💋💋💋
PRESENT
Gina melangkah keluar apabila pintu lift terbuka. Suasana tingkat 3 ini agak sunyi pada ketika itu memandang sekarang sudah masuk waktu lunch. Kecuali suasana di bawah, Gina menjeling tingkat bawah, suasana pameran kereta agak meriah. Ramai orang datang untuk melihat pameran kereta – kereta.
“Miss?”
Gina menoleh, bibir mengukir senyuman kecil.
“You tak keluar lunch?”
Hani yang berjalan bersama Gina ketawa kecil, “Saya bawa bekal hari ni,” Dia mengangkat sedikit paperbag yang dijinjingnya tadi.
“Aaa I see,” Gina mengangguk kecil.
“Oh ye, boss ada dekat dalam. Belum lunch, katanya tunggu miss and I think hari ni boss tak berapa sihatlah,” Hani memberitahu tentang keadaan bossnya pada Gina. Nampak tadi muka pucat Amri ketika bertandang di pameran bawah tadi.
“Tak sihat?” Terkebil – kebil matanya mendengarnya. Amri tak sihat? Hatinya mula rasa gelisah.
Hani mengangguk laju, “Nampak muka pucat boss tadi, saya dah bagi ubat but not sure boss makan atau tak. Meeting hari ni pun boss suruh cancelkan,”
Gina mengeluh, “Alright thank you Hani but can you help me?”
Hani mengangguk laju, “Boleh!” Walaupun dia hanya setiausaha Amri dan bekerja untuk Amri. Tidak salah kalau dia mahu membantu tunang bossnya sendiri. Lagipun dia selesa dengan Gina, maksud dia Gina nampak baik dan lembut. Walaupun gaya Gina yang agak seksi dan ‘diva’ namun itu semua luaran, mereka yang tidak kenal dengan Gina mesti menganggap bahawa Gina seorang yang sombong.
“Erm, I nak you orderkan food untuk Amri boleh?” Gina meminta bantuan Hani. Ikutkan plan hari ini, dia keluar makan bersama Amri. Namun, kalau Amri tidak sihat memang dia tidak akan paksa Amri untuk makan di luar.
“Ok boleh!” Hani sedia berkhidmat untuk bossnya.
“Miss punya? Nak saya orderkan juga?”
Gina mengeleng, “It’s okay,”
Hani mengangguk kecil.
Gina berjalan menuju ke bilik Amri. Tombol pintu di pegang dan di bukanya perlahan. Tubuhnya membawa masuk ke dalam bilik mewah itu. Matanya tertacap pada tubuh Amri duduk di sofa dan tersandar lemah. Gina menatap wajah Amri. Betul kata Hani, muka Amri pucat
Perlahan – lahan dia mendekati Amri yang terlelap. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Amri. Terbit rasa sedih dalam hati Gina. Dia jarang melihat Amri jatuh sakit. Jadi dia agak rasa sedih melihat Amri sakit sebegini. Jari runcing Gina bergerak menyentuh pipi Amri sebelum turun membuka ikatan tali leher yang di pakai Amri. Dia mahu Amri rasa selesa. Butang kemeja Amri juga di bukanya. 2 butang je, bukan dia buka semua. Aihh.
Gina memerhati sekeliling ruang office Amri. Matanya terpandang meja Amri yang berselerak, penuh dengan file dan kertas. Keluhan kecil di lepaskan. Kepala di gelengnya. Kerja sampai lupa kesihatan diri.
Amri yang sedang terlelap mula berkerut dahinya. Hidungnya menghidu bau yang agak familiar menyebabkan tidurnya terganggu. Matanya dibuka perlahan. Terus pandangannya dihiasi dengan wajah Gina yang masih memandang sekeliling. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Matanya setia melihat wajah sisi Gina yang cantik itu.
YOU ARE READING
TEASE
Romance[O N - G O I N G] My anak angkat 。 •́ ✿ ( TEASE ) ✿ •̀ 。 SILENT II - Love Story Between Shah Amri and Gina Irene *** sinopsis soon *** Start ; 25 May 2020