Chap44 : 43 [Fool]

145 16 1
                                    

Haena memandang pintu bilik dihadapannya. Rasa meluat apabila difikirkan lagi tentang perkara yang berlaku siang tadi.

Malam ini dia bergegas juga untuk pergi menjaga Taehyung. Iyalah, suaminya itu baru sahaja sedar. Mungkin dia terlampau stres sehingga tertinggikan suara kepada Haena?

"Sabar, Haena. Dia baru sedar." pujuk Haena kepada hatinya sendiri. Nafas ditarik dan dihembuskan perlahan. Kini pintu itu ditolak lalu langkahnya diaturkan ke dalam.

Sesekali matanya memandang ke arah katil. Sedikit pun dia tidak keluarkan kata-katanya. Beg sandang diletakkan ke atas meja lalu tandas dituju.

Kim Taehyung yang terbaring di atas katil hanya memandang dengan kening yang terjungkit. Dia juga tidak mahu bersuara.

Dua-dua ego. Dua-dua sombong. Kedua-dua mereka pentingkan diri. Ini lah padahnya.

Haena merenung matanya ke arah cermin bilik air. Sesekali dia memejam dengan perasaan yang perit. Air paip yang dibaziri keluar dari batang paip hanya dibiarkan sahaja.

"Everything will be okay, Haena. Just move on. He will remember you."

Ujarnya sendiri dengan suara yang perlahan. Air itu ditadah dan wajahnya dibasahkan. Rambutnya yang sudah terikat kini diikat semula dengan lebih kemas.

Pintu tandas dibukanya lalu suis lampu ditutup. Nasib sahaja lah ini hospital swastar, boleh lah Kim Haena menemani si suaminya sepanjang hari. Bilik juga ada privasi tersendiri. Mudah sedikit kerjanya.

"Dari mana?" soal lelaki itu sebaik sahaja Haena keluar dari tandas.

"Rumah" jawab Haena dan terus menarik tilam yang berada di bawah katil. Bantal yang ada terletak di sofa juga ditariknya untuk diletakan ke atas tilam.

"Kenapa tak tidur atas sofa?"

"Sakit badan. Sofa keras." balas Haena ringkas. Kini badannya serta merta dibaringkan ke atas tilam lalu dipusingkan bertentangan dengan Taehyung. Malas untuk dia bertentang mata.

"Awak dah jumpa Leehyun?" soal lelaki itu sengaja. Bibir Taehyung dikemam dengan mata yang dipejamkan.

"Belum. Esok saya cari dia lagi."

"Cepat lah sikit. Asal awak buat kerja lambat sangat? Isteri saya ni memang lembab ke?"

"Tak, sekarang ni saya nak rehat. Saya penat. Saya tertekan sangat. Saya terlampau penat fikirkan si Leehyun awak tu. Please, give me time."

Ujar Haena dengan keluhan berat. Taehyung yang mendengar mula dia terkedu. Suara Haena yang berubah kepada serakan itu mula menunjukkan yang isterinya ingin menangis.

Kim Taehyung tidak boleh untuk lakukan apa-apa. Dia hanya perlu teruskan rancangan ini terlebih dahulu sebelum rancangannya diputar belitkan semula.

Jika dia tidak buatkan Haena membencinya, bagaimana dia ingin meneruskan rancangan untuk menjatuhkan Leehyun?

Haena tidak boleh tahu kesemua ini. Jika tidak, pasti dia akan kembali seperti perkara yang terjadi kepadanya sewaktu dengan Hoseok kelmarin. Leehyun itu sahabat baiknya, mana mungkin Haena dapat menerima segala perbuatan buruk yang Leehyun rancangkan ini.

"Bila saya boleh balik?" soal Taehyung sengaja untuk mendengar suara Haena.

Sudah lah seminggu dia tidak sedarkan diri hanya disebabkan rancangan bodoh adiknya ini. Tidak pasal sahaja Haena pula disakitinya.

"Tak tahu lagi."

"Rumah kita besar ke?"

"Apartment"

"Awak ada haiwan peliharaan?"

"Saya jual dia."

"Nama dia apa?"

"Yeontan"

Terdiam terus Kim Taehyung dibuatnya. Entah apa soalan yang direkanya tadi. Haena pula menjawab dengan jawapan yang langsung tidak masuk akal. Dia ingat Taehyung itu apa?

"Macam mana kita boleh kenal?" soal Taehyung lagi. Kali ini Haena mula melepaskan keluhan yang sedikit berat. Badannya dibetulkan sedikit supaya selesa.

