Chap29 : 28 [Saeyoon]

173 17 0
                                    

Aku tersenyum gembira melihat beg-beg yang ada di tangan. Banyak juga aku shopping hari ni. Selamatlah bukan guna duit aku. Hehe.

Jam dipergelangan tangan aku tilik seketika. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Awal lagi. Aku rasa macam dah lama aku keluar berjalan satu mall ni tadi.

Aku pula keluar bersendirian sahaja. Malas pula untuk mengajak sesiapa untuk temakan. I just want my time.

Ternampak pula kerusi yang ada ditengah-tengah laluan membuatkan aku berhenti seketika. Beg-beg itu aku letakkan di atas kerusi lalu beg sandangku dibuka untuk mengeluarkan telefon.

Telefon berjenama Samsung milikku itu dinyalakan lalu contact number seseorang aku cuba perhatikan.

Sebaik sahaja aku ingin duduk, tiba-tiba telefon aku dirampas laju oleh seseorang lalu dicampaknya kuat ke atas lantai. Tergamam aku dibuatnya.

"WOI BODOH. KAU NI MEMANG TAK GUNA KAN?!" tengkingnya kepada aku. Aku mula mengerutkan dahi dengan nafas yang berderu.

Telefon aku yang retak cerminnya di atas lantai aku pandang dengan tangan yang mula digenggam.

"Apa masalah kau, Saeyoon?"

Soalku dengan kesabaran. Wajahnya aku pandang dengan pandangan yang tajam. Dia memang nak cari nahas.

"MASALAH AKU IALAH KAU! SINI KAU!"

"KAU DAH KENAPA, SAEYOON! LEPASKAN TANGAN AKU! SAKIT LAH!"

Jeritku lalu cuba menolaknya tetapi gagal. Terus dia menarik aku kuat sehingga kami betul-betul berada di tempat yang tidak ramai orang. Atau secara ringkasnya, tandas.

"KAU DAH KENAPA TARIK AKU!"

Marahku lalu menepis tangannya kuat. Dia mula tersenyum sinis lalu badan aku ditolaknya kuat ke dinding. Perit kesakitan itu aku tahan sedikit.

Kau memang mencabar aku.

"Kau dah kenapa, sial?" tanyaku geram sambil tangan menyentuh bahuku sendiri. Dia kembali mendekatkan diri lalu dahiku ditunjalnya.

"Kau serang Hoseok haritu kan?" Soalnya dengan decitan. Aku pula mula mengukirkan senyuman sinis.

"Kau dah tahu lah yang aku lempang bakal suami kau tu? Tch. Baguslah. Biar dia tahu yang dia tu siapa sebelum ni."

"Kau jangan main-main dengan aku, Haena. Kau jangan sampai aku pecahkan muka kau dekat sini." balasnya dengan wajah yang bengis.

Aku pula membalasnya lagi dengan tawaan kecil yang bersindirkan sinisan. Kedua-dua belah bahunya aku tolak sehingga dia terlangkah ke belakang.

"Kau ingat aku takut dengan kau? Kau dari dulu sama je, Saeyoon. Perangai tak berubah. Kaki jantan betul."

"KAU JANGAN KURANG AJAR DENGAN AKU."

"Kau fikir aku bodoh sangat ke? Kau ingat aku tak tahu apa tujuan kau untuk hancurkan rancangan aku berkahwin dengan Hoseok dulu? Aku tak sebodoh tu lah, Saeyoon." ujarku dan melangkah semakin hampir dengannya.

"Kau buat macam tu sebab kau nak mama bencikan aku kan? Selama ni, aku selalu dapat lebih dari apa yang kau dapat dari mama dan papa. Itu sebenarnya tujuan kau kan?" 

Bidasku bernada tegas. Dia pula mula mendecit lalu hidungnya sendiri dicuit. Deruan nafasnya semakin kuat aku dengar. Bibirnya digigit geram.

"Kenapa kau diam? Betul kan apa yang aku cakap?"

"Kau tak cintakan Hoseok pun sebenarnya. Kau buat sebab kau tak nak aku kembali pada dia. Kau takut aku hidup lebih bahagia dari kau kan?"

Pang!

"KAU JAGA MULUT KAU, YOON HAENA. DIA TU BAKAL JADI ABANG IPAR KAU NANTI!"

Satu tamparan diberikan. Tertunduk juga aku dibuatnya. Rambut yang menutupi hampir seluruh wajahku kini ditepis semula. Hujung bibirku disentuh.

Darah.

Memanglah, lihat saja cincin yang disarungkan di jari Saeyoon. Cincin yang berbatukan berlian yang agak tajam.

"Kau cakap apa? Yoon? Tch. AKU BUKAN YOON, TAPI KIM. AKU KIM HAENA DAN BUKAN YOON HAENA. KAU TU BUKAN KAKAK AKU LAGI!"

Terus rambutnya aku tarik kasar dengan perasaan yang tidak boleh dikawal.

"BODOH! LEPASLAH!"

"KAU LEMPANG AKU SAMPAI LUKA. SEKARANG NI KAU SURUH AKU LEPASKAN KAU MACAM TU?! MEMANG TAK LAH!"

Tubuhnya aku tolak sehingga tersungkur ke atas lantai. Rambutnya masih lagi aku genggam dengan kuat sekali.

"MAMA TOLAK AKU SAMPAI JATUH MELUTUT ATAS TANAH HANYA DISEBABKAN SIKAP DENGKI KAU PADA AKU. SEKARANG NI AKU NAK TENGOK KAU PULA YANG MELUTUT MACAM AKU BUAT DEKAT MAMA!"

"SAKIT HAENA! KAU JANGAN JADI GILA LAH!" jeritnya dengan tangan yang meronta-ronta menyuruh aku melepaskannya.

Aku mula tersenyum dengan lebih sinis. Lehernya aku cengkam kuat sehingga kepalanya betul-betul menyentuh lantai.

"H-HAENA- LE-LEPAS-"

Rayunya sambil menggenggam lenganku. Aku pula sekadar hindarkan rayuan tersebut dan menguatkan lagi cengkaman di lehernya.

"KAU JANGAN CABAR AKU, SAEYOON. AKU DAH CUKUP MENDERITA SEBELUM NI. KAU JANGAN SAMPAI AKU BUNUH KAU!"

"HA-HAENA-- SAK-IT."

Adunya lagi dengan air mata yang mengalir. Wajahnya juga berpeluh dengan dahi yang mula menimbulkan urat.

"BAGI AKU, YOON SAEYOON DAH MATI. KAKAK AKU DAH TAK WUJUD."

"HAENA!"

Mataku serta merta memandang ke arah suara yang memanggil. Terus cengkaman aku longgarkan tanpa bicara.

"BODOH!"

Kepalaku pula dihentaknya kuat pada sinki. Berpinar terus fikiran aku dibuatnya. Serta merta aku rebah ke atas lantai.

Pandangan aku gelap.

"SAYANG!"

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now