💋💋💋
"Malam ni on eh?" Naufal menyoal sambil menyelak majalah yang ada di tangannya. Bibirnya mengukir senyuman apabila wajah kacaknya terpapar di dalam majalah itu.
Sambil memejam mata, Amri membalas, "Tak takut jadi isu ke nanti?" Soalan Naufal di balas dengan soalan. Bukan dia tidak kenal Naufal, sejak menjadi artis ni bersungguh – sungguh rakannya menjaga nama baiknya. Sekarang ni? Nak buat hal? Dia tak kisah pun, boleh saja dia setuju dengan ajakan Naufal itu. Walaupun nama dia turut menjadi bualan hangat juga, namun tidaklah dia kisah berbanding nama Naufal yang sememangnya akan menjadi perbualan hangat.
"Pandai – pandai aku lah nanti cover. Dah lama tak pergi kelab ni," Naufal tersengih. Sejak menginjak dewasa ni, dia sudah berjinak – jinak dengan kelab malam. Namun tidaklah selalu dia menjejakkan kakinya ke situ, kadang – kadang saja, untuk suka – suka. Lagipun sekarang dia sudah menjadi artis, banyak mata yang memerhatikan dia. Lepak dekat kedai mamak pun jadi isu.
"Erm, aku ok je." Amri setuju dengan ajakan Naufal. Dia juga perlukan hiburan, sejak akhir-akhir ini dia terlalu busy dengan kerjanya tanpa merehatkan diri, jadi dia perlukan sesuatu yang boleh buat dia rileks sikit.
Naufal sudah tersenyum lebar, "Ok set, tempat biasa pukul 11,"
"Ok.. Naqib?"
Naufal mengeluh, "Kau ni, macamlah tak kenal dia. Mana pernah dia pergi tempat macam tu. Tempat ramai orang, sesak macam tu. Tak payah tanya, aku dah tahu dah jawapannya,"
"Kau tak rasa sesak pula?" Amri merenung wajah Naufal yang sudah tersengih. "Sesak pun, dapat cuci mata. Amoi manyak seksi maa,"
Tergeleng kepala Amri dengan perangai syaitan Naufal ni. Sejak kejadian 2 tahun lalu, kemalangan Asy. Mereka sudah jarang bersama. Masing-masing membuat haluan sendiri. Namun tidaklah sehingga hilang contact cuma sudah jarang lepak bersama macam dulu – dulu. Ketiadaan Asy yang tidak di duga itu, betul – betul memberi impak yang besar pada mereka. Ambil masa juga untuk mereka bertiga redha dengan semua itu.
Naufal meletakkan kembali majalah di atas meja. Badannya di sandar pada sofa. Matanya memandang sekeliling ruang office Amri yang mewah itu sebelum matanya jatuh pada wajah Amri yang sedang termenung.
"Kau dengan Zara? Bila tarikh nikah?"
Soalan Naufal yang tiba – tiba membuatkan Amri terdiam seketika.
Amri menyimpul senyuman kecil, "Insya allah, hujung bulan ni maybe?" Matanya membalas mata Naufal yang memandangnya dengan tajam.
"Kau betul ke nak kahwin dengan Zara?" Nada Naufal berubah serius, tangannya turut di silang. Dia kenal Amri sudah lama. Kalau dia tidak suka, memang dia akan tunjuk yang dia tidak suka.
"Kenapa kau tanya macam tu?"
Naufal melepaskan keluhannya, "Aku kenal kau. Aku tak nampak pun yang kau sayang Zara. Mata kau kosong. Aku sendiri boleh rasa, aku tak rasa langsung kau orang punya vibe cinta tu. Orang kalau bercinta aura dia lain. Lagi – lagi yang nak kahwin. Lagi kuat auranya. Ni, kau berdua tak ada langsung,"
Amri diam.
Naufal kembali sambung, "Aku nak tengok kau bahagia. Kalau Zara tu kau rasa bukan pilihan kau, baik kau buat keputusan cepat. Kahwin bukan benda main – main. Lagi – lagi lelaki, kau nanti jadi pemimpin dalam keluarga kau nanti. Aku just nak kau buat pilihan yang betul, fikir juga pasal diri kau,"
💋💋💋
"Ha?! Malam ni ke game? Aduhhh,"
Amri menjeling Naufal di sebelah kemudian kembali fokus memandang jalan raya.
"Ha ok, aku datang," Naufal mematikan panggilannya dengan keluhannya.
"Asal?"
"Dude, how aku boleh tak ingat langsung malam ni game Chelsea?" Naufal sudah pasrah habis apabila dia terlupa malam ni ada perlawanan bola kegemarannya.
Terjungkit terus kening Amri mendengar, "Dahtu? Cancel ke ni?"
Naufal mengangguk lemah, club malam dengan Chelsea. Dia lebih sayangkan Chelsea.
"Naqib ajak overnight dekat rumah dia sekali,"
Amri memandang Naufal sekilas, "Apartment?"
"No bukan, rumah family dia. Dia dekat sana, ajak tidur sana malam ni,"
Rumah family Naqib? Amri terdiam, fikirannya tiba-tiba teringatkan seseorang yang sudah lama dia tidak jumpa. Senyuman sinis mula terbentuk dalam diam.
Dalam diam, dia mengharapkan dapat berjumpa dengan gadis itu malam ni.
💋💋💋
Amri mengeluh, skrin telefonnya ditenungnya lama.
"Angkatlah, aku masuk dulu," Naufal berjalan meninggalkan Amri dan melangkah masuk ke dalam rumah Naqib.
Sekali lagi telefonnya bordering, mahu atau tidak. Dia terpaksa angkat juga.
Teragak-agak jarinya mahu menekan 'answer'. Telefon ditekapnya ke telinga.
"Hello?" amri menyapa dahulu.
"Angkat pun..."
"Sorry Zara, I tengah drive tadi then phone I silent." Amri mencipta alasan. Kakinya berjalan menuju ke taman kepunyaan, Pn Sri Qyaseha ibu Naqib. Punggungnya di labuh ke atas bangku yang terdapat di situ.
"Yela tu," Zara sudah mecipta merajuknya terhadap Amri.
Amri menarik nafas perlahan, "Kenapa you call ni? Ada apa-apa ke?"
Zara mengetap bibir, Amri langsung tidak melayan rajukannya.
"Takkan nak call tunang sendiri tak boleh?"
Amri sudah mengusap belakang lehernya, badannya sudah bersandar lemah.
"No, bukan tak boleh.."
"Then?"
Amri terdiam, "Okey... you nak I layan you malam ni ke? Okey cepat, I dengar. You nak share apa? Nak cerita apa dengan i?" Akhirnya dia mengalah dengan Zara. Serba salah pula kerana melayan Zara sebegitu.
Zara merengus geram, "Mama suruh test cincin esok juga. No excuse, so you tak boleh nak mengelak lagi. Kita jumpa esok. Itu je, I tak ada mood nak borak dengan you malam ni. Bye, good night,"
Terus putus talian mereka tanpa sempat Amri berkata apa-apa.
Amri mengeluh, rambutnya dikusutnya tanda dia serabut sekarang ni. Matanya memandang kolan ikan yang berada di hadapannya. Telefon di tangannya di genggamnya kuat.
Perlahan – lahan dia bangkit dan berjalan masuk ke rumah.
💋💋💋
YOU ARE READING
TEASE
Romance[O N - G O I N G] My anak angkat 。 •́ ✿ ( TEASE ) ✿ •̀ 。 SILENT II - Love Story Between Shah Amri and Gina Irene *** sinopsis soon *** Start ; 25 May 2020