Suasana sepi di apartment itu membuatkan Haena menjadi sunyi. Taehyung pula tiada. Katanya ada urusan kerja yang perlu dilakukan sedikit.
Balkoni rumah yang menghadap pemandangan Sungai Han itu dijadikan tempat untuk si dia termenung lama. Dagunya ditongkat dengan angin yang meniup perlahan wajahnya.
"Dah malam ni. Kalau tahu, aku keluar dulu tadi." ujarnya dengan keluhan. Suasana gelap sewaktu itu menambahkan lagi kesunyiannya sewaktu itu. Nasiblah ada juga bulan bintang yang dapat menyinari kegelapan tersebut.
Secawan coffee yang ada ditepinya dihirup perlahan. Sesekali dia meniup juga kerana terlalu panas.
Ting!
Beautiful Elly
Haena!!
Aku dah sampai ni.Kenapa aku ketuk dari tadi
macam tak ada orang?Haena yang membaca terus dia bergegas bangun. Lupa pula yang dia menjemput Elly untuk datang ke rumahnya. Sepatutnya mereka berjumpa semalam. Tetapi disebabkan perkara yang berlaku, terpaksalah ditangguhkan ke malam ini.
"Elly! Sorry lambat buka. Aku tak dengar kau ketuk pintu tadi." ujar Haena sambil memeluk rakannya itu. Elly tersenyum lalu membalas pelukan tersebut.
"Tak ada apa lah. Aku tahu ha yang kau mesti tengah sibuk dengan suami kau kan?" balasnya dengan menekan perkataan suami tersebut. Haena yang mendengar mula dia tertawa kecil.
"Kau ni merapu lah. Tak adanya lah nak sibuk dengan dia. Lagipun dia tak ada dekat rumah. Mari masuk." ajak Haena dengan senyuman yang masih lagi tidak lekang di bibir. Elly mengangguk dan terus masuk ke dalam rumah tersebut.
Mata wanita itu mula memandang ke sekeliling kawasan rumah. Wajahnya seakan-akan impressed dengan decoration rumah sahabatnya itu.
"Woi, yang kau terbeliak tengok rumah aku ni dah kenapa?" sapa Haena sambil menepuk bahu Elly. Wanita itu mula menutup mulutnya yang hampir ternganga luas semula. Haena pula dipandangnya dengan senyuman mekar.
"Rumah kau ni pergh, besar gila. Asal aku tak tahu yang suami kau kaya?"
"Uish, mana ada. Dia kerja biasa je lah. Kau tu kahwin cepat sikit. Boleh lah kita gossip pasal suami masing-masing." jawab Haena dengan tawaan kecil. Elly yang mendengar mula tertawa sama.
"Kau ni jahat lah Haena. Menyesal betul aku tak pergi wedding kau haritu."
"Tak ada apa sangat lah. Lagipun aku buat kecil-kecilan je. Kau pun tahu kan yang family aku dah tak macam dulu."
Kata Haena dengan senyuman kecil. Keluhannya dilepaskan dengan suara yang mengendur. Elly yang mula kasihan melihat Haena kini melabuhkan punggungnya disebelah kawannya itu. Bahu Haena dipeluknya lalu diusap perlahan.
"Jangan sedih sedih ok? Aku kan ada. Suami kau pun ada. Apa guna kami kalau tak bantu kau?" kata Elly sambil memeluk erat sahabatnya itu. Haena mula kembali tersenyum lebar. Pelukan Elly dibalas dengan mata yang berkaca.
"Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri, Haena. Walaupun umur kita sama, tapi perangai kau tu tak ubah macam budak kecil. Manja."
Ujar Elly yang membuatkan Haena tertawa kecil. Kepalanya dilentokkan ke atas bahu sahabat baiknya itu. Elly pula tidak henti mengusap bahu Haena. Sayang betul dia kepada Haena.
"Elly."
"Hm?"
"Aku nak tanya kau satu benda boleh?" soal Haena dan kembali memandang wajah Elly. Wanita itu sekadar mengangguk lalu keningnya dijungkitkan.
"Aku pernah buat salah dekat kau ke?"
Soalan Haena membuatkan Elly terdiam. Lama dia memandang Haena tanpa bersuara. Sesekali dia melarikan pandangan daripada rakannya itu.
"Elly, jawablah-"
"Haena kau kata kau ada benda nak share dengan aku. Apa dia?" potong Elly sambil menggosok lehernya sendiri. Haena yang mendengar soalan itu mula mulutnya dibulatkan. Terlupa pula dia.
"Ohhh- nasib kau ingatkan aku pasal hal tu. Ni, aku nak minta kau maklumat pasal Jiwon. Aku dah lama tak nampak dia. Junggi pun aku lama tak jumpa. Kau tahu tak dia dekat mana?"
Soalan Haena kali ini juga membuatkan Elly mati kata. Haena yang masih memandang dia itu hanya menunggu jawapan sahaja.
"Junggi dengan Jiwon? Aku pun sebenarnya lama tak nampak diorang. Last kita jumpa waktu reunion haritu lah kan?"
"Itulah. Aku nak jumpa dengan Jiwon sebenarnya ni. Dia ada tempah dekat aku baju, tapi dia masih tak ambil. Aku call tak pernah angkat. Samalah dengan suami dia tu." balas Haena dengan bibir yang dimuncungkan. Elly pula mula menggigit bibirnya. Tersentak betul dia.
"Aku tak sure lah, Haena."
"Hmm. Tak apa lah kalau macam tu. Nanti aku cuba-"
"Saya dah balik."
Sampuk seseorang membuatkan Haena dan Elly memandang ke arahnya. Terkejut Haena apabila melihat suaminya itu pulang dengan lebih awal. Selalunya waktu begini, dia masih lagi tiada di rumah.
"Eh, awal balik?" kata Haena dengan kening yang dijungkitkan. Kim Taehyung membalas dengan senyuman mekar. Rambut Haena diusapnya perlahan.
"Kerja siap awal. Eh, siapa ni? Kawan awak?" tanya Taehyung hairan. Haena mengangguk lalu tangan Elly ditariknya ke arah Taehyung. Elly sekadar tersenyum kecil.
"Ni Elly. Dia kawan sekolah menengah saya." ujar Haena dengan senyuman yang mekar. Kim Taehyung mengangguk faham lalu senyuman Elly dibalasnya.
"Nice to meet you, Kim Taehyung."
YOU ARE READING
'Mysterious Partner' X [ KTH ]
FanfictionLelaki yang aku kenal kini bukan lagi seperti dulu. Dia dah berubah. Bukan lagi seperti Kim Taehyung yang aku kenali. Siapa sebenarnya dia? ------------------------------------- [Don't worry, you will feel the sweetness inside. Cerita ni comel comel...