Chap36 : 35 [3cm]

179 14 1
                                    

Aku menunggu di taman hospital sambil melihat pelawat dan pesakit yang lalu-lalang. Ada yang tua dan juga muda. Mereka semua nampak gembira dan tersenyum mekar apabila di samping keluarga walaupun dalam keadaan yang tidak sihat sebegitu.

Aku terlampau bosan untuk terperap di dalam bilik sepanjang hari. Sudahlah tiada apa yang boleh aku buat melainkan makan dan tidur. Tv pun tak ada. Bosan betul.

Telefon pintar aku pula semestinya hangus akibat kes kelmarin. Aku sudah tiada apa. Semuanya hilang dalam sekelip mata sahaja.

"Termenung apa tu?"

Soalan seseorang membuatkan aku memandang ke arahnya. Senyuman mekar aku balas.

"Tak ada apa. Cuma tengok orang dekat sini." balas aku dan mengenjakkan ke tepi.

"Duduklah." ajakku. Lelaki tersebut mengangguk dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah.

Kacak. Matanya juga pun bersinar-sinar. Tinggi mengalahkan Taehyung pula tu. Yang paling penting, hidung dia. Comel.

"Nama awak apa?"

"Haena. Awak pula?" tanyaku dan memandang si dia. Ya tuhan, senyuman dia tersangatlah manis.

"Cha Eunwoo. Selamat berkenalan."

"Oh... Selamat berkenalan juga, Eunwoo. Emm- awak sakit apa sampai masuk sini?" ujarku dengan kening yang terjungkit.

"Langgar lari." jawabnya ringkas. Patutlah ada kesan calar di wajah dan tangannya. Tapi kesan-kesan itu tidak langsung mengaburkan kekacakan dia.

"Sejak bila?"

"Minggu lepas. Sebenarnya tak ada lah teruk mana, cuma biasa lah, parents yang risau kan? Itu yang suruh duduk sini lama sikit. Walaupun bosan yang amat." balas Eunwoo dengan tawaan kecil. Aku pula membalasnya dengan senyuman ringkas.

"Awak sakit apa pula? Saya tengok awak sihat je." soalan dia membuatkan aku tersenyum kecil.

"Sama lah macam awak. Tak ada pun teruk mana sakit saya ni. Kes kebakaran butik saya je kelmarin."

"Kebakaran butik? Oh, yang masuk berita tu eh?" persoalan dia membuatkan aku tergelak kecil. Ya tuhan, muka dia bila bersoal tidak ubah seperti kanak-kanak kecil.

"Ya. Butik saya lah tu."

"Oh- jadi awak yang terkunci di dalam stor tu berseorangan kan?"

"Betul lah tu. Jangan lah terkejut sangat. Saya dah ok." tuturku dengan mata yang setia memandang dia. Mula aku mendengar helaan nafas dilepaskan. Kedutan di dahinya juga lesap begitu saja.

"Bahaya betul bila jadi macam tu. Macam mana boleh terbakar?" soalnya lagi. Pertanyaannya membuatkan aku kembali tersenyum pudar.

"Disebabkan..."

"Haena?" terus pandangan aku memandang ke arah suara yang memanggil. Senyuman mekar aku ukirkan lagi.

"Eh, Taehyung." aku terkedu.

"Eh, Cha Eunwoo!" balas Taehyung kuat lalu tubuh Eunwoo didakap erat. Mereka berdua saling tersenyum antara satu sama lain.

Diorang kenal ke?

"Kau sakit apa, bro? " tanya Taehyung ingin tahu. Wajah Eunwoo sedikit pun dia tidak larikan.

Aku ni yang bini dia takkan tak nak pandang langsung?

"Langgar lari. Tak ada apa yang teruk pun. Macam kau tahu lah, parents aku memang selalu ambil perkara berat kan?" sambut Eunwoo pula.

Patutlah handsome. Kawan si Taehyung rupanya. Bagus lah, dua-dua manusia ni buat aku cair tengok muka diorang. Dah lah complete handsome lepastu sama-sama tinggi pula tu.

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now