Sesampai di rumah, Fazura berkurung di dalam bilik.Dia hanya termenung mengingatkan kejadian awal pagi tadi.Berbakul bakul umpatan dan sumpahan Fazura pada syafiq.Rasa marah berpanjangan hingga akhirnya dia tertidur.Lewat jam 4 petang baru dia terjaga itu pun dikejutkan oleh ibunya.
"zura ,bangunlah...dah pukul 4 ni,apa tidur sampai ke petang,dah solat zuhur ke belum ni?" leter ibunya.Disebabkan asyik marah marah terlupa pada kewajiban yang satu itu.Fazura bingkas bangun ke bilik air dan terus menunaikan solat.selesai bersolat dan doa Fazura termenung lagi,kejadian yang berlaku itu mesti dilupakan.Fazura memejam matanya rapat rapat cuba membuang ingatan dari terusan menghantui.
"takpe zura bukan salah kau pun...lepas ni buat tak tau je,"Fazura cuba mencari kekuatan.Di sekolah dalam masa 3 hari Fazura berjaya mengelak dari terserempak syafiq.Fazura sudah sikit melupakan hal itu.Namun selepas waktu rehat hari berikutnya tiba tiba guru disiplin mengadakan pemeriksaan dari kelas ke kelas.
"diminta penolong kelas Siti Fazura bt.Afzan membawa pelajar perempuan kelas ini beratur di luar kelas.
Fazura keluar dengan wajah tidak selesa kerana syafiq yang memanggilnya."bawak mereka ke kelas 4 B,lepas pemeriksaan nanti awak tunggu saya kat situ untuk ambik nama pelajar"pesan syafiq.Tanpa melihatnya Fazura angguk dan terus berlalu."benci betul,baru nak lupa dah ingat balik"kemarahan Fazura menyala semula.Selesai pemeriksaan hanya tiga orang yang didapati melanggar peraturan sekolah dan nama mereka perlu di rekodkan.Fazura terpaksa menunggu syafiq yang sedang mencatat sesuatu di atas kertas yang telah diberi cikgu Muaz selaku guru disiplin sekolah sebentar tadi.
"kau marah lagi ke pasal hari tu.....?"tanya syafiq,matanya terus melekat di wajah comel Fazura.Fazura hanya angkat bahu mukanya masam mencuka.
"kau tu janganla asyik nak marah aje aku bukannya sengaja nak buat macam tu,kau maafkan aku eh...."tambah syafiq cuba berlembut.
"eh,kau ni nak ambil nama ke tak?cepatlah sikit aku nak balik kelas"Fazura tegas.Syafiq menyalin senarai nama dari Fazura dan kemudian Fazura pantas cuba beredar.
"beberapa hari ni aku tak nampak pun kau kat kantin?kau menyorok ke?"tanya syafiq masih tak puas hati.Tangannya sengaja menghadang Fazura dari pergi.
"kau jangan nak mulakan lagi boleh tak,aku dah tak nak ingat hal tu,tepilah....."bentak Fazura bengang. "kau tulah tak nak maafkan aku....kan dah kata tak sengaja,berdosa tau tak tak nak maafkan orang"
Syafiq buat tidak faham terusan bercakap pada Fazura.Kali ini Fazura memandang kearah syafiq berkerut diraut mukanya kelihatan sedih.Air mata bertakung di birai mata.Jari menyeka air mata yang mula menitis.Fazura hanya menunduk muka.
"kau bolehlah cakap macam tu sebab kau lelaki,tapi aku ni perempuan harga diri aku,kehormatan aku dan lagi kalau ada orang nampak macam mana?"luah Fazura perlahan sambil cuba menahan derai air mata.Syafiq menarik nafas faham situasi Fazura ketika itu.Memang luahan itulah yang ingin didengar.
"yelah aku tak akan sebut lagi pasal ni, suka hati kaulah nak maafkan ke tak.....aku janji akan bertanggungjawab....kau janganlah nanggis lagi"pujuk syafiq.Fazura terkejut angkat muka pandang syafiq yang kemudiannya angguk sambil menghulur sapu tangan.Walau serba salah dia menyambut juga pemberian syafiq dan mengelap mata.
"weih..syafiq apasal lama sangat kat bawah ambil nama?tu cikgu Muaz dah cari kau.."beritahu Kumar kawan pengawas syafiq dari atas tangga.
"dah pergi masuk kelas aku nak ke atas dulu"arah syafiq berlalu.Fazura hanya diam.Masih ada sedikit air mata yang tertumpah ketika itu.Anehnya selepas itu perasaan marah Fazura mula reda mungkin kerana sudah dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.Namun terkadang dia masih juga mengelak dari terserempak dengan syafiq hinggalah sampai minggu akhir persekolahan.
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
"kalaulah aku tak ambil sapu tangan dia ni hari tu kan senang"Fazura menyalahkan diri sendiri.
"sekarang nak kena cari dia pulangkan pulak...hishh..."Fazura merenung meja kosong kantin.
