"Ammar Zafran!" Marah si mak Ammar sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik tidur Ammar. Liat beno bangun!
"Apa mi. Bising ni" Ammar membuka pintu biliknya sambil menggosok matanya.
"Bangun cepatla g tolong abang Amsyar kemas bawah tu" bebel Puan Aida. Kesian Amsyar baru saja pulang kelmarin. Harini dah kena tolong kemas-kemas rumah pula.
"Nak buat apa?" Tanya Ammar selamba.
"Kan tengah hari ni mummy nak buat doa selamat. Dh g tolong. Haishhhh!" Marah mummy nya lagi. Puan Aida sudah menuruni anak tangga. Dia mahu kemas-kemas juga. Ammar sudah berkerut kening. Dia pun malas nak dengar maknya membebel lalu dia mengambil tuala dan mandi. Selesai mandi, Ammar memakai pakaian ringkas. Seluar pendek tapi bawah lutut dan t-shirt. Mereka kemas bersama-sama.
"Iman, kau datang tak!" Marah Amira di dalam talian. Iman pula sedang siap-siap nak ke rumah Amira. Risau nawww kalau aku tak datang!
"Iyeee, aku tengah siap lani! Oh btw mak aku tak ikut tau. Dia ada hal dekat butik. Dia kata sorry!" Jelas Iman.
"Ohhh, ha takpe asalkan kau datang.cepatlaaaaaa!" Rengek Amira lagi.
Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Rumah keluarga Datuk Azhari sudah pun terkemas. Catering yang ditempah pun telah datang. Tetamu juga pun ada yang datang. Begitu juga Iman. Iman melangkah masuk ke dalam rumah kawan baiknya itu. Tiba-tiba, dia terpandang Ammar yang sedang mengangkat kerusi. Ammar pun memandangnya juga. Lama jugak la eye contact. Ya Allah, aku rindu manusia ni. Kata Ammar dalam hati.Lamunan Iman dan Ammar terpotong apabila Amira menegur iman.
"Iman jom g dapur" tangan Iman terus di tarik oleh Amira. Mereka meninggalkan Ammar yang sudah tercengang.
"Aku mimpi ke ni?" Ammar menampar-nampar pipinya. Lalu dia menyambung mengangkat kerusi untuk di susun. Semasa Iman ingin membawa pinggan yang berisi kek pisang ke luar rumah, Amsyar terlanggarnya. Nasib tak jatuh.
"Eh sorry!" Amsyar meminta maaf.
"Eh takpe tak sengaja en" Iman senyum padanya lalu pergi ke luar rumah untuk meletakkan kek pisang itu. Amsyar sudah tertarik dengan iman. Dia mendapatkan maknya di dapur.
"Mummy yang bawak kek pisang tadi tu siapa?" Tanya Amsyar.
"Iman ke?" Tanya Puan Aida pula sambil tangannya ligat memotong buah-buahan pula.
"Iyela kut" Kata Amsyar pula. Dia memerhatikan gerak geri iman dari jauh. Ayu, comel dan cantik pula tu memakai baju kurung. Amsyar tersenyum sendirian.
"Woi, sengih sengih. Tengok siapa?" Ammar melanggar bahunya dengan bahu abangnya.
"Tu dia tu, cantik je" Amsyar menunjukkan jarinya menghala ke arah iman.
"Iman!" Kata Ammar terkejut babih!
"Kenapa? Kau kenal ke ?" Tanya Amsyar pula. Ammar sudah membisu. Dia mengangguk saja kepalanya dan beredar masuk ke bilik.
"Abg Amsyar suka iman ke ?" Ammar sudah berteki-teki sendirian di dalam bilik.
"Haishhh, habistu aku macam mana!" Ammar melabuhkan punggungnya di atas katil.
Majlis doa selamat pun selesai pada petang itu. Anak-anak tahfiz dan tetamu yang hadir beransur pulang.
"Ala iman, tidur la sini plzz! Aku rindu kau!" Rengek Amira tak mahu bagi Iman pulang.
"Ala kau ni, aku tanya mak aku dulu la" jawab Iman. Ibu membenarkan anaknya tidur di rumah kawannya tapi sehari je ! Lebih-lebih siapa nak layan? Pada malam itu, datuk Azhari bercadang untuk membuat bakar-bakar. Semua pun setuju dengan cadangan itu. Iman dan Amira berada di dapur manakala Ammar dan Amsyar di luar tengah hidupkan api nak bakar. Amira membawa air untuk di bawa keluar dan iman sedang membasuh pinggan dan cawan-cawan yang ada di singki.
