§¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
Hari pembukaan sekolah seperti biasa dilalui dengan gembira oleh Fazura dan syanie.Mereka berdua masih ditempatkan di kelas yang sama.Segala aktiviti pelajaran berjalan dengan lancar cuma tahun ini Fazura banyak menghadiri kelas tambahan kerana akan menghadapi SPM.Peperiksaan akhir yang akan menentukan kemasukannya ke mana mana institiusi pengajian sebagai lanjutan mencari ilmu.
"Zura,tahun ni study kuat sikit .."tutur ibu sambil melihat buku laporan Fazura petang itu.Ada beberapa subjek yang mesti diusaha gandakan oleh Fazura.
"yelah ibu.maaf result kali ni turun sikit...tapi zura janji nanti akan cuba buat lebih baik lagi.
"okey ingat tahu,ini zura yang janji,ibu akan tuntut nanti jangan tak tertunai pulak"saja ibunya mencabar untuk melihat kesungguhan Fazura.Fazura angguk sambil memeluk ibunya."doakan zura tau ibu..."
"insyaalah doa ibu sentiasa ada untuk zura dan adik."Pn.Marlia mengosok penuh kasih sayang diubun kepala anaknya.
Hari itu perhimpunan awal minggu selepas cuti penggal persekolahan berjalan lebih tersusun.Guru mengingatkan para pelajar tentang acara sukan yang perlu di hadiri dan juga ucapan guru besar yang amatlah berbesar hati tentang keputusan cemerlang peperiksaan SPM dari pelajar tahun lepas.Gred dan purata keputusan melepasi jangkaan.Nama syafiq adalah antara pelajar yang turut tersenarai.
Fazura keletihan pulang dari kelas tambahan.Dia hanya sendirian di depan pondok sekolah kerana syanie telah lama pulang ke rumah.Fazura mula tidak senang apabila ada sebuah motosikal berhenti dekat dengannya.Dia berfikir apakah tindakan sepatutnya dilakukan jika apa apa terjadi.
"Assalamualaikum,tak balik lagi ke?"terdengar suara yang lama tidak didengar Fazura menegur.
"waalaikumusalam"Fazura menoleh lega.Syafiq ..rupanya.Dia membuka topi keledar yang dipakai dan membetulkan sedikit rambutnya.Nampak lain bila dia mengenakan kemeja biru hijau ada lambang Petron.
"lama tak tengok kau asyik teringat pulak aku.....hari tu masa ambik result aku ingat dapat jumpa kau tapi tak sempat pulak sebab aku kena cepat masuk kerja"beritahu syafiq.Fazura mendengar tanpa menyahut matanya memerhati raut wajah syafiq yang sedikit kurus. Rambut ikal juga sudah sedikit panjang tapi masih kelihatan kemas.Ada tahi lalat dihujung alis kening sebelah kanan dan syafiq memang pemurah dengan senyuman.
"kau balik naik apa ....nak aku hantarkan ke?"tanya syafiq lagi menghentikan khayalan Fazura seketika.
"Emm oh aku balik naik bas mini tapi tulah dah lama tunggu tak sampai sampai lagi ni....tadi ada kelas tu yang lambat sikit keluar"ujar Fazura dan matanya mula melingas ke jalanraya teringatkan bas.
"jom..aku hantarkan,tempat kerja aku kat Taman Austin je sempat lagi ni..."syafiq mempelawa ikhlas.
"eh..tak naklah,kau tu bukannya ada lesen pun..takutlah aku.."tolak Fazura.
"ehh ..aku dah dapat lesen la cuma motor ni aje yang aku pinjam dari pak su..jomlah"ajak syafiq lagi.Fazura masih lagi duduk membatu serba salah.syafiq bangun mengambil topi keledar satu lagi di bakul motosikal dan dihulurkan kepada Fazura.Nampak bersungguh macam sudah merancang dari awal.
"takpelah aku tunggu bas ..."putus Fazura.Walaupun risau keseorangan di situ dia lebih rela dari menumpang syafiq.
"Kalau ada orang kacau kau nanti macam mana..kau tu bukannya kuat, sombong aje yang lebih....aku terlanggar sikit pun jatuh..."sindir syafiq saja nak bagi Fazura kecut perut.Dengan perlahan syafiq menarik Fazura lalu menyarungkan topi keledar serta mengetatkan sedikit ikatan tali yang longgar.Darah merah menyerbu ke muka Fazura bila saling bertatapan dengan syafiq begitu.Syafiq pulak memang sengaja nak buat adengan romantiklah kononnya asyik tersenyum simpul depan muka Fazura
YOU ARE READING
Pєяנαηנιαη 'αℓα' Rιвєηα
RomansaCerita berkisarkan kehidupan berpegang sebuah perjanjian yang dipanggil janji ala RIBENA.Tempoh beberapa tahun untuk menunaikan janji dan tekad pada diri sendiri telah menghalang syafiq dari menunaikan janjinya kepada Fazura.Dan Fazura pula dek ker...