Bab 4

85 7 0
                                    

"Harini aku takde class tau, kau g ngan abang aku" selamba Amira cakap camtu dekat Iman . Mata iman sudah membulat. Kalau dia tahu yang Amira takde class harini, sumpah dia tak ikut si Amira ni balik rumah parents dia. Marah Iman.

"Eeee kau ni. Tak cakap semalam! Takpela aku naik grab." Iman yang sedang memakai tudung shawl cepat-cepat dia lilit tudungnya, yela takut lambat pula. Amira dan Iman turun untuk sarapan. Begitu juga Ammar. Dia sudah memakai baju pejabat. Nsem tak pernah lari si abang Amira ni.

"Ammar hantarkan Iman sekali" Amira mula memasukkan roti ke dalam mulutnya. Ammar hanya mendiamkan diri. Iman pula sudah menepuk perlahan bahu Amira.

"Am tolong la hantarkan Iman tu lagipun sekali jalan kan" kata mummy nya pula. Dorang ni dah plan nak kena kan aku ke ? Bebel Iman dalam hati.

"Hm" ringkas saja jawapan Ammar. Selepas bersalam-salam dengan Puan Aida, Ammar dan Iman memulakan perjalanan. Mula-mula keadaan dalam kereta sunyi je. Taktau nak borak apa.

"Awak ada boyfriend ke?" Ammar memulakan bicara. Takde soalan lain dah ke Encik Ammar ni. Bebel Iman seorang diri.

"Takde. Kenapa?"

"Takdela...awak tu student lagi. So belajar dulu jangan gatal-gatal. Nanti bila putus, mula la sedih lepastu pelajaran drop itu ini lah!" Bebel Ammar sambil membetulkan rambutnya.

"Haha takdela saya cuma ada crush je hehe" Iman memandang Ammar sambil tersenyum.

"Crush pun tkboleh!" Ammar menjeling Iman.

"Aik, kenapa?"

"Sebab crush pun bole buat kita sendu apa" jelas Ammar. Iman sudah bantai ketawa. Jealous ke apa si Abang Amira ni. Eh perasan lak kau Iman!

"Okla ok takde crush ok. Comel la Encik Ammar ni!" Iman membuat jarinya tanda ok lepastu sambung gelak.

"Tau dah!" Ammar membuat muka poyo.

"Perasan pun iye jugak HAHAHAHA" Iman gelak besar.

"Eh kau kemain eh!" Ammar meluku kepala Iman. Geram dia ngan iman ni, gelak je keje!

"Oi kepala ni bayar zakat tau!" Marah Iman sambil mengusap kepalanya.

"Ala tak kesah tak lama lagi saya jugak yang bayar nanti" jawab Ammar selamba.

"Hah?!" Iman sudah tak paham. Dia memang slow sikit bab-bab benda ni. Ammar menjelirkan lidahnya. Terus dia tumpukan perhatiannya ketika memandu. Iman pula tengah mengekek ketawa. Taktau la kenapa happy sangat menyakat si Encik Ammar ni!

"Terima kasih Encik Ammar. Bye" Iman keluar dari kereta Ammar.

"Ingat pesan saya, jangan menggatal. Focus belajar" pesan Ammar lagi.

"Iyela Encik Ammar. Jealous aaa tu!" Iman bergurau.

"Eeee dahla g masuk" Ammar menghalau Iman. Iman sudah mengekek ketawa. Encik Ammar. Encik Ammar!

Di MSU
Iman sedang berjalan keluar daripada bilik kuliah. Dia mahu ke cafe mahu membeli air. Tiba-tiba tangannya di raih oleh Zarif. Cepat-cepat dia menarik tangannya supaya tidak di pegang oleh Zarif.

"Oh sorry" Zarif melepaskan tangannya.

"Nak apa?" Tanya Iman dengan nada yang baik. Pelik juga dia tiba-tiba je.

"Awak free tk petang ni. Kalau free saya nak ajak awak lepak-lepak" jelas Zarif.

"Hm, saya dah order grab ngan kawan saya. Kesian pulak dia kalau dia balik sorang-sorang." Jelas Iman pula.

"Ohh takpela kalau macamtu. Maybe next time. Can u?" Zarif bertanya lagi.

"InsyaAllah, btw mana buah hati awak tu?" Iman sudah berpeluk tubuh. Gila tak jealous!

"Yang mana" dahi Zarif sudah berkerut.

"Yang semalam tu. Kat ig tu"

"Oh yang tu! Tu cousin saya. Dia baru balik dari Langkawi. Saya mana ada gf la" Zarif sudah sengih. Dia single ok!

"Oh yeke. Ingat gf hehe. Sorry sebab salah sangka" Iman meminta maaf.

"Eh sokay, lain kali tanya ye" Zarif sudah senyum lebar. Haish, Iman, iman.

Petang itu, Amira dan Iman pulang ke rumah mereka. Mereka memesan makanan dari kedai di bawah rumah itu. Tomyam, telur dada, dan sayur kailan masak belacan. Sedap boh! Mereka makan bersama-sama. Selepas makan, mereka menyiapkan assignment yang telah diberikan oleh lecturer masing-masing.

"Hello. Ha ada apa call. Jarang jarang kau nak call aku." Amira sudah pelik tiba-tiba je si abang ni call.

"Takdela saja tanya khabar kau." Jelas Ammar.

"Bana ko la ttbe je tanya khabar HAHAHAHAH. Kau senanya nak apa ni. Aku ada kerja ni" Amira sudah ketawa. Tanya khabar? Lain macam je abang aku ni

"Takde la tanya je en . Dahla bye!" Ammar mematikan talian. Niat di hati mahu bercakap dengan Iman, tapi tengok adik dia pulak tanak bekerjasama.

"Siapa call?" Tanya iman sambil menghirup hot choc dia tu.

"Ammar. Dia rindu kau!" Amira mahu mengusik kawannya itu. Nasib tak tersembur keluar air yang diminum oleh iman.

"Otak kau! Astaghfirullahaladzim" Iman sudah menepuk-nepuk dadanya. Tersedak gueh.

"Elelelele tersedak pulak! Kau pun rindu jugak en" Amira sudah ketawa besar . Tanpa banyak cakap middle finger up. Iman tunjuk pada Amira. Lagi kuat si Amira tu gelak. Bagi Amira tak salah pun kalau Iman dan Abangnya. Sweet apa! Single sama-sama. Iman pun baik je! Amira bekata dalam hati.

Di hujung bumiWhere stories live. Discover now