"Zura,kau tak nak makan ke?"soal syanie menatang sepinggan nasi lemak di tangan kanan dan sirap bandung di tangan kiri.Fazura geleng kepala.
"kau ni asyik asyik tak makan,tengok aku tak pernahnya tak makan perut ni lapar memanjang he..he"beritahu syanie ketawa riang.Gendang gendut tali kecapi,kenyang perut senang hati agaknya itulah moto hidup si syanie.
"kau makanlah aku tak lapar pun tapi bagilah aku cukai sirap bandung tu sikit"tunding Fazura ke arah air syanie yang nampak macam sedap.
"ambiklah nanti aku beli lagi,rasanya macam tak cukup lagi menu aku,zura tolong belikan donat dengan karipap kalau lambat takut dah habislah..."minta syanie.
"ehh nasi lemak belum jamah lagipun dah kata tak cukup.."bisik hati Fazura,tangannya menyambut huluran wang dari syanie.Takut kempunan pulak si syanie.Sekembalinya Fazura ke tempat syanie dia lihat syanie sedang bercakap sesuatu dengan seorang pengawas lelaki.Kalau tak salah Fazura itu Kumar satu satunya pengawas India yang selalu bersama syafiq.
"haa..macha nilah Siti Fazura yang awak cari tu"kenal syanie apabila Fazura sampai ke sisinya.
"awak pergi ke ruangan papan kenyataan,ada kena buat kerja sikit"arah Kumar dan Fazura menurut pergi meninggalkan syanie makan seorang.Sesampainya di situ Fazura terpaksa berjalan terus mendekati syafiq yang sedang menampal beberapa helai kertas berwarna warni di papan kenyataan.Hanya syafiq berada di situ,Kumar pula sudah melangkah laju ke dewan dan naik ke tingkat block A.Syafiq mengisyaratkan supaya Fazura membantu memegang kertas bersaiz A 4 yang sudah penuh dengan berbagai informasi untuk dihebahkan kepada warga Sek.Men.Tun Izzuddin Shah.Tangan syafiq pantas menyudahkan kerja penampalan.
"kau ke yang panggil aku datang sini?"tanya Fazura memulakan perbualan.
"saja,aku nak jumpa kau,tunggu kau cari aku pulangkan sapu tangan tak datang pun..."syafiq menjawab selamba.
"nak pulangkanlah ni.."Fazura terasa segan.Tangannya mengeluarkan sapu tangan syafiq dari kocek baju kurung yang dipakai.
"ala aku gurau aje,takpe kau ambik dan pakai terus sapu tangan tu..anggap kenang kenangan dari aku"
"eh..tak naklah aku.."cebik Fazura.
"takpe aku ikhlas bagi..."angguk syafiq mengiakan.Dia kemudian mengangkat kotak kosong dan diisikan pula dengan kertas kenyataan lama yang hendak dibuang.Semua peralatan yang digunakan sewaktu membuat kerja tadi dimasukkan ke dalam sebuah kotak lain oleh Fazura.Baru Fazura hendak membuka mulut tiba tiba Kumar datang.
"lepas ni aku tak dapat jumpa kau lagi dah,doakan aku jadi pelajar cemerlang sekolah ni eh"nada suara syafiq sedikit berbisik di sebelah Fazura sebelum Kumar hampir dekat mereka.Sejurus itu Fazura bergegas ke kelasnya kerana loceng sudah pun berbunyi.
"heyh..apa kelas dapat sapu tangan ada tulis nama pakai pen maker Syafiq khairul Amri pulak tu.."Fazura mengata ngata di dalam hati.
"orang nak pulang,konon tak nak pulak,saja nak kenakan aku..nasiblah mood aku baik aku doakan jugaklah kau berjaya syafiq...."siap doa beramin lagi Fazura macam sudah terlupa apa yang syafiq buat hari tu.Suara hati yang jahat mula berbisik mengingatkan.
"hish..kenapalah boleh ingat balik benda memalukan tu.."Fazura hentak kaki geram.Terus saja masuk ke kelas menuju ke arah syanie yang sedang minum air mineral nampak macam haus sangat.Apa saja si syanie tak habis lagi mengisi perut sehingga ke dalam kelas.
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶\¶¶¶\¶¶¶\\¶¶
Sewaktu cuti penggal persekolahan Fazura selesa bersenang senang di rumah,tak perlu pergi ke kelas tambahan dan memerah otak.Manakala syafiq pula berhempas pulas menghadapi kertas peperiksaaan dan sibuk mengusung nota serta buku pelajaran untuk diulangkaji atau dihafal saat akhir.
YOU ARE READING
Pєяנαηנιαη 'αℓα' Rιвєηα
RomansaCerita berkisarkan kehidupan berpegang sebuah perjanjian yang dipanggil janji ala RIBENA.Tempoh beberapa tahun untuk menunaikan janji dan tekad pada diri sendiri telah menghalang syafiq dari menunaikan janjinya kepada Fazura.Dan Fazura pula dek ker...