-Fizzah Shah-
💕
Sebaik saja tubuh tinggi dan tegap itu menghampirinya, dia memasang langkah berjaga-jaga. Puas dia lari ke tepi untuk menghindari tubuh lelaki itu yang mula menghalang dia tapi sayangnya, dia terhimpit pada dinding juga.
"Te-tengku..." bergetar suaranya ingin menyedarkan lelaki itu.
"Nenek aku cakap, dia jumpa kau dan mak kau kat kampung Bentong tepi bus stop. Kau buat apa kat situ?"
Nafas mint Tengku Zayn mengena pada wajahnya. Anak mata sedaya upaya dilarikan ke arah lain supaya tidak bertentangan mata dengan iris coklat milik lelaki itu.
"Sa-saya dan umi larikan diri dari rumah. Kami tak ada tempat untuk berteduh masa tu, kebetulan jumpa dengan Nek Imah. Dia tawarkan kami kerja kat sini."
Tengku Zayn menyentuh sedikit bahu kecil yang dilapisi blouse itu sehingga gadis bertindak refleks dengan menepis jarinya.
"So-sorry, saya tak selesa disentuh lelaki." wajahnya semakin menunduk. Dia takut dengan keadaan intim mereka.
Tengku Zayn mengertap bibirnya. Terasa sendat dadanya dengan bermacam rasa, tak suka dengan penolakan Anggun terhadap sentuhan dia.
"Aku sebenarnya tak suka pembantu rumah umur muda. Lagi-lagi cantik macam kau sehingga mampu menarik perhatian aku. Tapi, nenek aku pujuk aku semalam untuk benarkan kau duduk sini, boleh temankan dia... Aku setuju je lah, tapi dengan syarat kau perlu jadi maid peribadi aku."
"Maid peribadi?" soalnya menayang riak aneh.
"Kau hanya bekerja untuk aku. Uruskan keperluan aku dan sentiasa ada bila aku memerlukan khidmat kau dalam rumah ni."
Anggun angguk faham.
"Boleh tak tengku jauh sikit. Saya rimas."
Kalau dia berbadan besar dari Tengku Zayn, dah lama agaknya badan Tengku Zayn ditolak dan dihempas ke dinding. Silap hari bulan, terus lempar kut balkoni tu.
"No, kau tak boleh rimas dengan aku! Kalau kau rimas dengan aku, macam mana kau nak buat kerja dalam bilik ni?"
Zayn terasa nak mengamuk bila Anggun menuturkan ayat 'rimas'.
Anggun tak boleh rimas atau serabut dengan dia! Anggun sepatutnya melihst kearahnya dengan perasaan kagum dan suka. Bukannya tunduk dan melarikan diri darinya.
"Buat macam biasa tengku." bidasnya selamba. Malas nak layan perangai kebudakan Tengku Zayn.
"Tak, aku bukan orang biasa dengan kau. Aku ni majikan kau, selain dari hormatkan aku, kau kena layan aku dengan baik dan biasakan diri kau dengan segala kerenah aku."
Anggun kerut dahi. Zayn mendekatkan wajahnya ke wajah Anggun tapi Anggun terus menunjal bahu pejal Tengku Zayn. Bukan niatnya ingin kurang ajar, tapi Zayn tu dah macam nak cium pipi dia je. Risau juga kang terbabas pula. Eh, risau lelaki itu menyentuhnya. Haram.
Boleh tahan gatal juga Tengku Zayn ni.
"Macam mana orang secantik kau ni boleh jadi maid je. Sepatutnya kau jadi suri hati aku je."

ANDA SEDANG MEMBACA
Bunga Milik Afgan
AksiKejam. Itu yang dapat di gambarkan bila dia sanggup menjerat hidup seorang gadis yang langsung tidak bersalah. Malah dia mengugut untuk membunuh siapa sahaja yang cuba merampas gadis itu darinya. Tengku Zayn Afgan. Gah namanya, se gah tuannya. Namun...