"Hai iman" tegur Amsyar membuatkan iman menoleh ke belakang.
"Eh hai, dah siap ke bakar?" Tanya Iman mahu mesra dengan abang kawan baiknya. Taknak la awkward en !
"Sikit la, ada pape yang saya bole tolong?" Tanya Amsyar pula.
"Oh ni! Nak suruh bukakkan api ni, nak buatkkan sos blackpaper". Iman meminta tolong Amsyar. Dari tadi nak buka suruh Amira dia pun tak tau. Katanya leceh sikit yang ni.
"Meh" Amsyar sedang mencuba buka api itu. Iman dan Amsyar membongkok tengok api hidup tak.
"Bah!" Amsyar terkejutkan iman. Iman sudah buat muka. Api ni abang oi!
"Main-main la!" Iman sudah menggelengkan kepalanya. Amsyar pula sudah ketawa kecil. Kemesraan itu di perhati oleh Ammar yang ingin mengambil air jus nya di dapur. Dia terus batalkan niatnya. Dia keluar dia sambung membakar ayam pula. Kuat nawww dia kipas api tu. Amira hanya memerhati. Beberapa minit kemudian, Amsyar dan Iman keluar. Iman membawa sos blackpaper yang dibuat tadi. Dia meletakkan sos itu di meja yang berdekatan dengan Ammar dan dia masuk balik ke rumah.
"Amira aku nak solat dulu" kata Iman.
"Okay, pergila naik atas nanti turun balik tau!" Kata Amira yang sedang menolong abang Ammarnya terbalik-terbalikkan ayam. Iman mahu masuk ke bilik Amira tiba-tiba lengannya di tarik. Ammar menarik Iman masuk ke biliknya.
"Eh apa ni!" Terkejut iman. Kini Ammar berada dekat dengannya.
"Kau ada scandel eh ngn Amsyar?" Tanya Ammar.
"Eh mana ada?" Iman sudah mengerutkan keningnya. Sejak bila?
"Huh!" Ammar menolak iman kelaur dari biliknya. Iman kepelikan. Dia terus masuk ke bilik Amira untuk solat. Ammar pula turun keluar balik. Sambung tugasnya.
"G mana tadi?" Tanya Amira
"Takde g mana" jawab Ammar selamba. Amira sudah buat muka annoying. Beberapa minit kemudian, iman turun. Dia pergi dekat dengan Amira.
"Iman tolong Ammar jap aku nak g dekat mummy" Amira memberikan kipas yang di pegang tadi kepada iman. Iman sambung kipas.
"Buat apa kat atas tadi, lamanya?" Tanya Ammar.
"Solat" jawab ringkas iman.
"Huh, fikir aku taktau ke kau ngan Amsyar kat atas tu sama-sama. Taktau buat apa kat atas tu. Dasar fakgirl!" Ammar sudah senyum sinis. Kipas yang di pegang oleh Iman, iman menghentaknya di atas meja. Semua yang ada di situ memandang Iman. Iman sudah jalan pantas masuk ke rumah. Amira mengikuti Iman. Memang la Amsyar kat atas. Dia solat jugak! Bebel Iman.
"Eh iman kau nk g mana!" Tanya Amira.
"Aku nak balik bye tq!" Iman marah.
"Eh aku ikut eh!" Kata Amira pula.
"Takpayah la! Bye jumpa kat condo" jawab Iman lagi. Amira hanya mengangguk. Iman kalau dah marah takde siapa bole halang. Kata Amira dalam hati. Tanpa membuang masa Amira mendapatkan Ammar.
"Apa kau buat ni!" Marah Amira.
"Apa yang dia buat tu betul la" Marah Ammar pula.
"Apa yang dia buat!"
"Tanya la dia ngan si Amsyar tu!" Ammar sudah menghentak penyepit yang di pegang. Dia pula bengang naik atas masuk bilik.
"Huh" Amira sudah menarik nafas panjang.
YOU ARE READING
Di hujung bumi
RandomIman sofea seorang yang study di MSU dengan kawan baiknya Amira Izaty. Mereka baru je kenal-kenal tapi masing-masing dah masuk air hingga satu hari dia berjumpa dengan abang Amira yang handsome itu. Berubah terus perangainya! "Kek tu nak potong ke...