Prolog

13.8K 342 6
                                    

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

💕

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran penulis iaitu Fizzah Shah.

😊

Segala semak samun yang terbentang di depannya di randuk masuk tanpa peduli rasa sakit yang berdenyut-denyut di kaki akibat terpijak segala duri dan ranting kayu tajam di dalam hutan ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Segala semak samun yang terbentang di depannya di randuk masuk tanpa peduli rasa sakit yang berdenyut-denyut di kaki akibat terpijak segala duri dan ranting kayu tajam di dalam hutan ini.

Apa yang penting sekarang dia perlu lari dan lari dengan lebih laju supaya tidak di tangkap oleh lelaki gila itu.
Lariannya semakin perlahan dan keletihan mula menyelubungi diri. Segala sendi kaki mula melemah.

Pandangannya pun mula kabur dek air mata cemas yang mengalir laju dari tadi lagi. Sungguh dia menyesal mempercayai segala kata-kata dusta Ray yang menjanjikan madu bunga tapi akhirnya hanya di lempar buah peria.

Sampai saja ke hujung dia mendengar air mengalir. Alunan itu terasa sangat mendamaikan tapi tidak mampu menghilangkan ketakutan di hatinya.

Panggilan sayup di belakang mengejutkan dia yang hampir termenung mengelamun. Terus dia melompat ke dalam sungai itu dan mula menyusur ke seberang sana. Tapi...

" Anggun Nurina!!!" jelas panggilan penuh dominan itu kedengaran di belakang.

"Kau lari jauh-jauh pun aku pasti tangkap kau. Baik kau keluar sebelum aku heret kau. Sekali jatuh ke tangan aku, aku takkan lepaskan kau." ugut suara garau itu.

Dia terus berlari dan berselindung di sebalik pokok besar. Nasib baik akar pokok terlalu besar hingga mampu melindungi badannya yang kecil itu.

Kedengaran ranting dan daun yang dipijak menambahkan kadar degupan jantungnya. Mulut ditekup supaya tidak keluar sebarang suara.

"Nurina... Kau jangan cabar aku. Kalau kau keluar sekarang, aku janji takkan sakitkan kau. Tapi kalau kau berdegil, hukuman berat menanti kau."

Meleret suara itu cuba meracuni mindanya. Tapi dia tahu, lelaki itu ingin memperdaya dia.

Derapan kasut itu semakin hampir, dia mula membongkokkan badan. Tubuhnya menggigil ketakutan.

"Kau nak lari mana, Nurina?"

Matanya dibuka perlahan dan terkejut dia bila melihat sepasang kasut kulit tebal hitam berdiri betul-betul di depannya. Kepala diangkat dan sebaik saja matanya bertentang dengan mata tajam lelaki itu, dia hampir pengsan.

Tolong lenyapkan dia dari sini sekarang!

Tangannya di cengkam erat dan di tarik untuk berdiri oleh tangan kekar milik lelaki bengis ini. Dia bergelut untuk melepaskan genggaman kuat di lengannya namun tak berjaya, situasi itu memaksa lelaki garang tadi mencempung tubuh kecilnya untuk keluar daripada situ. Jeritan kuat mula bergema walaupun dia tahu tiada siapa pun yang akan mendengar suara halusnya.

"Kau jerit, aku humban kau jatuh tergolek sampai bawah. Biar badan kau kena rodok akar kayu tajam tu."

Terus dia berhenti meronta.

"Lepaskan saya..." rintihnya lemah.

"Aku takkan lepaskan kau... Sekali kau jatuh ke tangan aku, kau takkan mampu larikan diri dari aku."

"Saya tak nak duduk dengan awak... Awak kejam!" laungnya dalam keadaan sayu.

"Diam Nurina! Kau bunyi lagi, aku akan pastikan kau hilang nyawa kat sini!"

Dia terpaksa mengugut supaya Nurina tidak mengeluarkan suara yang merimaskan dia ketika ini. Serabut.

Sampai depan Ford Ranger hitam miliknya yang terparkir di tepi jalan hutan itu, dia terus melemparkan tubuh Nurina ke tempat duduk belakang.

"Jalan Jaz!" arahnya kepada Jazid, anak buah yang paling rapat dan setia kepadanya.

Tanpa kata, Jazid menekan pedal minyak untuk balik ke rumah agam milik majikannya.

Nurina yang berada di tepi dia tarik rapat ke badannya. Rambut Nurina yang sudah kusut dia lurutkan supaya lurus semula.

Nurina yang sudah tidak bermaya hanya diam menyandarkan kepala di dada bidang milik lelaki itu. Penat sangat.

"Aku dah cakap, jangan berani nak lari dari rumah tu. Kau tak dengar cakap aku. Ini lah padahnya."

Nurina hanya diam, kembali mengongoi dalam senyap.

"Tak payah menangis sangat. Kau menangias keluar air mata darah sekalipun,  aku takkan kesiankan kau. Hukuman tetap berjalan macam yang aku pernah cakap dulu."

Nurina hanya pasrah.

"Awak kejam..."

"Ya, aku memang kejam. Kau dah tahu aku kejam tapi kau langgar juga semua arahan aku. Memang tak serik."

Pandangan Nurina mula berpinar-pinar lalu  semakin kelam. Tubuh kecil yang mula tumbang itu dia angkat ke atas ribanya. Peluk macam tengah peluk budak kecil.

Bau rambut si gadis dia cium. Wangi macam selalu. Dia pandang ke arah kaki milik Nurina, nasib baik gadis itu memakai kasut bukannya berkaki ayam. Nanti jadi satu hal pula nak merawat kaki yang luka tu.

💕

Jalan cerita berubah 80 %🤧

Well, ini lah sebenarnya plot cerita ni🤣 sebelum ni, mengarut je banyak nya😂

6/11/23

Maaf sekiranya saya jarang update cerita ni. Sekarang saya final year, sangat sibuk dengan thesis, review, final year project & assignment serta perkara lain.

Terkadang tak sempat nak update walau 1 bab, tapi Insyaallah saya cuba yang terbaik💕

Doakan saya tamat degree dengan jayanya😊

-Fizzah Shah-

Bunga Milik AfganWhere stories live. Discover now