Satu jam lebih jugak la dalam kereta. Jem teruk! Akhirnya sampai juga di rumah ibubapa Amira. Tipula kalau Iman tak teruja tengok rumah mak si Amira dan Ammar ni. Rumah kat Eco World kot! Lawa semua! Mak Amira dan Ammar punya rumah yang jenis dua tingkat je, tapi lawa diaaa.... hm!
"Assalamualaikum mi" Ammar menyalam tangan mummy nya itu. Kemudian Amira pula menyalam dan akhirnya giliran Iman pula. Terkejut Puan Aida dibuatnya.
"Eh ni siapa ni?" Puan Aida menyambut salam sambil memegang kepala Iman.
"Bakal menantu mummy la!" Jawab Amira selamba! Ammar yang mula menaiki tangga turun semula mendengar kata Amira tadi.
"WOI" Ammar mengerut kening. Iman ni untuk dia ke ? Bukan la nak tolak tapi betul ke ?!. Iman sudah menepuk bahu Amira. Geram betul la ngan mulut lepas minah ni.
"Bukan untuk kau la, untuk abang Amsyar!" Amira menjelirkan lidahnya pada Ammar. Perasan! Ammar hanya mengembangkan hidungnya lalu naik ke atas. Dia nak mandi tadi dah kena hujan takutla kalau-kalau demam.
"Takdela ni Iman Sofea kawan baru Mira, dia la yang mira cerita tu yang duduk ngan mira sekarang" jelas Amira pada Puan Aida. Puan Aida mengangguk saja kepalanya.
"Daddy mana mi?" Amira sudah lama tak jumpa dengan daddynya itu. Apabila mummy nya memberitahu bahawa daddynya berada di bilik terus dia lari naik ke atas meninggalkan Iman seorang diri di bawah. Iman pula rasa janggal.
"Iman pergi la naik dulu, bilik nombor 2 tu bilik Amira masukla. Auntie nak ke dapur sekejap." Puan Aida menepuk perlahan belakang Iman. Iman pun naik la tangga. Baru saja nak sampai ke tangga ke atas, pintu Ammar terbuka dan dia hanya memakai tuala sahaja. Terus Iman membongkokkan dirinya dan turun perlahan-lahan anak tangga itu. Ammar sudah sembunyi senyum. Malu la tu!
"Amira ooo amira" Ammar mengetuk pintu bilk Amira. Amira keluar dari bilik daddy dan mummy nya.
"Apo?"
"Nak ubat gigi" Ammar menghulurkan tangannya tanda meminta "bak bak". Amira pun pergi ambil lalu diberi kepada abangnya itu.
"Mana Iman?" Tanya Amira sambil mencari-cari Iman.
"Tadi nampak kat tangga tu!" Ammar Saja meninggikan suaranya. Nak bagi si Iman tu dengar agaknya. Iman pula tengah try hard nak turun dengan cara jalan itik itu. Malu punya pasal sakit peha dia jalan macam tu. Baru nak sampai ke tingkat bawah, Puan Aida menegur Iman.
"Kamu dah kenapa Iman?" Puan Aida gelak melihat Iman yang sedang menuruni anak tangga rumahnya dengan cara begitu.
"Exercise auntie" Iman sudah senyum macam orang sengal. Tadi kantoi ngan anak dia, sekarang mak dia pulak! Omel Iman dalam hati. Setelah penat try hard turun tangga gaya jalan itik itu, akhirnya sampai juga di tingkat bawah. Baru je nak bangun, Amira sudah panggil iman supaya naik ke atas. Sampai saja di atas menyumpah seranah iman pada Amira. Si Amira tu sudah mengekek ketawa. Selesai saja iman mandi dan solat maghrib, iman turun ke dapur.
"Nak iman tolong?" Tegur Iman apabila melihat Puan Aida sedang menggaul kuah yang sedang menggelegak itu.
"Iman tolong hiris daun sup ni. Auntie nak naik atas jap nak tengok uncle tadi dia panggil." Puan Aida berlalu pergi. Iman pun jalankan tugas dia, hiris, hiris, hiris. Tiba-tiba Ammar datang. Ammar membuka peti ais dan mengambil cawan. Air kotak apple di keluarkan lalu di tuang ke dalam cawan. Dia tutup pastu meneguk air itu sambil bersandar di depan peti ais.
"Nak saya tolong?" Tanya Ammar sambil membasuh cawan yang sudah dipakai tadi.
"Takde apa dah kut nak tolong" Iman senyum sejemput. Ammar memerhati saja Iman yang sedang tekun menghiris itu.
"Weh iman aku ada ben...." terputus kata-kata Amira apabila melihat abangnya dan Iman bersama di dapur. Tak pernah pernah abangnya ke dapur kalau orang memasak.
"Apa mimpi datang dapur?" Tanya Amira pada abangnya. Dia sudah memeluk tubuh.
"Saja nak tolong" jawab Ammar ringkas. Mata tak beralih dari memerhati si Iman ni menghiris.
"Iyeke ni?" Amira sudah mengecilkan matanya. Malas Ammar nak bergaduh dengan si Amira ni. Dia ambil keputusan untuk naik ke atas. Haish kacaula Amira ni!
"Kenapa cari aku?" Iman membasuh papan pemotong dan pisau.
"Ni ha Zarif crush kau. Dia dah ada gf" Amira menunjukkan feed yang baru di upload di instagram. Zarif dan seorang perempuan. Caption dia " hi🌈". Iman yang melihat benda tu terus mencebik.
"Biarla. Banyak lagi crush aku yang lain ada . Hehehe" Iman mahu menyedapkan hatinya.
"Eee kau ni. Banyak crush tak cakap pun ngan aku. Tanak la kawan!" Amira sudah muncung. Dia memang tak suka dengan orang yang berahsia ni. Iman memujuk Amira.
"Comel aa tu muncung tu, kiss kang tau la!" Gurau Iman.
"Eeee bodoe dasar lesbian!" Mereka sudah ketawa besar di dapur.
Makan malam sudah siap. Ammar mengambil tempat di depan Iman. Iman duduk di sebelah Amira. Mereka makan sama-sama. Boleh tahan sedap jugak la si mummy Amira ni masak. Walaupun simple puji Iman dalam hati.
"Mira ngan iman tidur sini la malam ni ye" Puan Aida bersuara sambil memasukkan nasi ke dalam mulutnya.
"Memang la mi dah pukul berapa pun nak balik" balas Amira pula. Iman hanga tersenyum. Pelik jugak Amira dengan peragai Iman tiba-tiba jadi solehah ni. Tergelak dia dalam hati.
Di dalam bilik tidur Amira
"Kenapa eh peragai kawan aku ni berubah, dah macam sesumpah dah. Kejap annoying kejap solehah. Hm" Amira yang sudah duduk di katil sambil menjongketkan keningnya."Mak aku ajar kita kena behave kalau kita kat rumah orang. Aku cuma ingat pesan mak je!" Jelas Iman pastu dia buat muka annoying dia tu.
"Iye la tu" makin kecil mata Amira pandang si Iman.
"Kau pahal Amiraaaaa!" Iman membuat suara mengada. Dia tak boleh kalau orang pandang dia macam tu. Menggelupur jadinya. Mereka gelak-gelak lepastu tidur.
YOU ARE READING
Di hujung bumi
RandomIman sofea seorang yang study di MSU dengan kawan baiknya Amira Izaty. Mereka baru je kenal-kenal tapi masing-masing dah masuk air hingga satu hari dia berjumpa dengan abang Amira yang handsome itu. Berubah terus perangainya! "Kek tu nak potong ke...