Enjoy~
Lay memasuki ke ruangan kerjanya. Punggungnya dilabuhkan di kerusi kerjanya. Fail yang berada di hadapannya disemak dengan teliti. Keluhan lemah dilepaskan."Haih... serabut lah macam ni!" Meja kerjanya ditampar kuat bagi melepaskan perasaan marahnya.
Frame gambar dia dan luhan ditenung lama.
"Nasib baik lah kau tu kawan aku... kalau tak, tak adanya aku nak tolong kau jadi detective tak berbayar macam sekarang ni. Haih... nasib baik sayang, kalau tak... dah lama aku biar kau mereput dekat situ merayu supaya aku tolong kau. HAHAHAHAHA" Lay ketawa besar.
Tawanya terhenti apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Dia mengerutkan dahinya lalu membetulkan suaranya sebelum menyuruh manusia yang mengacau dirinya tadi masuk.
"Kau nak apa setan?" Lay melemparkan pandangan menyampahnya.
Gerangan itu mendengus. Tubuhnya selamba sahaja duduk di kerusi berhadapan dengan lay.
"Hi, lay. Dah lama tak jumpa kau." Dia menghadiahkan senyuman manis bak madu kepada lay.
Lay memandang gerangan itu tajam.
"Kau nak apa datang office aku ni lee dong hyuck?!"
"YAH HYUNG!! HAECHAN LAH HAECHAN!!!" Haechan menampar lembut bahu lay.
Lay tersengih mengejek.
"Nama tu elok-elok L E E D O N G H Y U C K pergi tukar jadi haechan. Ntah apa-apa lah kau ni." Lay tersenyum sinis.
Haechan melemparkan pandangan jengkelnya.
"Lantak lah... daripada hyung tu Zhang Yixing tetiba jadi lay. Nak kata dekat orang konon. Lempar pergi kutub utara kang. Dasar kambing!" Haechan menjeling lay.
Lay tersentak.
"Apa-apa jelah. Ni kenapa kau datang office aku ni?"
"Haechan dengar hyung tengah ada mission sekarang ni. Jadi haechan ingat nak tolong hyung." Haechan memandang wajah lay dengan senyuman manisnya.
Dahi lay berkerut.
"Mission? Mission apa pulak ni? Kau jangan buat aku keliru lah haechan. Sepak kau kang." Sungguh dia tidak mengerti dengan apa yang haechan cuba sampaikan.
Haechan menjeling lay. Menyampah.
"Jangan buat-buat tak tahu lah! Eyyy cubit kang."
"Tak... masalahnya AKU TAK FAHAM APA YANG KAU TENGAH CAKAP SEKARANG NI!!!" Suaranya naik seoktaf.
Haechan mencebik. Lay sekarang ni tengah marah, kalau dia usik lay ni... mesti gunung berapi tu jadi bunga api.
"Huh... I dengar luhan nuna ada bagi mission untuk hyung. Siasat pasal jihyo. Betul ke atau patik salah dengar?" Ujar haechan.
YOU ARE READING
ɢɪʀʟғʀɪᴇɴᴅ ғᴏʀ ʀᴇɴᴛ
FanfictionMengisahkan song jihyo seorang gadis yang cantik dan miskin. Dia menggunakan kecantikannya untuk mencari rezeki. Dia bekerja sebagai girlfriend untuk disewa. Hidupnya sedikit-demi sedikit berubah apabila pekerjaannya itu memakan dirinya sendiri. Nak...