Nak move on ni susah kan?
Lagi-lagi bila nak move on dari perkara yang sedih dan buatkan hidup kita tak sama macam dulu...
Masa kecik, dia berangan nak jadi orang dewasa. Yalah...ingatkan jadi dewasa ni menyeronokkan.
Banyak faedahnya dari jadi kanak-kanak.
Rupa-rupanya jadi kanak-kanak la paling menyeronokkan.
Nama pun budak kecik, apa la tahunya
Makan, tidur dan main kemudian pusing balik benda yang sama
Tak ada masalah yang perlu difikirkan
Tak ada tekanan yang perlu di hadapkan
Hanya rasa happy dan enjoy sepanjang masa.
Bukan merungut
Cuma tertanya-tanya
Kenapa ya jadi dewasa ni susah sangat?
Itu la ini la
Itu salah ini salah
Ada je la halnya
Tak satu
Satu masalah timbul
Dah settle satu
Datang lagi masalah
Penat la jadi orang dewasa ni
"Isla...kamu menungkan apa lagi tu..dah bawa semua barang yang kamu perlukan dalam bonet kereta belum?"
Pertanyaan itu buatkan gadis berambut purple violet itu tersentak dari lamunannya. "Dah." balas dia dengan perlahan.
Isla dongak memandang rumah banglo dua tingkat di depannya sewaktu berdiri termenung laman rumah tu.
Terngiang-ngiang dekat kepala suara gelak ketawa yang pernah berlegar di sekitar kawasan ni. Banyak memori yang tersimpan di sini. Segala kenangan dia sewaktu kecil masih segar bermain dalam fikirannya.
Dari saat dia membesarkan, bermain sama dengan rakan sejak kecilnya, gembira bagai nak apa, memori semasa di laman rumah tempat dia beriadah.
Semuanya.
Dan kini dia perlu tinggalkan tempat ini buat kali pertamanya.
"Kalau macam tu jom...lambat pula kita tiba di lapangan terbang nanti."ajak ayahnya lagi di belakang.
Ajakan itu buatkan Isla berpaling menghadap kereta dimana ayah dia sedang berdiri. Bersama renungan redup, dia tatap wajah ayahnya buat seketika.
Wajah lelaki yang telah membesarkan dia sejak kecil sehingga ayahnya masuk berusia 48 tahun. Ada kalanya dia tertanya, adakah membesarkan dia suatu tugas yang memenatkan sebagai ayah tunggal?
Wajah yang sentiasa berikan perasaan selamat dan kasih pada dia selama ini. Lelaki yang menjadi ayah dan ibu untuk dia sejak dia bayi lagi. Wajah yang buatkan dia tak nak sesekali kecewakan atau sakiti.
Ikutkan hati mahu saja dia tinggal sendirian, namun bila difikirkan balik yang dia tak berani berjauhan dengan ayah dia lama-lama. Isla ambil keputusan untuk ikut ayahnya berpindah atas faktor pekerjaan setelah ayahnya di beri kenaikan pangkat dan di tukarkan tempat kerja ke syarikat induk sebagai general manager cawangan.
"Coming..."sahut Isla sambil betulkan tali beg galasnya di bahu sewaktu jalan dekati kereta Uber hitam depannya.
Setiba saja Isla di tepi kereta, ayah dia buka pintu tempat duduk belakang untuknya.
Baru saja Isla hendak tunduk masuk ke dalam, ayah dia bersuara.
"Kamu okay?"tanya ayah Isla sambil tu.
Isla berhenti sekejap lantas pandang ke ayahnya sambil tersenyum nipis.Ada beza ke kalau dia kata okay ke tak? Mereka tetap akan pergi jugak."Sure..."
"Sorry sayang...ayah tahu kamu sayangkan rumah ni...still we need to go."ujar ayah Isla sambil usap belakang kepala dia.
Tanpa berkata apa-apa Isla mengangguk kepala lalu tunduk masuk ke dalam kereta dan duduk selesakan diri.
Masuk saja Isla ke dalam kereta, pintu tersebut di tutup oleh ayahnya. Sejurus itu, lelaki itu ambil tempat di sebelah pemandu.
Sambil memakai seatbelt, Isla palingkan kepala ke luar tingkap kereta. Dia pandang buat kali terakhir rumahnya dengan perasaan hiba.
Sedihnya.
Sudahla terpaksa berpisah dengan rakan dan jiran tetangga, rumah tempat santuarinya jugak terpaksa dia berjauhan dengan.
"Ready?"tanya pemandu Uber dekat depan pada dua beranak itu minta izin untuk bertolak.
"Ready.."balas ayah Isla.
Isla dekat belakang diamkan diri, dia sandarkan badan tiada mood di kerusi sambil pandang ke luar tingkap. Termenung memikirkan akan apa yang bakal berlaku kelak setelah dia berpindah nanti.
Entah siapa yang dia bakal berjumpa.
Entah macam mana hidup dia di sana.
Semuanya bermula sewaktu beberapa tahun yang lepas. Sewaktu dia berusia 8 tahun. Zaman gelap dia yang berimej si nerd seperti watak Betty dalam telenovela drama sabun dulu-dulu.
Berambut toncang kanan dan kiri macam loser. Ditambahkan lagi dengan braces untuk gigi dia yang rongak. Muka macam nak apa.
Disebabkan dia budak miskin yang tak pandai bergaya, baju pun pakai yang bundle je...hidup dia umpama seperti The Ugly Duckling!
Mana dia pergi semua orang pandang rendah dekat dia
Apa dia buat orang akan ketawakan
Dia berjalan pun jadi bahan lawak
Sampai la muncul seorang budak lelaki yang lebih tua dalam hidup dia dan rosakkan segalanya
Dibuli
Dikenakan
Diketawakan
Dikutuk kerana penampilan losernya.
Sehingga la satu masa dia terpaksa berpindah
Tanpa disangka, setelah belasan tahun berlalu dia kembali semula ke tempat yang telah beri dia mimpi ngeri dan trauma seumur hidup!
YOU ARE READING
14. Love You Mr.Butler
General Fiction🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Semuanya bermula sewaktu beberapa tahun yang lepas. Sewaktu dia berusia 8 tahun. Zaman gelap dia yang berimej si nerd seperti watak Betty dalam telenovela drama sabun dulu-dulu. Berambut toncang kanan dan kir...