Bab 8

75 6 2
                                    

27/4/2020
Tarikh yang telah dipilih oleh kedua belah pasangan pengantin untuk disatukan. Ammar dan Iman sudah berada di masjid. Ammar sudah berdebar. Dah la dia langkah bendul! Haish!!!

"Aku terima nikahnya Iman Sofea binti Mohd Aziz dengan mas kawin sebanyak RM100000 ribu ringgit tunai". Sah! Alhamdulillah! Semua orang yang hadir menyaksikan akad itu menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang dibaca oleh tok kadi. Selepas selesai semuanya Ammar membawa Iman ke hotel.Tengah hari nanti ada majlis resepsi di hotel.

2:00 p.m
Ketibaan pasangan pengantin. Ammar kelihatan sangat segak. Dia memakai kot yang berwarna hitam. Fuh🥵 Iman pula memakai gaun takdela besar mana biasa-biasa je tapi cantik!!! Mereka mengambil tempat di atas pelamin.

"You look so pretty today" Ammar mengenyitkan matanya pada Iman. Iman hanya tersenyum. Dia kena behave! Ramai orang memerhati ni. Selesai bacaan doa, salam-salaman,dan makan bersama, kini tiba masanya untuk memotong kek. Hampir terjatuh rahang iman tengok kek setinggi tiga tingkat tu. Nak bagi siapa makan sia!

"Kek tu nak potong ke?" Tanya Iman kepada Ammar.

"Eh tak biar je nanti dia terpotong sendiri" Ammar memberikan senyuman kepada isterinya itu. Iman sudah menjeling Ammar.

"Apa tinggi sangat kek tu Ammar , awak order kat mana tu?" Tanya Iman lagi tangan mereka sudah bersentuhan antara satu sama lain untuk memotong kek itu.

"Itu satu tingkat je yang bawah tu hiasan je eee itu pun taktau ke Iman Sofea?" Ammar berbisik di telinga Iman. Nasib pakai tudung kalau tak menggelupur dah dia sebab geli. Kek pun sudah dipotong. Setelah selesai majlis, Ammar pulang ke rumah mertuanya. Ammar disambut baik oleh keluarga Iman. Sementara itu dirumah Datuk Azhari juga meriah, sepupu sepapat Ammar semua ada.

"Buat apa tu?" Sapa Puan Aida melihat anak pertamanya termenung dari tadi.

"Takde apa la mi" balas Amsyar dan tersenyum.

"Mummy pasti yang jodoh Amsyar akan datang tak lama lagi. Jangan mengharapkan yang sudah pergi ye" pesan Puan Aida pada Amsyar. Puan Aida tahu yang Amsyar sedang bersedih kerana tak dapat Iman. Dulu pun macam tu juga, ketika dia jatuh cinta pada seseorang pastu orang itu sudah memiliki. Tu sebab Si Amsyar membawa diri ke Australia. Ingat bila balik sini dah tak jumpa lagi orang macam tu. Sekali kena kat adik sendiri. Tabahla wahai hati. Amsyar mengenangkan kenangan yang lalu dan dia tersenyum sendirian.

"Semoga bahagia" Amsyar berkata perlahan.

*******************************
"Iman pergi la bawak Ammar tidur ibu tengok dia macam penat tu" kata Puan Alia pada Iman yang sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur.

"Macam je tu, tak penat lagi pun" Iman bergurau. Puan Alia sudah menampar pelahan pipi Iman. Iman pun ke ruang tamu untuk mengajak Ammar masuk bilik. Ammar mengikuti Iman dari belakang.

"Amboi ajak kita masuk bilik awal-awal ni ada pape ke?" Ammar memeluk tubuh sambil bersandar di dinding.

"Eh mana ada eh, ibu suruh. Kita ikut je" Iman sedang betulkan cadar di tilam.

"Eleh, malu nak mengaku heh" Ammar mencebik lalu duduk di atas tilam. Iman sudah mengecilkan matanya. Eee dia ni.

"Kenapa diam" Ammar mendekatkan muka dia pada Iman. Iman mengeras. Ha sudah!

"Cantiknya bibir tu" Ammar mendekatkan lagi mukanya dengan muka Iman. Cepat-cepat Iman bangun keluar dari bilik. Ammar dah ketawa besar. Tau takoddd! Iman pergi semula ke dapur untuk buat apa yang patut.

"Eh pergi la tidur kamu tu pengantin baru!" Marah Puan Alia apabila anaknya tidak masuk tidur lagi.

"Tanak la ibu, seram je Ammar tu. Takut la!" Rengek Iman pada ibunya. Ibunya sudah gelak.

"Haish iman iman, kamu kena bersedia la dia kan suami kamu" Puan Alia menepuk perlahan bahu Iman. Iman muncung. Astaghfirullahaladzim! Selepas selesai kerja di dapur iman naik ke atas, dia bukak perlahan pintu bilik tidurnya. Dia tengok Ammar dah tidur. Cepat-cepat dia amik tempat tidur di sebelah Ammar. Dia menarik selimut dan tidur membelakangkan Ammar. Mata Ammar terbuka, dia sudah senyum jahat. Dia menarik Iman dalam pelukannya. Dia peluk iman di pinggang iman. Iman sudah mengucap perlahan.

"Jangan takut sayang" Ammar berbisik di telinga iman. Iman masih keras. Ammar ketawa. Kelakar betula si isteri ni.

"Penakut!" Ammar bisik lagi tapi kalini kuat sikit.  Iman geram ngan Ammar ni, dia pantang dicabar. Lalu iman pusing menghadap Ammar.

"Pahal!" Kata Iman sambil mengangkat kedua belah keningnya.

"Penakut"

"Tak"

"Penakut"

"Taf...." Belum sempat Iman mahu membebel Ammar sudah kiss dia. Ha sambung la babak seterusnya ye!🤪😂

Di hujung bumiWhere stories live. Discover now