Kim Taehyung tersenyum kecil melihat Haena yang sedang menyiapkan sarapan pagi untuk mereka. Tanpa disangka, baru sahaja semalam mereka sah bergelar suami isteri.
Cepat kan?
"Awak nak banyak ke sikit?" soal Haena sambil menciduk Nasi Goreng Kimchi tersebut ke atas pinggan kaca.
"Banyak banyak. Saya laparlah." jawabnya dengan memek wajah yang comel. Mulutnya dimuncungkan dengan sengihan di bibir. Haena mula tertawa kecil melihat telatah suaminya itu.
"Okay okay. Makan banyak banyak. Biar chubby."
"No. I can't do that. Nanti dah tak handsome macam mana?"
Katanya dan terus menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut. Penyepit kayu diambil lalu disepitnya telur dadar yang dihidangkan di atas meja tersebut.
"Tak apa la. Saya bukannya kesah pun. Asalkan lelaki didepan mata saya ni sentiasa tersenyum, saya akan sentiasa happy." balasnya dengan lesung pipit di kedua belah pipi gebunya itu.
Sedikit sebanyak membuatkan Kim Taehyung tersenyum mekar. Makin dalam senyuman lelaki itu dibuatnya.
Tetapi itulah persoalannya. Adakah itu senyuman yang ikhlas atau hanya disengajakan?
"Awak, nanti tolong saya buat biskut boleh?" soal Haena dengan mata yang tegar memandang Taehyung. Kim Taehyung yang tadinya sedang mengunyah kini memandang wanita iti semula. Wajahnya seakan-akan berfikir.
"Biskut apa? Saya bukannya reti bab bab ni. Mi segera saya reti la."
"Haha. Awak tolong saya susun biskut atas tray pun dah kira membantu dah. Boleh la. Pleaseeee." pujuk Kim Haena dengan bibir yang dimuncungkan. Matanya dikelip-kelipkan juga untuk menambahkan kecomelannya.
Kim Taehyung semakin galak tersenyum. Haena kembali tersengih senget. Bagai dia tahu jawapan yang bakal diterimanya.
"Okay lah. Saya tolong."
"Yeay!" pantas tubuh lelaki itu didakapanya erat. Semakin lama semakin kuat dia memeluk suaminya itu. Kim Taehyung tersenyum kecil walaupun sedikit terperanjat.
Bolehkah dia bertahan dengan rancangan yang adiknya telah aturkan itu?
Sanggupkah dia?
"Jangan peluk lama sangat. Nanti saya tak jadi buat biskut dengan awak, benda lain pula yang saya buat dekat awak nanti."
"Eeeeeee pervert"
Jawab Haena lalu melepaskan pelukan tersebut. Terus dia memandang lelaki tersebut dengan wajah yang janggal. Kim Taehyung mula bermain dengan keningnya sendiri. Saja mahu menyakat isterinya itu.
"Salah ke jadi pervert?"
"Eeeeee apa awak ni."
"Apa? Saya tak buat apa pun dekat awak. Awak tu yang peluk saya tak nak lepas. Salah saya ke, sayang?"
Terkedu Kim Haena dibuatnya. Jantung mula berdetak laju. Tiba-tiba sahaja riaksi wajahnya berubah.
"Kenapa diam ni?"
"U-ulang balik. S-s-saya nak dengar." tuturnya gagap. Matanya masih lagi tidak berkelip. Kim Taehyung semakin tersenyum lebar.
"Apa? Sayang? Awak tak suka ke? Tak apa lah kalau macam tu. Saya guna panggilan sayang tu untuk kucing jiran sebelah."
"Awak ni kan!"
YOU ARE READING
'Mysterious Partner' X [ KTH ]
FanfictionLelaki yang aku kenal kini bukan lagi seperti dulu. Dia dah berubah. Bukan lagi seperti Kim Taehyung yang aku kenali. Siapa sebenarnya dia? ------------------------------------- [Don't worry, you will feel the sweetness inside. Cerita ni comel comel...