubuhnya kembali baring menghadap ceiling putih dia atasnya.

Matanya menjeling Naufal yang sudah hanyut di buai mimpi di sebelahnya. Amri mengusap mukanya, telefon yang terletak di meja sebelahnya di capai dan terus dia bangkit. Dia langkah perlahan keluar dari bilik.

Suasana banglo 3 tingkat milik keluarga Naqib sunyi pada waktu kini. Pukul 3 pagi, apa yang kau harapkan?

Amri turun ke tingkat bawah sekali, dia mahu membasahkan tekaknya terdahulu sebelum memaksa matanya untuk tidur. Kakinya menapak masuk ke bahagian dapur berbekal cahaya dari telefonnya, Amri mencari keberadaan peti ais.

Gelas yang sudah di gunakan dibasuhnya kemudian  di letakkan kembali ke tempat asalnya. Dia kembali menuju ke biliknya. Kakinya yang baru melepasi ruang tamu terhenti. Bunyi seseorang yang seakan cuba untuk membuka pintu utama di pandangnya.

Amri mengetap bibir, siapa pula pagi – pagi betul datang rumah ni melainkan ada orang yang cuba nak pecah masuk rumah.

Perlahan – lahan Amri menuju ke pintu, sekali lagi langkahnya terhenti apabila pintu itu berjaya di buka dari luar. Amri sudah bersedia kalau perompak yang masuk, dia sudah sedia nak belasah perompak tu.

Terkebil – kebil matanya memandang susuk tubuh Gina yang melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan terhuyung – hayang itu.

“Gina?”

Gina yang sedang menahan sakit kepalanya mengangkat kepala apabila ada seseorang memanggilnya. Matanya tidak dapat melihat dengan jelas siapa orang itu. Baru dia mahu bersuara, tekaknya mula rasa loya.

Terkial – kial dia lari menuju ke dapur dan memuntahkan segala isi perutnya ke dalam sinki.

Amri yang dari tadi memerhati mengikut langkah Gina menuju ke dapur. Dari pakaian Gina serta bau tubuh Gina sudah dia agak yang Gina baru pulang dari nightclub. Sudah 2 tahun dia tidak berjumpa dengan gadis itu, tidak sangka akan berjumpa dalam keadaan gadis seperti ini.

Kecewa? Tidak, dia tidak rasa kecewa melihat gadis pujaannya seperti itu. Tapi lebih kepada suka… dia suka melihat sisi Gina versi ‘bad girl’.

Gina mengesat bibirnya, tubuhnya masih dalam pengaruh alcohol. Entah berapa gelas tadi dia teguk. Sudah menjadi rutin dia pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Gina memejam mata, cuba untuk menenangkan dirinya.

Selepas berjaya menenangkan dirinya, dia membuka matanya. Dia berundur kebelakang sedikit namun ada sesuatu yang menghalangnya. Apabila matanya sudah dapat lihat dengan jelas, baru dia perasan ada sepasang tangan yang sedang mengepungnya dari belakang.

Gina ketawa kecil, “Naqib?” Dia beranggapan yang berada dengan dia sekarang adalah Naqib. Tidak sangka dia akan bersama dengan Naqib dalam posisi sebegini.

Amri di belakang sudah tercengang sebelumdi gantinya dengan senyuman sinis.

Gina menggenggam erat pejuru sinki. Perlahan – lahan dia menoleh ke belakang. Bulat matanya apabila melihat wajah lelaki itu. Bukan Naqib tapi… sekian lamanya wajah itu tidak muncul di hadapannya. Gina terpaku kerana terkejut, seakan tidak percaya dengan apa yang di lihatnya. Dia kembali memandang ke hadapan.

TEASEWhere stories live. Discover now