Chap34 : 33 [Invistigated]

161 16 7
                                    

Sebuah rumah agam yang besar terletak dihadapan mereka dipandang. Loceng yang terletak elok di pintu pagar kini ditekan.

Perlahan-lahan pintu pagar utama itu terbuka. Kim Taehyung mula memandang rumah itu dengan dahi yang berkedut. Cuba menahan suasana tengah hari yang agak panas itu.

Seorang wanita yang berusia 30an itu menghampiri pintu pagar. Matanya mula memandang ke arah lelaki yang bernama Kim Taehyung dan beberapa orang lagi anggota polis. Terjungkit kening wanita itu dibuatnya.

"Eh- ni dah kenapa datang ber-polis bagai ni? Dan... Kau ni bukan ke-"

"Saya Taehyung. Suami kepada Haena." jawab Taehyung segera dan cuba menyuakan tangannya untuk bersalam lalu salamannya disambut. Kim Taehyung tersenyum kecil apabila salamannya itu disahut.

"Oh- jadi kau berdua dah berkahwin?Baguslah. Tak ada buat aku selalu terfikirkan dia." ujar wanita itu dengan gelengan. Decitan dia lepaskan.

Kini dia memandang ke arah dua orang anggota polis yang ada bersama. Wajah Taehyung dipandang semula.

"Kenapa polis-polis ni ada sekali?" soalnya kepada dia. Taehyung mula memandang kedua-dua anggota polis tersebut.

"Maaf, ma. Saya terpaksa." balas Taehyung lalu memberikan kebenaran kepada anggota-anggota polis tersebut. Terus mereka memegang tangan ibu mertuanya lalu digari tanpa banyak bicara. Terkejut wanita itu dibuatnya.

"EH- NI KENAPA GARI AKU NI?! AKU TAK ADA BUAT SALAH APA PUN!" jeritnya dan mula menggelupur untuk melepaskan diri. Malang pula suaminya tiada di rumah untuk menolong. Kim Taehyung tersenyum kelat.

"Maaf, puan. Kami perlu jalankan siasatan yang melibatkan anak puan. Jadi, puan perlu ikut kami ke balai untuk disoal siasat." kata salah seorang anggota tersebut. Terkedu wanita itu dibuatnya.

"Ta-tapi saya tak bersalah! T-taehyung, kenapa libatkan mama ni?!" soalnya. Taehyung mula tersenyum kecil mendengar panggilan 'mama' tersebut.

"Taehyung terpaksa, ma. Ini untuk pastikan sama ada mama bersubahat atau pun tidak dengan kes kebakaran butik Haena semalam."

"Ke-kebakaran? Bu-butik Haena terbakar?" soalnya dengan wajah yang terkejut. Tersentak wanita itu seketika.

"Haena pula hampir hilang nyawa, ma. Dia terkunci di dalam stor dan tak ada siapa yang dapat tolong dia. Nasiblah Daehwi dan Sohyun ada." jelas lelaki itu lagi yang membuatkan Yoon Aemin tergamam. Berdegup lagu jantung wanita itu mendengarnya.

"Sekarang kami perlu siasat sama ada puan terlibat ataupun tidak. Jadi, mari." ujar mereka lagi lalu menarik wanita itu masuk ke dalam perut kereta.

Kim Taehyung hanya membalas dengan tundukan maaf lalu memasuki ke dalam kereta miliknya semula. Kereta polis itu diikutnya dari belakang.

🌛🌛🌛

"Saya tak tahu. Sumpah saya tak tahu apa yang terjadi, tuan." ujar Yoon Aemin dengan mata yang muka berkaca.

"Haena kata, hanya puan sahaja yang ada kunci butik tersebut selain daripadanya. Jadi, siapa lagi yang dapat masuk ke dalam butik itu selain puan? Lagi pun, puan memang benci dan buang dia dari keluarga, bukan?"

"Ya, memang saya dah buang dia. Tapi sebenci-benci saya terhadap dia, dia masih lagi anak saya dan saya juga masih lagi ibu dia. Ibu mana yang sanggup tengok anak dia mati, tuan?"

Balas wanita itu bersertakan deraian air mata. Kim Taehyung yang mendengar dan memandang dari cermin luar hanya mengemamkan bibirnya. Keluhan dilepaskan perlahan-lahan.

"Puan masih lagi ada kunci-kunci butik anak puan?" tanya penyiasat itu lagi.

"Tak. Saya dah tak ada kunci butik tu." jawapan Yoon Aemin membuatkan Kim Taehyung tersentak. Pandangannya ditujukan ke arah ibu mertuanya semula. Cuba untuk mendengar bait-bait kata yang dikeluarkan.

"Tiada dengan puan? Jadi, pada siapa kunci tu ada sekarang?" soal penyiasat itu dengan lebih mendalam.

"Dengan anak perempuan saya lagi seorang. Kakak kepada Haena, Yoon Saeyoon."

"S-saeyoon?" tanya Taehyung sendiri dengan suara yang perlahan. Mula fikirannya bercambah-cambah. Dapat dia teka siapa dalang semua ini.

"Yoon Saeyoon? Bagaimana boleh ada padanya? Bukankah kunci itu Haena berikan kepada puan?"

"Ya memang betul dia berikan kunci tu kepada saya. Tapi Saeyoon datang ke rumah saya pagi semalam dan minta kunci butik Haena. Dia kata Haena yang suruhnya ambil dari saya disebabkan saya dah buang dia dari keluarga. Jadi, buat apa lagi saya simpan kunci butiknya?"

"Tapi, demi tuhan, tuan. Saya tak tergamak untuk membunuh anak saya sendiri. Saya masih sayangkan dia walaupin mulut saya kata tidak. Mereka berdua sahaja anak yang saya ada."

Sambung wanita itu dengan air mata yang semakin banyak mengalir. Kata-katanya mula meresap masuk ke dalam fikiran Kim Taehyung. Rahangnya mula dikertakkan dengan nafas yang berderu.

"Betina ni memang main kasar dengan aku."

--------

Don't forget to vote, comments and share!

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now