BAB 6

6.4K 300 13
                                    

-Fizzah Shah-

💕

Satu susuk bertubuh tegap menghampiri kawasan lobi syarikat diikuti pembantu peribadinya, Suhaila yang mesra dipanggil Kak Su oleh semua pekerja Z.A. Sdn Bhd.

Terkejar-kejar Suhaila mengejar langkah bosnya yang semakin laju menuju ke arah lif yang tersedia khas untuk CEO.

Ramai mata yang terkesima memandang ke arah mereka bila melihat susuk tegak dan berkarisma seorang Tengku Zayn Afgan masuk tadi. Mana tidaknya, lelaki ini selalu menayangkan riak beku dan tidak pernah memberi senyuman kepada pekerja melainkan kepada client penting. Namun, dia bukanlah seorang pembengis dan suka marah tidak tentu pasal. Dia seorang profesional dan tegas.

Masuk ke dalam biliknya, dia terus membuang kot dan menyangkut kot di penyangkut yang disediakan. Punggung dilabuhkan atas kerusi.

"Harini saya nak balik awal, macam mana dengan jadual saya Kak Su?"

Wanita berumur 30-an itu terus menatap tab ditangannya.

"Tengku ada meeting dengan Dato' Hasyim pada pukul 10.30 pagi lepastu tengku perlu ke kilang kerana harini stok baru akan sampai. Petang nanti jadual Tengku kosong."

Tangannya yang sedang membelek dokumen terhenti seketika. Mata naik memandang ke arah wajah hitam manis yang sedang tersenyum.

"Saya akan hantar Adam ke kilang. Nanti Kak Su ikut dia sekali, apa-apa boleh update pada saya melalui report. Petang ni saya tak masuk office. Tapi Adam tetap ada untuk pantau korang buat kerja."

Dia mengerling jam di tangannya. Masih ada masa 2 jam untuk dia menyiapkan kerjanya sebelum keluar jumpa client merangkap pelabur tetapnya, Dato' Hasyim.

"Report yang saya minta semalam Kak Su  letak je atas meja ni petang nanti. Esok saya semak."

"Baik tengku." baru saja Kak Su ingin berlalu, Tengku Zayn menyambung bicara.

"Kak Su tolong panggilkan Adam jumpa saya sekejap. Nanti sediakan air macam biasa untuk kami berdua."

Kak Su hanya mengangguk akur sebelum berlalu bila lelaki itu membuat isyarat supaya keluar melalui isyarat mata.

Nasib lah bila tak ada tea lady. Dia lah PA, dia lah tea lady bos. Nasib baik bukan dia jadi cleaner bersihkan bilik office luas milik Tengku Zayn tu. Kalau tak, dah minta gaji double. Baru masyuk...

Beberapa minit kemudian, Adam masuk ke dalam biliknya.

"Bro, kenapa panggil aku?"

Waktu Kak Su datang ke biliknya, dia baru nak menghadap laptop tadi. Terkejut juga bila bos besar nak jumpa dia, rasanya mereka tak ada janji apa-apa kan?

"Pukul 11 pagi nanti kau kena pergi kilang tengok stok akan masuk. Lepastu, aku nak kau pantau sekali pekerja kat situ, aku tak nak terima aduan masalah stok tak cukup, pekerja tak buat kerja atau ada masalah dengan sistem. Nanti Kak Su ikut kau sekali."

Adam mula memuncung. Malas betul kalau kena turun padang check kilang. Letih sebab kena jalan situ sini, hadap kerenah pekerja dan pihak pengurusan kilang. Pekerja kat sana tak takut bila berurusan dengan dia, lagi dipandang rendah. Biasalah, dia bukan bos besar. Kalau dengan Tengku Zayn, sekali kena tengking semua menikus. Takut lah tu.

Bunga Milik AfganWhere stories live. Discover now