BAB 1

8.3K 360 6
                                    

-Fizzah Shah-

-Fizzah Shah-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💕

"Aku nak duit sekarang! Cepat bagi aku semua duit yang kau ada!"
Gesa lelaki tua dengan wajah menyinga.

Semua barang yang tersusun dalam almari disepah ke atas lantai semata-mata ingin mencari beg duit milik isterinya.

Puan Julia sudah menangis tidak berdaya atas lantai selepas ditolak oleh Encik Shuib. Tak cukup dengan itu, bahagian perut dan kakinya juga ditendang kuat oleh suaminya yang sedang mengamuk itu.

"Saya dah cakap, duit tu dah habis. Abang yang ambil untuk berjudi haritu."

Nafasnya tersekat-sekat menahan perit bekas sepakan suaminya tadi.

"Aku tak kira, kalau malam ni aku tak dapat duit Rm500 dari kau... Aku bunuh kau dengan anak kau tu! Ingat ni, aku boleh jual anak perempuan kau tu untuk langsaikan hutang aku kalau kau tak bagi duit kat aku malam ni!"

Puan Julia beristighfar dalam hati mendengar ayat yang keluar dari mulut suaminya. Langkah suaminya yang sudah menjauh berlalu keluar dari rumah itu dia kerling dengan pandangan sayu.

"Umi..."

Suara halus milik seorang gadis muda yang meluru ke arahnya, Puan Julia peluk erat. Nasib baik saja suaminya tak mengamuk hingga mencederakan anak mereka, Anggun Nurina.

"Umi, jom lah kita lari dari rumah ni. Abah sendiri tak kisah pasal kita lagi... "

Wajah putih kemerahan milik puteri tunggalnya dia usap tanda kasih dan sayang. Dia menggeleng perlahan.

"Umi tak nak jadi isteri derhaka, tapi umi sanggup kalau abah balik malam nanti dia bunuh kita? Macam mana kalau dia jual Anggun? Umi sendiri cakap nak tengok Anggun hidup bahagia macam gadis lain kat luar sana, tapi kenapa umi degil pertahankan abah lagi?" ujarnya sayu.

Sungguh kecewa dengan sikap lemah uminya yang tidak sanggup meninggalkan rumah ini. Kalau tengok pada lebam di tangan dan kaki uminya, dia sendiri tak dapat bayangkan kesakitan yang uminya hadapi selama ini.

Jika dulu keluarga mereka sangat bahagia, tapi sekarang dia dan uminya menderita dek sikap dayus abahnya. Encik Shuib yang dulunya rajin membanting tulang menyara keluarga dan bertanggungjawab dengan anak bininya, kini sudah menjadi hamba kepada perbuatan haram. Berjudi dan berhutang. Tak boleh bayar hutang, Puan Julia yang jadi mangsanya.

"Anggun, kalau kita keluar dari rumah ni pun ke mana kita nak pergi? Kita tak ada sesiapa untuk bergantung hidup kat luar sana." tangan si anak dielus lembut.

Bunga Milik AfganWhere stories live. Discover now