"Instagram."

"Lagi? Macam tak logik je jumpa dekat instagram lepastu terus kahwin." balas Taehyung dengan deheman. Haena yang mendengar mula memandang jarinya sendiri. Kepalanya dilapikkan sedikit elok di atas bantal.

"Saya ada terserempak dengan seorang lelaki ni dulu. Dia suka sangat pakai mask dan jaket hitam untuk tutup diri dia. Sampai lah dia terlanggar saya dan ucap 'maaf'."

"Itu saya ke?"

"Bukan. Diam, saya nak cerita." bidas Haena apabila Taehyung sibuk mencelah. Tersengih kecil Kim Taehyung melihat telatah isterinya. Rindu betul dia dengan wanita itu.

"Saya selalu sangat terjumpa dengan dia. Sampai buat saya rasa macam nak kenal, siapa sebenarnya dia. Saya betul-betul nak tahu siapa lelaki bertopeng tu. Dia agak misteri bagi saya."

Cerita Haena dengan begitu mendalam. Kim Taehyung sekadar mendengar dengan anggukan. Sedikit sebanyak dapat melegakan hatinya yang resah itu.

"Ada sampai satu hari, itu hari terakhir saya terserempak dengan dia. Tak sempat pun kami bersembang apa, tetapi dia ada cicirkan satu gumpalan kertas. Saya tak tahu sama ada dia sengaja cicirkan atau dia memang tercicirkan kertas tu."

"Kertas tu pula saya yang sempat ambil. Lepastu, saya balik, saya terus cari nama yang tertulis dekat atas kertas tu. 95GoodBoy. Dari situ lah saya kenal awak." kata Haena dengan senyuman. Sungguh indah apabila diingatkan semula.

"Tch. Merapu lah. Takkan semudah tu? Apa yang jadi dekat lelaki tu?" sambung Taehyung pula. Haena yang mendengar mula mendecit.

"Entah. Saya tak tahu ke mana dia. Apa tujuan dia buat semua tu pun saya tak tahu." kata Haena lagi. Taehyung yang mendengar mula mendiamkan diri. Haena yang masih lagi membelakanginya itu dipandang.

"Saya rasa macam bodoh pun ada. Kenapa saya percayakan manusia macam awak. Tipu saya hidup-hidup. Kata anak tunggal tetapi hakikatnya masih lagi ada adik. Saya pelik dengan awak. Kenapa awak tak pernah jujur dengan saya sebelum perkara ni terjadi?"

Soal Haena dengan dahi yang mula berkerut walaupun dirinya tidak sedikit pun memandang Taehyung.

"Saya tak ingat siapa diri saya sebelum ni. Bahkan awak pun saya tak kenal. Kenapa perlu saya ambil tahu pasal semua ni?"

"Kenapa perlu awak ambil tahu? Taehyung, saya tak pernah tahu latar belakang diri awak. Saya tak tahu baik buruk tentang diri awak. Bagi saya awak ni seorang yang pelik. Awak ni misteri bagi saya." jelas Haena tanpa ragu. Kim Taehyung yang mendengar mula air liurnya ditelan.

Adakah ini pandangan Haena kepadanya selama ini?

"Awak rasa selama ni saya seorang suami yang jahat? Saya terlampau menakutkan awak ke?"

"Sejujurnya, ya. Awak terlampau takutkan saya dengan tindakan awak. Kemarahan awak selalu buatkan saya takut dengan suami saya sendiri, Taehyung."

Jawab Haena pantas. Taehyung yang mendengar mula matanya berkaca. Tidak dia sangka dirinya begitu selama ini pada pandangan Haena.

"Sudah lah. Saya nak tidur. Esok saya perlu cari Leehyun." kata Haena dengan dengusan kecil. Kim Taehyung tidak membalas kata-katanya. Dirinya ditahan daripada terus menyerah kalah.

Selama ini semua perkara yang dilakukan olehnya hanya kerana Haena. Dia korbankan nyawa dan keselamatannya hanya untuk Kim Haena. Dia lindungi Haena dari segala masalah tanpa merisaukan dirinya sendiri.

Tetapi dengan perkara yang menimpa sewaktu ini, baru dia sedar yang tindakannya salah. Dia salah menilai dirinya sendiri. Dia terlampau berfikiran positif. Dia terlampau yakin yang Haena berasa selamat dengannya.

Tetapi anggapannya salah. Semua itu hanya perasaan dirinya sahaja. Kim Taehyung bagaikan menepuk sebelah tangan.

--------------

Don't forget to vote and comment!



'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now