b a b 1

170 5 0
                                    

Cuaca pagi itu kelihatan cerah.Rutin harian Fazura sebagai penolong kelas harus ke bilik guru dan mengambil buku latihan serta nota pelajaran yang ditinggalkan untuk pelajaran hari tersebut.

cuti berpantang guru kelasnya Pn.Norsidah masih lagi berbaki 3 minggu dan sehingga itulah dia harus menyudahkan segala tugasannya.Fazura mengangkat segala buku latihan yang telah ditanda dan kertas-kertas nota yang menimbun.Kelam kabut jadinya apabila baru sahaja dia melangkah lima tapak dari bilik guru loceng sudah berbunyi.

Sewaktu melencong dari sudut bangunan block A untuk ke block B,dia dirempuh,terlepas segala buku dan nota yang ditatang.Dia jatuh terlentang lalu sesusuk tubuh yang merempuhnya juga ikut jatuh dan berlakulah sesuatu yang tidak diduga.Syafiq hilang imbangan badannya pada waktu dia merempuh Fazura dan jatuh menghempapnya.Pada waktu itu bibirnya mendarat tepat di pipi kanan Fazura,hampir-hampir saja pada bibir comel Fazura.Haruman minyak wangi yang dipakai Fazura dapat dihidu oleh Syafiq membuatkan dia semakin terleka akan perlakuannya.

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

    Fazura benrkerut dan mengaduh kesakitan ketika itu.Sudahlah dirempuh jatuh kemudian dicium pula.Menggeletar sakit seluruh badan dan sakit hati pada Syafiq.Kelam kabut mereka bangun membetulkan keadaan.Syafiq mengutip nota -nota yang bertaburan dan menyusun balik buku-buku latihan kelas Fazura.

     "sorry,aku tak sengaja..." tutur Syafiq rasa bersalah.Dia merenung ke wajah Fazura yang masam ketika itu.

      "itulah lain kali cuba jangan kelam kabut sangat menyusahkan betul!"marah Fazura.

       "yelah,aku mintak maaf,kau okey ke?"Syafiq mengalah saja kerana memang ini salahnya.

        "memang tak okey pun,dahlah lupakan,dan jangan nak sibuk pasal aku pulak."gerutu Fazura geram.Segala buku latihan dan nota di tangan Syafiq di ambilnya kasar.

        "aku minta maaf,aku betul-betul tak sengaja!" ulang Syafiq masih dalam rasa bersalah.Fazura pura-pura tidak mendengar,malas melayan Syafiq selebihnya dia malu dengan apa yang telah terjadi.Fazura berharap biarlah tiada sesiapa pun yang melihat kejadian tadi.

Sesampainya di kelas keadaan hingar bingar,maklumlah.ketiadaan guru pengganti membuatkan para pelajar boleh berbuat sesuka hati.Fazura menyerahkan buku latihan dan menulis sesuatu di papan hitam.

      "eh,zura banyaknya latihan kerja sekolah ni,siap kena nota tambahan lagi...."rungut syanie yang duduk di sebelah Fazura merangkap teman rapatnya.

       "entahlah,mungkin cikgu takut kita tercicir kot lagipun periksa akhir tahun dah dekat ni"balas Fazura sekilas sambil tangannya menyusun buku latihan ke dalam beg.

Kemudian waktu pembelajaran berlanjutan hingga ke waktu rehat.Sewaktu rehat Fazura melangkah malas ke kantin.Kejadian tadi pagi membuatkan dia hilang mood dan selera makan tetapi syanie yang berbadan besar itu beria-ia sangat mengajaknya ke kantin.Di kantin syanie sibuk membeli makanan dan Fazura hanya minum sekotak air soya.

        "zura,jom makan mee,aku belanja,sedap ni ada udang besar besar lagi "pelawa syanie.

         "eh takpelah,aku dah kenyang la sarapan tadi pagi kat rumah"bohong Fazura.Oleh kerana malas menunggu syanie makan itu dan ini Fazura lebih rela meminta diri untuk ke tandas.

          "ha,pergilah,tapi nanti datang sini balik tau temankan aku..." kata syanie dalam mengunyah penuh donat yang baru saja di beli.

Di hadapannya masih ada sepinggan nasi lemak untuk dimakan.Fazura hanya angguk.Waktu rehat agak singkat jadi syanie berusaha cepat supaya semua makanan yang dibelinya dapat dihabiskan.

        Fazura bersendirian ke tandas yang letaknya di sebelah kiri kantin. Sewaktu keluar dari tandas loceng telah berbunyi,Fazura melangkah laju mencari syanie.Di tepi tangga dia melihat syanie melambai tangan dan kemudian mereka beriringan masuk ke kelas.

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

       Syafiq hanya memerhati Fazura dari jauh sewaktu dia ke bilik guru menghantar buku laporan pengawas.

       "marah lagi ke dia kat aku"gumam syafiq dalam hati.

Rasa bersalah masih belum hilang dalam dirinya.Dia malu atas apa yang terjadi.Entah kenapa tiba tiba dia rasa sakit perut yang teramat sangat dan kerana itulah kelam kabut berlari mahu ke tandas di block A.Semasa terlanggar Fazura,hilang terus rasa sakit perutnya diganti rasa berdebar debar apabila bibirnya menyentuh pipi Fazura yang licin.Bau haruman minyak wangi yang Fazura pakai menambahkan lagi khayalannya.

       "memang patutlah sangat dia marah,aku dah buat macam tu kat dia"

sesal syafiq lagi dalam hati.Dia mengeluh berdosa.Hari itu syafiq pulang lewat kerana menghadiri kelas tambahan matapelajaran matematik tambahan dan fizik.

Jadual peperiksaan SPM akan diedarkan tidak lama lagi.Syafiq berusaha keras untuk masa depannya.Dia mahu menjadi pelajar cemerlang.Ibu dan ayahnya meninggal kerana kemalangan jalanraya di usianya 8 tahun.Sejak itu dia bergantung hidup dan kasih sayang daripada Pak sunya.Dia bertekad membalas segala kebaikkan dan jasa Pak su selama ini.

       "Syafiq hari ni balik pukul berapa?" tegur Pak sunya ketika terserempak syafiq  di bilik guru.

       "lambat sikit,ada kelas,tak tumpang Pak su lah syafiq balik sendiri..."ujar syafiq sopan.

      "ok,Pak su pun tak ada aktiviti kokorikulum hari ni tapi balik nanti jangan melencong ke mana mana pulak"

tekan Pak su tegas,risau kalau syafiq bercampur budak bukan bukan.Padanya syafiq adalah amanah dari arwah abang dan kakak iparnya yang harus dijaga dengan penuh tanggungjawab.Dia membesarkan syafiq bagai anak sendiri memandangkan setelah 6  tahun berkahwin dan belum juga mempunyai zuriat.

     Tugasnya sebagai seorang guru memudahkan dia membesarkan syafiq.Harapannya biarlah syafiq berjaya dan boleh berdikari di masa hadapan.

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

Pєяנαηנιαη 'αℓα' RιвєηαWhere stories live. Discover now