BAB 7

5K 244 3
                                    

-Fizzah Shah-

💎

Wajah ayu bertudung bawal digaya ringkas itu membuatkan mata Adam melirik tak lepas. Tengku Zayn yang perasan mata Adam selalu melihat ke arah Anggun terus menyepak kaki kawannya itu dari bawah meja.

"Aduh!"

Tumit kaki Zayn tajam macam pisau. Terasa menyengat juga tulang kering bahagian betisnya. Mesti lebam nanti.

Rasakan penangan cemburu seorang Tengku Zayn.

"Kamu ni kenapa Adam?" tegur Nek Imah yang mula aneh bila lelaki itu menjerit.

"Tak ada apa-apa nek. Kaki ni tersepit kerusi pula." dia tersengih bagai kerang busuk.

Sakit hati dengan tingkah sembrono Tengku Zayn. Nasib baik tak patah kakinya kalau tak, jadi tempang pula.

"Haih kamu ni duduklah elok-elok. Macam budak-budak pula."

Dah tua-tua ni tak larat nak layan kerenah cucu-cucunya itu.

"Duduk Anggun, makan sama-sama. Tak payah nak layan diorang ni macam kamu bini diorang pula. Dah besar kena pandai ambil makanan sendiri. "

Dari tadi lagi Anggun tak berhenti buat kerja. Dari menolong uminya memasak, menghidang makanan lalu melayan mereka makan pula. Padahal Nek Imah lagi suka jika tidak dilayan oleh sesiapa macam orang tengah sakit.

"Dah duduk makan. Lia, tak payah nak mencuci kuali tu lagi. Mari makan sekali dengan kami."

Memang dah jadi rutin Mak Lia, lepas memasak pasti akan mencuci peralatan memasak dan mengemas dapur. Tak betah melihat dapur bersepah selepas digunakan.

"Baik Nek."

"Sedap juga Mak Lia masak." puji Adam, sesekali tangan mencapai senduk nasi. Sudah 3 kali dia menambah nasi dek penangan masakan kampung Mak Lia.

"Kalau sedap, habiskan lauk ni... Membazir nanti kalau tak habis."

Ehem!

Zayn berdehem bila perasan sepasang mata Anggun merenung Adam yang berselera menjamah air tangan uminya. Mata bertentang dengan mata tajam Zayn. Lelaki itu dah nak naik tanduk je ketika ini.

Anggun pula terus menunduk hadap makanan. Ralit pula tenung anak teruna orang.

"Minggu depan nenek jadi nak buat kenduri tahlil kan?"

"Eh jadi lah. Dah lama juga nenek tak buat kenduri tahlil, selalu tak sempat sebab tak ada tukang masak. Nenek nak buat majlis kecil-kecilan je. Kita ajak orang terdekat je."

"Zayn nak ajak Munirah sekali. Dah lama juga dia tak datang sini kan? Mesti Adam dah rindu sangat dengan dia."

Adam mengertap bibir. Memang sengaja Zayn nak bocorkan perasaan dia depan Nek Imah.

"Laaa kamu sukakan Munirah ke? Kenapa tak cakap? Boleh Nek Imah adjustkan dia untuk kamu. Munirah pun single lagi tu." usikan makin menjadi-jadi sampai naik merah cuping telinga lelaki itu. Tersedak dia yang baru minum air.

"Eh nek, tak ada lah. Saja je usik-usik manja Munirah tu. Tapi dia tak layan Adam pun."

Adam dah mula canggung. Zayn pula hanya merenung tingkah Anggun yang perlahan saja menyuap nasi ke mulut. Dia mula geram bila merasakan sesuatu.

Rasa tak tenteram yang menghuni hatinya perlu diredakan segera.

"Eh sikitnya kamu makan, tak nak tambah ke?"

"Tak nenek, Zayn ada kerja sikit. Naik dulu." dia terus ke sinki.

💎

Update tanda aktif lagi😛😝

Bunga Milik AfganWhere stories live. Discover now