Majlis perkahwinan Syafiq dan Fazura berlangsung sederhana tetapi cukup meriah. Kedua keluarga sepakat mengadakan majlis serentak di dewan yang sama.Pasangan pengantin kelihatan begitu sepadan di mata kebanyakan tetamu yang hadir.
Syafiq membantu Amar mengemaskan dewan selepas tamat majlis sementara Fazura dan ibunya balik awal ke rumah untuk mengemaskan rumah yang di biarkan selepas majlis akad nikah pagi tadi.
Fazura terbaring kepenatan selepas menukar pakaian dan mandi.Bilik tidurnya berhias cantik.
Syafiq membuka pintu dan masuk ke bilik Fazura.Dia tersenyum sendiri melihat Fazura sedang lena tertidur.Wajah yang disolek cantik telah pun dibersihkan.Pada Syafiq wajah comel Fazura kekal cantik walau tanpa mekap.Seakan sama antara Selena Gomes dan Fazura yang sememangnya bertuah memiliki wajah baby face Syafiq menyelak rambut yang menutupi sebahagian pipi kanan Fazura.Tahi lalat kecil di pipi kanan yang jelas kelihatan mula membuat Syafiq tersenyum lebar hingga lupa niat asalnya untuk mandi dan menukar pakaian.
Syafiq merapatkan mukanya hampir ke pipi Fazura.Belum sempat bibirnya mengambil kesempatan Fazura terjaga.Kelam kabut Syafiq berpura pura mahu mengejutkan.Melihatkan keadaan Syafiq tersenyum memanjang Fazura jadi curiga.
"macam ada yang tak kena aje..ke dia ni ada ambik kesempatan masa aku tertidur tadi..."dalam hati Fazura berbisik sambil bangun dari pembaringan.
"maaflah zura tertidur tak sedar abang masuk.."Fazura mengubah panggilan lebih hormat dari berengkau dan aku dengan Syafiq.
"tak apa abang pun baru masuk,tengok zura tidur nyenyak sangat..."Syafiq ikut duduk disebelah Fazura.
"zura terima kasih sebab sanggup tunggu abang dan sudi terima abang..."Syafiq bercakap perlahan merenung muka Fazura dari dekat.Fazura membetulkan sedikit duduknya. Risau pula duduk terlalu rapat dengan Syafiq.
"zura pun nak minta maaf sebab sebelum ni,selalu kasar melayan abang..terima kasih sebab abang selalu setia pada zura dan tetap jadikan zura isteri abang.."Fazura bersalam mencium tangan Syafiq.
Syafiq memusing badan duduk berhadapan, tangannya menggengam erat jari Fazura dan dengan selamba menyudahkan ciuman yang terbantut sedari tadi.Bermula dari pipi kanan singgah ke pipi kiri,naik ke dahi semakin galak turun ke bibir.Belum bersedia dan mula lemas dengan tindakan Syafiq Fazura menolak perlahan.Tangannya menggigil sedikit.
"abang zura belum solat maghrib lagi.."akui Fazura di sebabkan tertidur tadi.Syafiq membelai lembut pipi Fazura seketika seraya tersenyum.
Takkan lari gunung di kejar..enam tahun boleh bersabar inikan pula sudah di hadapan mata.
Tersedar yang dia juga terleka waktu itu Syafiq bangun mencapai tuala ke bilik air.
"tunggu abang,kita solat jemaah sama sama.."terdengar suara Syafiq memberitahu semasa menolak pintu bilik air.
Mereka mengerjakan solat berjemaah bersama hingga selesai Syafiq berdoa dan Fazura mengaminkan.Mudah mudahan perkahwinan ini berkekalan dan sentiasa di berkati ALLAH.Segala kesabaran Fazura dan kesetiaan Syafiq dalam menunaikan perjanjian ala RIBENA berbaloi sudah...
YOU ARE READING
Pєяנαηנιαη 'αℓα' Rιвєηα
RomanceCerita berkisarkan kehidupan berpegang sebuah perjanjian yang dipanggil janji ala RIBENA.Tempoh beberapa tahun untuk menunaikan janji dan tekad pada diri sendiri telah menghalang syafiq dari menunaikan janjinya kepada Fazura.Dan Fazura pula dek ker...